Bismillah.
Salam Alaykum semua.
Moga semua org,masih sihat tubuh badannya, akalnya, hatinya,imannya.Komponen dalam hidup manusia JERI kan? Mati satu, habislah mati semuanya. Bukan setakat orang yang tiba2 mati fizikal je dikira sbg mati,kalau hati tiba2 mati juga; jenazah jugalah manusia tu sebenarnya.
Gembira melihat semua orang membesar dengan baik.Alhamdulillah Allah mencampak benih2 hidayah, hingga akhirnya tertanam dengan baik dan subur pula.Alhamdulillah, alhamdulillah.Namun, hidayah itu perlu sentiasa kena dapat baja, perlu sentiasa dibasahkan dengan bekalan air yang cukup, barulah ia akan terus mekar, terus membesar dengan baik. Ya, baja dan air boleh diberi, boleh dibekalkan dari orang lain. Tetapi tanggungjawab untuk menyerap dan menghadam dan utk diterjemah itu,itu adalah tanggungjawab dari dalam diri. Sendiri. Dan sungguh, siapa yang akan untung selepas itu?Bukan diri sendiri jugak ke? Ye kan? Maka, jom start dari sekarang; usaha utk memberi keuntungan kepada diri sendiri.
Dan yang ingin disharekan di sini adlh utk setkan visi. Visi=Niat.Visi mestilah betul,mestilah yg besar,supaya kapisiti kita akan diMAXIMIZEDkan. Sebagai hamba ALLAH, rugilah kan,kalau kita buat sesuatu, tapi benda tu tak smpi ke langit. Mostly sebab benda tu tak diset betul2 niatnya, visinya.
Memaksimumkan niat/visi.
Nak share satu cerita.
5 orang pakcik terlibat dalam pembinaan sebuah masjid.
Seorang budak interview semua pakcik yang ada.
Soalannya pada pakcik pertama,
"Pakcik tgh buat apa ?"
"Pakcik tengah bancuh simen ni" jawab pakcik 1.
Membancuh simen utk 'mengikat' batu-bata
Pakcik kedua ditanya soalan yang sama, "tengah buat apa ni pakcik?"
"Pakcik tengah susun batu bata ni nak oii", jawab pakcik 2.
hmmm..
Pakcik ke3 ditanya lagi, dgn soalan yang sama.
"Pakcik sedang membina masjid, bersama dgn kawan2 pakcik yg lain ni haa", jawab pakcik 3.
Lalu, pakcik keempat ditanya,
dan jawapannya, "pakcik sedang bekerja, nak cari nafkah,utk sara anak isteri di rumah"
oooo (dlm hati:ok, besar sikit nampaknya visi pakcik ni)
Pakcik ke-5, apabila ditanya, juga dengan soalan yang sama; "pakcik tgh buat apa ni?", anda agak2 apa yang dijawab oleh pakcik 5?
Tujuan IndividuMuslim disediakan adalah supaya dapat terus mendaki tangga-tangga lain, bukan statik di tangga pertama sahaja.
*UA=ustaziatul alam=ustaz kepada alam=world order
JAWAPAN dari pakcik ke-5;
"Pakcik sedang cuba membina PERADABAN nak..sebab pakcik tahu, kelak masjid ni akan digunakan oleh umat islam, kanak-kanak akan dtg belajar agama di sini,memperkuat akidah mereka, dan iA , islam akan menjadi sebuah peradaban yang agung, seperti mana yang pernah dicapai waktu tamadun abbasiyyah dahulu, bahkan lebih hebat lagi!"
ALLAHUAKBAR! Besar kan visi pakcik tu kan? Visinya adlh utk membina peradaban. Maka, anda rasa, kalaulah ada hal2 kecil yang berlaku spnjg pembinaan masjid itu; seperti misalnya kawan2 yang lain tak dapat datang on that day ataupun pakcik tu is not getting paid, anda rasa2 lah kan, pakcik tu akan lemah semangatkah? anda rasa dia akan stop jugak dari buat masjid tu? Tak kan?
Sebab pakcik tu jelas, apa yang nak dicapai adlh sgt besar. Jadi, rintangan yg dtg, walau nmpk mcm saaangat besar, akan tetap dipandang sbg sesuatu yang kecil.
Begitulah kalau target kita ialah utk mumtaz setiap tahun, ujian2 yang datang seperti selesema sepanjang hari takkan kita pandang sebagai halangan.
Begitu juga kalau kita nak cuba dapatkan syurga allah,dan kita yakin dengan cara yang kita imani, maka go on! Try to reach the stars, if you fall, you will fall among the skies.
Maximizekan mana2 cara yang ada. Kalau dengan bercakap, bercakap lah. Kalau dgn tangan,dengan tanganlah.Kalau dengan YM,dengan YM lah. Kalau terer edit gmbr, tag dlm fb,itu juga adalah 'ballighu 'anni wa lau aayah' (sampaikanlah dariku walau satu ayat; hadith Nabi). Kalau dgn blog, dengan blog lah kita bersenjata (jeles dgn org yg terer menulis dgn best.huhu)
Yang penting, CUBA. Takkan rugi mencuba kan? Kalau salah pun, ada pengajaran yg boleh diambil. Itu juga adalah considered as tarbiyyah utk diri sendiri. Apa yang lagi best daripada mampu memberikan sesuatu benda baru yang baik utk diri sendiri kan? kan? =)
Tapi jgn lupa sentiasa perbaharui niat. Takut2 habituated kan?
p/s: UA yang dilaung-laungkan adalah satu ungkapan yang perlukan amali. Sangat2 diperlukan.Nama pun kemuncak maratib amal kan. Ia tidaklah sama seperti ungkapan 'Islam Hadhari' mahupun 'Satu Malaysia' yang akan tiba2 je hilang di pendengaran bila mana PM bertukar.
wa allahu a'lam.
1 comments:
kakaesannnnnnnnnnnnnnnnn..
May 9, 2010 at 5:21 PMmeremang bulu roma saya baca...
thumbs up..:)
Post a Comment