salam aleyk~
sudah lama agaknya blog ini dibiarkan bersawang dan berdebu tanpa post yang dapat menambahkan iman agaknye ye? sesungguhnya diri ini bukanlah seperti mereka-mereka yang banyak ilmu dan pandai menulis dengan laju dan lancarnya. diri ini tidaklah pandai untuk bermadah kata apatah lagi bab-bab mengarang nih, kurang minat sikit. oklah, hendak berkongsi beberapa ayat dalam surah Nuh yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran bersama.

bermula dari ayat 5-10 surah Nuh,
قَالَ رَبِّ إِنِّى دَعَوۡتُ قَوۡمِى لَيۡلاً۬ وَنَهَارً۬ا (٥) فَلَمۡ يَزِدۡهُمۡ دُعَآءِىٓ إِلَّا فِرَارً۬ا (٦) وَإِنِّى ڪُلَّمَا دَعَوۡتُهُمۡ لِتَغۡفِرَ لَهُمۡ جَعَلُوٓاْ أَصَـٰبِعَهُمۡ فِىٓ ءَاذَانِہِمۡ وَٱسۡتَغۡشَوۡاْ ثِيَابَہُمۡ وَأَصَرُّواْ وَٱسۡتَكۡبَرُواْ ٱسۡتِكۡبَارً۬ا (٧) ثُمَّ إِنِّى دَعَوۡتُہُمۡ جِهَارً۬ا (٨) ثُمَّ إِنِّىٓ أَعۡلَنتُ لَهُمۡ وَأَسۡرَرۡتُ لَهُمۡ إِسۡرَارً۬ا (٩) فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُ ۥ كَانَ غَفَّارً۬ا (١٠
Maksudnya :
5. Dia (Nuh) berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam.
6. tetapi seruanku itu tidak menambah (iman) mereka, justeru mereka lari (dari kebenaran).
7. Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkan bajunya (ke wajahnya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri.
8. Lalu sesunggunya aku merayu mereka dengan cara terang-terangan.
9. kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan dengan diam-diam.
10. maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun."

sepertimana yang kita tahu, Nabi Nuh adalah seorang Nabi Ulul Azmi yang mana mendapat ujian dan cabaran yang hebat ketika berdakwah. Masih ingatkah kita tentang kisah Nabi Nuh? kisah kaum Nabi Nuh yang sangat ingkar dan sombong?
Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun (950 tahun) berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, mengangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ke tingkat yang sesuai dengan fitrah dan qudratnya dan berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pada para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, tolong-menolong diantara sesama manusia.
Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil menyedarkan dan menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima dakwahnya beriman, bertauhid dan beribadat kepada Allah kecuali sekelompok kecil kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus orang, walaupun ia telah melakukan tugasnya dengan segala daya-usahanya dan sekuat tenaganya dengan penuh kesabaran dan kesulitan menghadapi penghinaan, ejekan dan cercaan makian kaumnya, karena ia mengharapkan akan datang masanya di mana kaumnya akan sedar diri dan datang mengakui kebenarannya dan kebenaran dakwahnya.
di mana saya ingin kaitkan? konsep USAHA yang tak pernah mengenal erti PUTUS ASA!
cubalah anda sendiri bayangkan, 950 tahun!! suatu jangka masa yang sangat panjang.. sudah tentu. tetapi bagaimana pula dengan hasil dakwah selama tempoh itu? tidak ramai kan? dalam hanya 80 orang dan mungkin lebih tetapi tidak sampai 100 pengikut pun. Ahli keluarganya sendiri tidak mengikutnya. sedih kan? tetapi adakah dalam tempoh itu Nabi pernah berhenti? tidak pernah bukan? so why should we?
seperti dalam ayat 5 surah Nuh tadi, Nabi berdakwah siang dan malam. bandingkanlah usaha yang Nabi lakukan dengan usaha kita sendiri. samakah kita atau terlalu besarkah jurang beda nya? tepuk dada tanyalah diri sendiri. kerana anda sendiri pasti lebih tahu apa yang anda lakukan, apa usaha anda ke arah mencapai apa yang inginkan bukan?
yang keduanya, ayat 7-9, Nabi juga sabar dan kreatif dalam berdakwah. pelbagai corak dan method dakwah yang digunakan. secara terangan mahupun secara diam. Dakwah itu luas. haruslah kita kreatif dan bijak dalam berdakwah. Sifat sabar yang tinggi dalam diri Nabi haruslah kita pupuk dalam diri kita. Sungguh, memanglah susah dan mungkin mustahil untuk kita mencapai tahap kesabaran seperti Nabi sendiri. Sesungguhnya Nabi itu diutuskan oleh Allah sendiri dan juga maksum. tetapi, cubalah setiap kali ujian, musibah, dan sebagainya datang kepada kita, cepat-cepat ingatkan diri kita bahawa ujian kepada Nabi-nabi adalah jauh lebih besar daripada apa yang kita dapat. pujuklah diri kita supaya bersabar. Jika kita mengaku kita umat Nabi Muhammad, mengapa pula kita tidak mahu mencontohi peribadi Baginda.
dan pada ayat 10, menyeru kita supaya sentiasa bertaubat dan memohon ampun daripada Allah. Segerakanlah memohon ampun apabila kita membuat dosa. sungguhpun dosa yang kecil. kerana sekecil-kecil dosa jika dihimpunkan akan menjadi besar juga. jangan bertangguh apabila tersedar akan kesalahan dan dosa yang dilakukan. Sungguh, kita sendiri tidak tahu bilakah ajal akan tiba? Mungkin malam ini malam terakhir kita, mungkin detik selepas anda membaca blog ini, mungkin juga pada bila-bila masa. Nobody knows. Only He Knows. Sedangkan Nabi sendiri dalam sehari sangat selalu dan kerap memohon ampun daripada Allah, walhal Nabi itu sendiri maksum. janganlah sombong seperti kaum Nabi Nuh yang menutup telinga dan menutup mukanya kerana tidak mahu kepada kebenaran. Doalah supaya kita tidak berada di dalam kaum yang sesat.
wallahua'lam..
p/s : apa-apa kelemahan juga kekhilafan di sini mohon diberi teguran supaya dapat dikongsi dan diambil pengajaran.syukran.

seperti dalam surah Al-Baqarah : 286 yang bermaksud :
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
juga dalam surah Al-Insyirah : 5-6 bermaksud :
5. "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,"
6. "Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

0 comments:
Post a Comment