Photobucket

::[ adab-adab Qiyamullail ]::


Qiyamullail merupakan ibadah yang terpenting yang mesti dipelihara oleh kita. Kebanyakan daripada kita tidak mudah melaksanakannya dalam kehidupan harian. Oleh itu hendaklah dia menyusun waktunya supaya dia dapat berqiyamullail setiap malam, mudah-mudahan Allah menuliskan baginya pahala. Allah juga memuji mereka yang berqiyamullail dan memuliakan mereka melebihi orang-orang lain.

"(Engkaulah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya) : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." - (Az-Zumar : 9)

Disunatkan kepada mereka yang ingin berqiyamullail supaya tidur awal. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidur awal malam dan bangun pada akhir malam bersolat. Hendaklah mengurangkan makan supaya tidak berasa malas dan disunatkan juga berniat sebelum tidur untuk bangun berqiyamullail.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Tidak seorangpun berniat menunaikan solat malam, lalu dia tertidur melainkan akan dicatatkan baginya pahala solat dan tidurnya adalah sedekah untuknya." (Riwayat empat perawi melainkan at-Tarmizi)

Apabila kamu terjaga daripada tidur sapulah muka dan bersugi kemudian berdoalah sbagaimana doa Rasulullah s.a.w. Kemudian dia hendaklah memulakan qiyamnya dengan dua rakaat solat yang ringkas.

Janganlah seseorang itu menunaikan solat dalam keadaan memaksa sedangkan dia penat dan mengantuk. Ketika ini adalah lebih baik dia tidur sehingga hilang mengantuknya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Apabila seseorang kamu berqiyamullail kemudian pelik bacaan al-Quran pada lidahnya sedangkan dia tidak sedar apa yang dibacanya hendaklah dia berbaring." - (Riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Disunatkan bangun qiyamullail pada sepertiga akhir malam, walaupun harus diakukan pada pertengahannya atau akhirnya selagi selepas solat isya'.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Tuhan kami akan turuun setiap malam ke langit dunia apabila tinggal sepertiga akhir malam dan berkata : Sesiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan memperkenankannya. Sesiapa yang meminta daripadaKu Aku akan memberikannya. Sesiapa yang beristighfar kepadaKu akanKu ampunkan dosanya." - (Riwayat enam perawi melainkan Nasaie)

Disunatkan setiap orang menunaikan solat sebanyak sebelas rakaat. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya : "Solat Nabi waktu malam ialah sebelas rakaat dan berwitir dengan satu sujud (satu rakaat)." - (Riwayat enam perawi dan ini lafaz Muslim dan Abu Daud)

holiday plan

salam aleyk~(*)

straight to the topic, list of things that i want to do during this summer holiday...
actually, i never think about it yet.. so lets think about it now!



1. playing with PAiNT would be a very fun thing to do.. hehe ('o,-)v
but...somehow i wonder what colour should it be for my bedroom? my friend gives his opinion about painting the bedroom with either PiNK or PURPLE..! hurmm, let say... what about if i paint them with both colours.. i love both colour..heee =D


example picture if it was paint with pink! not bad~

2. I would like to spent day or days at my grandma's house. It has been a long long time ago since my last spent night there. InsyaAllah, biiznillah.. I will try to look forward for the perfect time. hehe. Iman-nee, lets go together! Maybe after this, Pak Ndak will say like this, "mak, jom kita bela iman ngan ihsan!" hehe (^___^) besides, I can give the white kuaci to him. He really loves it. ahaa...one more thing, I can eat mak tok's Qasidah home made. yummy~


3. Shopping!~Before i got back to Egypt, i want to buy some stuff. Besides, the Eid's day is almost near. So, i'm going to buy all the needs for preparation in celebrating the Eid's. "baju raya", new shoes, kuih tunjuk, hehe.. n so on. Mom, are we going to make kuih raya this year? lets make Almond London! it was a long story where we baked our last Almond London. After the BiG Bang!! from the oven, there were no more baked cookies for raya. =( how sad! hehe. waiting for dad to buy new ONE! =D


4. SPoRTs. Being in Egypt, i didnt have the time to go for sports. Its not about the lack of time actually. There was the time. But, its hard for me to manage the time for sports. hehe.. dunno why? maybe the surrounding of mine that make me forget about all sort of things about sports. yes! here i am. in Malaysia.. so, during this short stay, i would like to play as much as i can. badminton, bowling, ping pong, and anything possible for me to play with. hihi~ i hope i'm not just typing this but i want to do it for real. nahnu nufakkir Allahu yudabbir..

5. huhh... i'm tired now, can i have some sleep+rest by now? hehe... dats also ONE of my planning! hee =D ....still in jetlag mode [alasan semata-mata] haha~

ok gtg.. till the next post!
salam aleyk~
happy Ramadhan Mubarak~


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.




‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)




al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.




Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)




Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.




Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)




Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.




Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

alkisah...

salam...

syukur alhamdulillah dirafakkan ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan kasihnya dapat lagi ana bersama-sama Ramadhan pada tahun ini..
dan Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk melakukan rukun wajib dan sunat di bulan yang penuh barakah ini...
diharap korang pun begitu juga...
semoga sentiasa sihat sejahtera..klu ada yang sakit tu, makan lah ubat..
walaupun sakit dan sihat itu semuanya menurut kehendakNya, tapi manusia juga perlu ada ikhtiar supaya dapat sembuh.. supaya dapat terus melakukan amal ibadah kepadaNya.. insyaAllah..

sebenarnya tak tahu apa untuk ditulis...
tetapi ingin berkongsi jugaklah sesuatu walaupun sedikit..
bulan ramadhan ni bulan yang penuh kemuliaan..
setiap amalan kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda...
begitu jua dengan dosa.. juga berlipat ganda...jangan lupa tu!
ingin sekali ana berkongsi kisah yang berlaku di hadapan mata ana sendiri..
di Bumi Mesir, Ardhu kinanah ini...di bulan ramdhan yang mulia ini...
masih ada lagi umat2 Islam kita yang leka dan lalai menurut hawa nafsu..
sedangkan syaitan sudah diikat...namun inilah dikatakan ujian...
apa yang ana lihat baru-baru ini adalah...
sepasang couple arab muslim bercumbu2an di kedai makan..
astaghfirullah... apa yang dapat kami buat?
lalu....ana pun panggilah waiter di kedai tu, lalu menyuruhnya menegur pasangan couple itu..
supaya tidak berbuat demikian.. tambahan lagi di bulan ramadhan ini...
lelaki tersebut yang sebaiknya pergi berjemaah sunat teraweh di masjid..
tetapi keluar ber"date' plak...haizz... Astaghfirullahalazim..
asalnya couple ini duduk di tempat yang lain..
memandangkan kehadiran kami yang ramai ke kedai tersebut dan duduk berhampiran dgn mereka..
lalu mereka menukar tempat duduk di hujung corner kedai..
apa la nak jadi manusia zaman sekarang...
sudah xda malu... bercumbu2an di hadapan kami sendiri...
sakit betul mata melihat..ingin saja kusimbah air ke muka mereka..
tetapi itu bukanlah cara yang betul..
Dakwah juga perlu berhikmah..
dan ana hanya mampu mencegah setakat yang ana mampu..

berbalik kepada waiter tadi..
dia lalu memanggil si lelaki tersebut lalu mereka masuk ke dalam bilik untuk bercakap..
entah apa yang dicakap oleh waiter tersebut ana pun tak tahu..
keluar sahaja...xda perubahan pun yang berlaku..
couple tu masih lagi begitu..
apa nak jadi lah...aku sudah jalankan tugasku...
terpulanglah nak terima ke x...
lalu, kami tidak menghiraukan mereka..
sedar2 mereka sudah pun blah...
entah bila...haha..aman dunia...sejukk kedai.....

wahai sahabatku sekalian...
ambillah pengajaran dan iktibar...
bulan ramdhan ini juga merupakan bulan ujian bagi kita umat Islam..
kawallah nafsu anda..
jagalah maruah diri dan keluarga anda..
tambahan kita sebagai umat Islam!!
malulah anda untuk melakukan perkara2 seperti itu...
sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman...
dan juga banyakkanlah amal ibadah kita sepanjang bulan ramadhan ini..
perbanyakkan solat2 sunat, zikir, tadarus quran dsb..
ikhlaskan niat demi mendapat keredhaanNya...

teringat ana pada kata2 ustazah nadia dari singapore,

STYLE of SOLAT ni ada 3 :
1. Solat kerana hendakkan syurga, takutkan neraka..
2. Solat kerana sayangnya dan cintanya kepada Allah..[seperti Rabia'tul Adawiyah]
3. Solat kerana bersyukur.. [seperti Rasulullah]

~...jadikanlah solat itu sebagai hiburan - Apabila hati kamu gelisah dan tidak tenang, hilangkanlah gelisahmu dan tenangkanlah dengan mengerjakan solat..~

wallahua'alam...

