Photobucket

6 Persimpangan..

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN


Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."


Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.


Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum Nurul, masih ingat dengan auntie lagi tak? auntie pernah tanya kepada Nurul tentang Uni Mansoura kerana auntie bercadang nak hantar anak auntie kesana.

Kini, anak auntie Nurhani Izzati (Hani) telah berada di Uni Mansoura, dia buat Medic Manchester. sekarang ini dia tinggal diasrama yang disediakan oleh GMN.

Jika Nurul ada kesempatan, tolonglah tengokkan anak auntie ya, maklumlah dia masih baru kat sana.

sekian, wassalam.
Auntie Zuraida
Sungai Penchala,
Kuala Lumpur.

October 15, 2009 at 11:28 AM