Photobucket

its not too late to say..


Semasa kita berumur 1 tahun,
Ibu menyuapkan kita makan & memandikan kita..
kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam..

Semasa kita berumur 3 tahun,
Ibu menyediakan makanan istimewa dan berzat untuk kita..
kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai..

Semasa kita berumur 4 tahun,
Ibu membelikan kita crayon..
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah..

Semasa kita berumur 5 tahun,
Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya..
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila terjatuh ke dalam lopak..

Apabila kita berumur 7 tahun,
Ibu menghantar kita ke sekolah..
kita membalas budinya dengan menjerit, "CEK XMAW P SKOLAH!!"

Semasa kita berumur 10 tahun,
Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain..
kita langsung tidak menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghantar kita..

Apabila kita berumur 11 tahun,
Ibu membelikan kita sebijik bola sepak..
kita membalas budi ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita..

Semasa kita berumur 12 tahun,
Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV..
kita membalas budi ibu dengan asyik menonton TV sebaik sahaja ibu keluar rumah..

Apabila kita berumur 13 tahun,
Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan..
kita membalas budi ibu kita dengan berkata bahawa ibu tak ada "TASTE"

Apabila kita berumur 16 tahun,
Ibu inginkan dakapan setelah penat bekerja sehari suntuk..
kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik..

Apabila kita berumur 17 tahun, dan lulus peperiksaan,
Ibu menangis gembira..
kita membalas budi ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam..

Apabila kita berumur 19 tahun,
Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti,
mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita..
kita membalas budi ibu dengan bersalaman dengan ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan..

Apabila kita berumur 21 tahun,
Ibu bertanya apa cita-cita kita..
kita membalas budi ibu dengan berkata, "SAYA XMAHU JADI MACAM IBU!"

Apabila kita berumur 23 tahun,
kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri..
kita lupa untuk menziarahinya dan menelefon bertanya khabarnya..

Apabila kita berumur 27 tahun,
Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita..
kita membalas budinya dengan berkata, "Zaman sekarang lain la ibu!"

Apabila kita berumur 40 tahun,
Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung..
kita membalas budi ibu dengan berkata, "Saya sibuk la..!"

Apabila kita berumur 50 tahun,
Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang..
kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple serta merungut tentang kesibukan kerja lalu terpaksa balik segera..

dan kemudian,
pada suatu hari...
Ibu meninggal dunia..
dan tidaklah kita sempat untuk membalas jasa-jasa ibu..
tidak sempat jugalah kita mengucapkan
bahawa kita sayang ibu..

like Dr.Hussein said,
the present is a gift..
if we lose the present, we lose the gift..

so,
what should we do know?
i'm sure you know the answers..

"Happy Mother's Day!"
LOVE YOU MOM


hugs and kisses,


3 comments:

eMan said...

Apabila kita berumur 21 tahun,
Ibu bertanya apa cita-cita kita..
kita membalas budi ibu dengan berkata, " kite nk kawen mak..nk tips skit bleh.."

geeegeee~

May 11, 2009 at 11:15 PM  
ningurlz said...

hekhek..
lalu si ibu menjawab..
'gatey naa... tunggu sat.. bagila esan kawen dulu... haih!'

muahahahahahaha [gelak sambil guling2]

May 11, 2009 at 11:18 PM  
eMan said...