.: Bismillah :.

~ Hukum Bismillah ~

- WAJiB - cth : di dalam solat
- SUNAT - cth : atas semua perkara yang kita lakukan
- HARUS - cth : ketika mengangkat barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain (nak wat xpe xnak wat pun xpe)
- MAKRUH - cth : ketika masuk ke tempat kotor
- HARAM - cth : ketika nak buat maksiat atau perkara-perkara yang tidak baik


~ Tugas-tugas dalam menuntut ilmu ~ ('o,-)v

1. Tajdid niat semula. Ikhlaskan hati demi mengharapkan keredhaan Allah.
2. Berterusan dalam menuntut ilmu.
3. Sabar. Terutamanya ketika menghadapi ujian dan dugaan. cth : kegagalan.
4. Memuliakan seorang guru atau orang yang memberi kita ilmu.

~ Akhlak-akhlak penuntut ilmu ~ ('o,-)v

:: merasakan tanggungjawab
:: menjaga amanat ilmiah

...khianat terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianat terhadap harta...
:: tawadhuk - semakin bertambah ilmu semakin bertambah tawadhuk
:: beramal dengan apa yang dipelajari

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah : 44)
:: sentiasa berusaha menyampaikan ilmu

~ Penuntut ilmu yang rugi ~ ('o')?
orang yang menuntut sesuatu ilmu agama hanya semata-mata bertujuan kerana keduniaan, dia tidak akan mencium bau syurga...

♥ ku damba redhaMU..

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah Tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku.. ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhaMu.. kuharungi jua
Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya..

Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah.. Redhailah..

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan..

♥ thanks Syikin~

salam aleyk~

malam tadi kitorang makan malam kat luar...
syikin dengan berbesar hatinya ingin mengeluarkan duet poketnya..
huhu...Alhamdulillah...murah rezeki yer..
guess where are we heading to?
ohohoh...MO'MEN! haha~
hurm..selepas jer maghrib jemaah..kitorg siap2..
then keluar la...susah benar nk dapat teksi..
nk dijadikan cerita...
ketika sdg menunggu teksi..
malang tidak berbau, seorang penunggang Arab yg kurang berhemah...
arghhh...telah melanggar tanganku..eh bukan2...jariku...
eh tangan la tuh~ that tyme, i was holding my Nokia butterfly..
nokia 2300 kot klu xsilap [sim vod]...
perghhh...guess wut?? my hp was flying in the sky...
ouchh!!! thats hurt! naseb baik umur dia panjang...
i was grateful that im holding it that tyme..
or else my hand will get hurt much! thats y i love my hp very much..
it is protective..haha...
and u know what? ana lebey ske guna hp murah2 nih..
sbb tahan lasak...ssah pecah..
my hp xpecaah sket pun...lampu kelip2 pun masih lagi berfungsi dgn cutenya...
hehe...ohh..terlebih cite lak...

ok sambung cite mo'men lak..
sesampai je dkt mo'men tuh~
kitorg pun order la mknn..
hbes jer bayar mknn...syikin punya duet..makasey syikin..love u..
tetiba! my eyes caught something that could be fun! haha
SUDoKU!! sudoku games! aiyaaa...
xpernah ku sangkakan ada jgak game utk sudoku nih~
rasanya org arab ska main sudoku kot..
ape lagi? ana pun tnya la dgn mamat arab jaga kaunter duet tuh~
da bikam? khamsa genih...jawab mamat tu~
khamsa genih?? dgn nada tidak percaya...[sambil tersenyum memegang purse]
aiwah!! hehe....ana aiz ithnin... bukan tamak yer...
satu lagi utk ummu... =D
dalam game ni ada 3 games rupanya..
1.Sudoku
2.Shoot game
3.Sinnon game

