Photobucket

salam mujahadah..

In the name of Allah..

Satu peristiwa ketika perang antara umat Islam dan orang musyrikin. ketika mana sewaktu bertempur, seorang musuh telah tersungkur ke tanah ketika berlawan dengan Saidina Ali bin Abi Talib, menantu Rasulullah yang juga merupakan antara 10 orang yang dijanjikan syurga. bila-bila masa sahaja ketika itu pedang Saidina Ali bisa membunuh musuh tersebut. Tetapi, tiba-tiba musuh tersebut meludah ke arah Saidina Ali. Lalu Saidina Ali memalingkan dirinya dan meninggalkan musuhnya itu dalam keadaan terpinga-pinga dan seolah-olah tidak percaya dengan tindakan Saidina Ali itu. dan apabila kedua-dua pihak lawan telah pulang ke khemah masing-masing, tinggallah mereka berdua sahaja yang masih tidak pulang. musuh tadi lalu bertanya kepada Saidina Ali, ''mengapa engkau tidak membunuhku tadi sedangkan ketika itu memang kau berpeluang untuk membunuhku, dan sebelum itu kau sangat beria-ria hendak membunuhku?'' Saidina Ali menjawab, "keinginanku untuk membunuhmu tidak lain hanyalah semata-mata kerana Allah, dan sewaktu kau meludah ke arahku, aku menjadi marah, dan aku tidak mahu membunuhmu kerana aku marah dan untuk membalas dendam".

Lihatlah betapa Saidina Ali mementingkan niat dan meletakkan Allah di hadapan setiap amalannya.. betapa hebatnya para sahabat dalam menjaga niat mereka.. Bagaimana pula tahap iman kita?? Letakkan diri kita dalam situasi Saidina Ali pada ketika itu, apakah yang akan kita lakukan? Mungkin kita sudah lama membunuh musuh itu dengan kejamnya.. disebabkan marah dengan perbuatannya itu.. Alhamdulillah jika kita tidak berbuat demikian.. semoga hari ini masih ada orang yang seperti itu..

rasanya mesti semua orang sudah maklum tentang kepentingan niat dalam setiap amalan kita. tapi sejauh manakah kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita? sejauh manakah ianya terserap dalam hati kita?

sesuatu amalan yang diterima Allah adalah :
- amalan yang diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah
- menurut landasan syara'

walaupun kita sudah sering dan selalu serta sokmo mendengar tentang tajdid niat, tetapi janganlah sekali-kali memandang enteng tentang kepentingan niat ini.. jangan juga mengambil mudah kerana...

ingatlah, boleh jadi sesuatu amalan besar itu menjadi sekecil-kecil amalan hanya kerana niat, dan boleh jadi amalan yang kecil menjadi besar... juga hanya kerana niat..

dalam surah Al-Kahfi ayat 104 :


Maksudnya : iaitu orang-orang yang perbuatannya sia-sia dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.

semoga kita tidak termasuk dalam golongan 'mereka' yang segala amalan-amalan yang disangkakan bisa menjadi bekal di akhirat nanti sebenarnya hanyalah seperti debu-debu berterbangan di udara dan tiada nilainya.

seperti yang terdapat dalam surah Al-Furqan : 23


Maksudnya : Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagai) debu yang berterbangan.

kesimpulannya, niat harus diaulakan dalam segenap perbuatan kita sehari-harian.. niat ikhlas semata-mata kerana Allah. InsyaAllah semoga setiap satunya mendapat mardhatillah dan terpelihara dari tersasar dari landasan sebenar.. letakkan Allah di hadapan segala amal perbuatan kita. study kerana Allah, exam kerana Allah, pergi tgk jar kt muzium anat kerana Allah, dan sebagainya. bukan susah sebenarnya, cuma xpernah dilatih dan tak pernah dijadikan tabiat [pesanan tuk diri sendri nih].

yang baik itu datangnya daripada Allah begitu juga yang buruk juga daripadaNya tetapi disandarkan ke atas diri ini yang serba lemah dan hina. maaf andai ada tersilap kata, tersasul bicara. jika ada yang silap, mohon berikan teguran supaya bisa dijadikan pengajaran buat masa yang akan datang. wallahua'lam. Photobucket

0 comments: