salam.
di sini nak buat satu pengakuan. sesiapa yang membaca post ini, selepas saja habis membaca saya ada tugas untuk anda! ya! jangan risau.. xsusah.. mudah saja.. hmm, tujuan tulis post ni cuma kalau boleh nak jerit kuat dalam blog ni.. tapi mcm mana ye? [arrrrrrrrghhhhh!!!] boleh ke macam tu? huhu.. ok lah, sebenarnya nak tulis, sepanjang 2 minggu cuti ni kan, adalah tempoh diri ini sangat2 futur.. futur.. ya futur.. i'm failed!! sangat sangat sedih ok.. selepas je pulang mentadabbur alam di dahab sambil berekreasi, hari-hari selepas itu sangat menyedihkan.. kadang-kadang macam pahat dengan penukul pun ada rasanya, sekali diberi peringatan dan nasihat, sekali tu je la bergerak.. ambil buku dan baca, tutup movie sekejap.. wat benda2 berfaedah... lepas sehari, dah mula balik... hahaha... teruk kan? berapa hari sangat dalam 14 hari cuti tu yang diisi dengan wat mende2 pekdah? boleh bilang dgn jari kot~ kunun-kunun nak penuhkan dengan merevise semula semua subjek la, nak ziarah sanak sedara aka kawan2 laa.. sempat sentuh ape je? patho? tu pun buku yg beli kat maarad je.. selak2 5-6 muka surat dah mengantuk.. kalau tgk muvie tu, bersambung2 pun xngantuk.. astaghfirullah.. lepas satu sambung next muvie plak... aiyaarrrkk... ihsan.. ihsan.. bangun2!! wake up dear.. banyak keje dan tanggungjawab yang belum selesai lagi.. 'esok' kalau ditanya, apa kau nk jawab? xkan nak jawab waktu tu saya cuti winter! saya cuti laa... no! no! no! excuse me, please remember this, awak dah buat perjanjian dgn Dia ye.. awak dilahirkan pun ada tugas yang perlu diselesaikan ye.. tahu tapi xnak buat! ya Allah janganlah Engkau gantikan kami dengan kaum yang lain... aku tidak mahu menjadi orang-orang yang rugi.. aku tidak mahu menjadi umpamaan seperti haiwan ternakan bahkan lebih sesat lg yg mana memiliki hati tetapi tidak digunakan utk memahami ayat-ayatMu, memiliki mata tetapi tidak digunakan utk melihat tanda-tanda kekuasaanMu, dan mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengarkan ayat-ayatMu ya Allah... Peliharalah aku dr golongan yg kufur nikmat dan sesat ya Allah.. masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku ke jalan keluar yang benar... ameen3.. Alhamdulillah, bersyukur kerana punyai kamu, kamu, kamu, dan kamu di sini.. we are a family.. we are sisters.. alfu syukran selalu mengingatkan.. muhasabah itu penting! bersyukurnya bersama-sama kalangan kamu semua... ada yang membetulkan jalan tatkala langkah kakiku tersasar... uhibbukum fillah!! *heart2* dan kepada pembaca2 semua, ada tugas untuk korang nih! hihi... senang saje, kalau nampak2 mcm saya terleka or terlalai tu, tegur2lah ye... jgn segan2.. huhu.. terima kasihhhh sgt2... dan minta maaf ye semuaa kalau ada silap dan khilaf... ok, selamat malam! nk tido.. esok kelas kul 9 pagi!~ k, wassalam.
0 comments:
Post a Comment