~me with new sudoku game~ ngee

~ummu tersenyum gembira mendapat permainan baru~ (^__^)v

~merahnya mak ngah! haha... thnx syikin for the treat!


after makan, maka kami pun berangkatlah untuk pulang...
ehh...menyinggah pulak..
pergi mana tu? topup lagi minah ni? aiyaya..
kami singgah pula di branch etisalat...
wahh..boleh tahan kedai nih~
tetiba sekali lagi...
mataku tertangkap pada satu benda yg agak menarik..
hehe...etisalat broadband!
perghhh!! hahaha....
maka ku bertanya pada en.etisalat di situ..
en.etisalat pun menerangkan bahawa ada 4 pelan yg berlainan..
2 options for limited
the other 2 options for unlimited..
yang limited punya..
1st sebulan LE29, 100MB
2nd sebulan LE49, 1G
unlimited pulak
1st LE149 kot klu xsilap
and 2nd plak lagi mahal sket...
bzanya yang mahal lagi lajuuuu ekses tenet...
hurmm....nk beli ke??
hehe...xpela balik pk dulu...
then, kami pun balik la rumah...
Alhamdulillah selamat sampai akhirnya...
ok lah..dengan itu,
maka berakhirlah post utk kali ini..
gud luck for those yang bakal menempuh exam!~ gambatte!!
ok...jaga diri, jaga hati, jaga iman...
wassalam...

♥ voIP...nak tahu??

salam aleyk~(*)

semalam sewaktu ana sedang melayari web friendster,
ana pun telah klik "who's viewed me" utk mlihat
siapa yg telah datang menziarah profileku..
dan tiba-tiba...
ana trlihat satu profile dengan username,
"Free Call VoipBetamax"
lalu hatiku terdetik untuk membuka profile...
ohh....wahh!! yeke?? perghh!! boleh caya ker?? hurm...
inilah persoalan2 yg bermain di kotak mindaku pd saat itu..
pada profile tersebut,
ada link blog pulak...
ni dier...KLiK <-- sini klu nk tgk..
dan kulihat ada disitu tertulis id seseorg utk dihubungi...
mcm kukenal id ni! hurmm.... ye betul!
lalu ku telah menegur 'seseorang' ini
utk bertanya dengan lebih lanjut...
dan akhirnya....
ku telah selamat mendonlod dan telah mencubanya!
ya, nyata lebih bagus dari evoiz..
suara didengari lebih jelas!
dapat ku dengar suara kakakku, iMAN
yang agaknya baru mangket tidoq setelah mendengar deringan hp nya berbunyi..
hehe... betul x man? huhu~
walaubagaimanapun, ku terasa sedikit terkilan,
kerna suaraku yg sedap [hehehe...=D] ni xdapat didengari oleh kakakku...
arghhhhh.... setelah ku selidiki,
rupa2nya mike ku yang rosaks...haizzz
hampeh tul....patut ler....
jadi kesimpulannya di sini ialah ku nk gitaw :

  • ku harus membeli headphone baru [sesapa klu nak hadiah pun boley gaks... sangatlah berbesar hati diriku ini menerimanya...]
  • gunalah voIP! memang berbaloi... voIP ni masih baru... jadinyer, pengedar adalah diperlukan... [terutama bagi bdak2 medic mansurah...ada sape2 yg berminat??]
  • 30 hari panggilan free from PC to HP! janji xlbey 3 jam dlm seminggu...
  • call msia dgn rate yang rendah selepas tempoh 30 hari, € 0.01 / minit = LE 0.105/minit..
  • ape2 mengenai voIP ni yang anda ingin tahu, sile la rajin2kan tangan utk klik dekat link di atas yer.... eh, tapi bukan link my sister taw~ huhu
  • pada malam tadi, ku telah tido lewat sebab tenet yang agak lembab utk mendonlod perisian voIP nih~ haizzz.... [bukan malam dah tu, pagi daaa!]
  • terima kasih kepada 'seseorang' itu... maalish giddan2 sbb tnggu lama... hehe~ apepun, arigato gozaimas!

