Photobucket

♥ mendekati waktu itu...

salam aleyk~

hurm, pejam celik pejam celik... fatrah imtihan kian pun melabuhkan tirainya...
hari ini, senpai2 tahun 2 pula bakal merdeka! seronoknya...
senpai2 tahun 3 sudah sedia merdeka sejak 24hb yang lalu...
tahun 1 masih ada 2 paper minor yang perlu ditempuh...
BI dan Komputer...
walaupun cumalah subjek ringan sahaja, tetapi janganlah pula mengambil ringan subjek ini...
selagi mana kita boleh dan mampu untuk habiskan, habiskan...
jangan pula mengambil kesempatan dan memandang enteng terhadap subjek2 ini lalu mengambil keputusan untuk pulang lebih awal...

dah terkeluar tajuk pulak..
actually nak tulis tentang lain...hehe
dear my friends, sekalipun kita semua seperti sudah merdeka...
sudah semakin menjauhi fatrah imtihan,
janganlah pula kita semakin jauh dariNya..
kononnya sepanjang fatrah imtihan solat hajat xpernah tinggal...
doa xpernah putus...
dengan qiyamullail pada setiap malam..
tetapi, setelah imtihan kian berakhir..
semuanya dilupakan..
semuanya ditinggalkan..
beginilah manusia...
sering lupa padaNya sewaktu senang..
hanya ingat padaNya sewaktu susah..
peringatan juga buat diri sendiri yang kekadang terlupa dan leka...
janganlah kita menjadi seperti mereka-mereka yang lupa ini..
seharusnya kita teruskan dengan amalan2 ini..
solat hajat, qiyamullail, doa jangan pula ditinggalkan..
maintainkan diri kita melakukan amalan2 ini...
agar kita mendapat halawatul iman..

sungguhpun imtihan sudahpun berakhir,
tetapi ingatlah pintu untuk berdoa masih belum tertutup..
teringat kata-kata seorang sahabat kepada saya...
berdoalah selalu kepadaNya..
sesungguhnya Dia Maha Mendengar..
Allah suka apabila hamba-hambaNya meminta kepadaNya..
dan walau apa pun takdir yang kita dapat..
ingatlah... ada terselit hikmah di sebalik semua itu..
berlapang dadalah kita menerima segala takdir..
jangan pula menyalahkan takdir..
sebaliknya redha dengan apa yang ditentukan buat kita..
kita merancang, Allah juga merancang,
sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik...

arrgghh, xsabar rasanya untuk pulang ke Malaysia...
huhuu...
sangat2 rindu semuaaa...
mak, abah, firas, widad, abin, mak tok, tok wan, tok nek, pak cik, mak cik, ecah, haykal, ndak, mak long, pak long, pak lang, bla..bla... etc.
Malaysiaaa.... nantikan kedatanganku...
gua winduu sama lu....hehe

kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini,
ana ingin memohon maaf andai ada kekhilafan tanpa disedari..
jika ada yang terasa di hati, maafkanlah..
jika ada ym yang xberbalas, maaf ek..
maaf jika ihsan yang dikenali sekarang tidak seperti ihsan yang dahulu..
dan juga terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menghulurkan bantuan tatkala ditimpa kesusahan...
recently, yang tlg carik rumah tengah2 malam bersama-sama..
walaupun korang kepenatan sesangat...
dan xjadi pergi Nil sbb kitorang..hehe
maalish yer..
may our friendship last forever..
ameen ya Rabb...

setakat ini dulu coretan kali ini...
segala yang baik itu datang dariNya jua segala kelemahan tetapi disandarkan kepada diri ana sendiri..
buang yang keruh, ambil yang jernih...
jaga diri, jaga hati, jaga iman,
nak study bi plak..huhu
wish me luck k...tq
gud luck also to my batch tomorrow!
bitawfeeq wannajah..
wassalam~

0 comments: