Photobucket

muhasabah..

kadang-kadang hidup tak selalunya indah seperti apa yang kita selalu harapkan.. kadang-kadang kebahagian tak selalunya seperti yang kita idamkan.. kerana hidup ini adalah suatu ujian.. jangan kamu mengaku kamu beriman selagi mana kamu belum diuji.. dunia ini hanyalah transit semata-mata.. yang kekal hanyalah di akhirat sana.. itu adalah destinasi tujuan yang abadi dan hakiki... oleh itu, ingatlah wahai hati, janganlah kau bersedih hanya kerana engkau tidak dapat menikmati keindahan dan kebahagiaan yang sementara ini.. kerana ianya takkan kekal lama.. bersedihlah kerana memikirkan dapatkah diri ini mengecapi kebahagiaan di akhirat sana nanti.. insyaAllah.. bersama mendaki puncak cinta tertinggi! Ya Allah, tunjukkan aku jalan lurusMu..

1 comments:

Evi LoLyta said...

salam ziarah. kata2 muhasabah yg menyentuh hti.. keep blogging

December 3, 2009 at 10:38 AM