sekian dahulu,
nak qadha tido japs..
hee~ =D
eh, x
nk study...
eh stido..
eh, x
study2!!
oklah...
terima kasih semua kerana membaca!
wassalam...(-_-) <-- muka tgh membaca bukan tido tw..huhu

♥ Thanks Dzura!

salam aleyk~

hehe...nak ngapdet gak lah walaupun sket..
hari nie, sebaik sahaja kakiku melangkah keluar dari mathaf anat...
yakni selepas praktikal anat...
hehe..tunggu kawan2 dulu ler...
agak dah sume kluar...
dzura gtaw dia nak belanja kitorang!! heee....
agak2 adakah sebab aku keluar mathaf langkah kaki kanan ker??? hehe
"HE Knows.." definitely...[man...pinjam sat noh title blog hang]
dzura ckp nak blanja crunchy actually it was spelled as crunshi or cranshi...isn't it??
hurmm..then cumi2 ckp xnak crunchy...
so xpela...kitorang pun berjalanlah keluar dari pintu kuliyyah tibb...
di hari yang terik menusuk hingga ke sukma itu...
akhirnya kami pun decide utk pergi ke tempat yang plg dekat...
guess where?
KFC!! upsss...hehehe...sorry kak nisah...skali jer...
tp yang ni kentucky fried camel taw...haha
dah mmg penat sangat n xlarat lagi nk berjalan...
so masuklah kami...order2...makan2..
burppp!! Alhamdulillah....thanks dzura for the treat!
then, kitorg xterus pulang ke rumah...
menyinggah dulu...hehe
rumah kak ha, ajue [anakku] hehe...,wa n sewaktu dgnnya...
ramai rupanya di rumah mereka...
8 orang klu xsilap...mmg meriah la...
borak2 kejap....bukan kejap....lama jugak...
makan2 lagi...bukan brat.ringan2 jer...minum2...
solat...rehat2 jap..
try test cubaan tilam katil mereka yg sunguh lembut...
huuu....terasa ingin sahaja kupejamkan mata...
bertuah dapat baba yang sangat baik dan caring....jeles ambo...
n then, pulang ke rumah......
ingat nk tido...tp xjadi la plak...
berchatting n berwebcamming with my family...
huuuu~ rinduuuunyer...
jelesnya...memandangkan cuti sekolah pun dah start...
argghhh tidakkk!!! kenapa harusku berada di sini?? iskk3 =(
ihsan... ni pun rezeki juga..
semuanya ada hikmah disebaliknya...
percayalah dan yakinlah...
bykkan berdoa....usaha...tawakkal...
insyaAllah...chaiyok!!! jgn putus asa...
xdinamakan kehidupan kalau xde ujian dan cabaran kn?
well, this is LiFE...
doakan diriku agar terus kuat dan tabah untuk menempuh semua ini..
Boleh!! ihsan boleh!! huh~
gotta go! my eyes like winking to my laptop screen... ('',)
yakni dah tertutup sebelah daaa....haha
k lah...
jaga diri, jaga hati, jaga iman..
wassalam...(-__-)

♥ layar emas ♥



ni adalah video my two brothers...firas & nabil
sesaja ja uploadkn video nih~ eee
gpun, saje nak try uploadkan video wat kali pertama nih..huuu
xde pape pun...juz video mengarut2 je...
this video was recorded during their school holiday at my grandmother's house..at kedah of course..huahua~ im pure KEDAHans!!
the one like mak cik with tudung ikat di depan is my cousin, Fawwaz from Terengganu..
the "pengacau" right in there is my lil bro, Nabil (already 11)
and the one that being HERO is my bro also, Firas (16)..
dah jadi kebiasaan, setiap kali cuti panjang...
akan berangkatlah mereka-mereka semua ke rumah mak tok...
yela..semua sepupu sepapat pakat balik kampung~
sunyi jadiknya rumah..
sian mak...abah plak jenjarang ada kat umah...[biasalah...carik rezeki]
apepun, enjoy this video k...hahaha [enjoy la sangat~]
saje menghilangkan rindu kt femly terchenta...huhu
xley lama di cc laptop..
kang TERmengarut lebih plak kn?
hahah...sore ja..
ja nee...salam aleyk~(*)