Photobucket

Perkenalan Lelaki dan Perempuan..

salam aleyk~

baru-baru ini, beyt Iljimae ada menerima cd yang sangat bermanfaat dan banyak ilmu yang dapat diambil darinya. insyaAllah. jutaan terima kasih kepada yang berkenaan atas usaha murni itu. May Allah bless you.. and here, i would like to share with you satu topik yang sangat berkait rapat dgn kehidupan kita seharian [mua'malah].. kadang-kadang kita sendri terlupa, dan mgkin tidak sedar tentangnya. apakah hukum tentangnya.. xpe, selepas baca ni, bersama-samalah kita amalkan ye! ISLAM is the way of life~

tulisan ini ana ambil daripada my beloved housemate <-- [boleh klik di sini] yang terlebih dahulu menulis tentang tajuk ni.. so ana copy paste je dengan izin dari penulisnya. =) syukran awi2

......................................................................................................

Salam..

Nice topic kan?? hehe..



Petang tadi dapat cd. Lantas cd tersebut dibuka dengan penuh tanda tanya.
Masha-Allah, kandungannya sangatlah bermanfaat dan penuh dengan 'input'.
Tahniah dan sekalung terima kasih kepada pembuat dan pemberinya.
That really means a lot..

Tajuk yang sangat menarik hati dan memberi 'input' yang banyak berbunyi seperti tajuk di atas; Perkenalan Lelaki dan Perempuan. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Seriously, i've made such a lot of research n findings bout this topic cos it really mushkil me a lot.
Nak dijadikan ustaz dan ustazah sebagai panduan, mereka juga manusia biasa.
Nak dijadikan yang pada pandanganku mereka hebat dari segi ilmunya, mereka juga insan biasa.
Akhirnya, aku mushkil sendiri.
Panduan dan pedoman yang terbaik hanyalah pada kembali kepada syariat Islam yang sebenarnya dan menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai role-model yang utama.
Sungguh aku hilang bila meletakkan yang lain sebagai panduan.
Harapnya ceramah ini boleh dijadikan sedikit sebanyak pencerah jalan.

Here, i write what i've learnt from the ceramah.

Terdapat 3 jenis perkenalan yang dibincangkan;
1. Semasa zaman remaja
2. Zaman sebelum bertunang
3. Zaman patut berkahwin (selepas bertunang)

Ketika Zaman Remaja

Hukum: Harus sesama jantina, haram dengan lain jantina.
Contoh perkenalan: Di sekolah

Kajian orientalis menyatakan sebab Islam maju kerana ketaatan pada agama dan pegangan yang teguh kepada ajaran Nabi.

Maka, cara untuk menghancurkan Islam adalah dengan menghancurkan akhlak penganutnya dengan mencampurkan lelaki dan perempuan.
Hasilnya, setelah negara kita dijajah, negara yang yang ditakluki dicampurkan perempuan dan lelaki di sekolah-sekolah.

Yes, this is their first step .
Bila tiada hijab antara hubungan lelaki dan perempuan di sekolah (dengan bersembang, bertembung dan bergurau antara satu sama lain), mereka sambung berhubung di luar sekolah.
Hasilnya, wujudlah budaya 'couple' yang akhirnya menyumbang kepada perzinaan.

Di samping itu, di zaman ini wujud satu masalah yang menimbulkan tanda tanya.
:: Hukum berkenalan dengan lelaki yang tidak dikenali ::

Jawapannya: Tak salah berkenalan dengan orang yang baru ditemui kerana berkenalan itu boleh menghubungkan silaturrahim.
Rujuk Al-Hujurat: 10
Namun, bila seseorang perempuan mudah berkenalan dengan lelaki yang tidak dikenalinya boleh membawa tafsiran yang berbeza.
Pertamanya, mereka dipandang murah oleh masyarakat.
Kedua, Islam melarang perkenalan antara lelaki dan perempuan yang tidak bermaksud untuk berkahwin.

Muda-mudi yang usianya sudah patut berkahwin, perkenalan mestilah melaui mahram (tidak boleh berhubung secara langsung)
**my note: Disinilah kita sering tersilap. Baik yang belajar agama mahupun yang mendalami agama. No offense. Saya juga belajar agama cuma pengamalan yang tak tahu setakat mana.

Zaman Sebelum Bertunang

Perkenalan hanyalah di rumah sahaja sambil ditemani mahram.
Ada juga ulama mengatakan, tak boleh berjumpa. Apa-apa pesanan hanyalah melalui mahram. Contoh, kalaulah si lelaki suka makan jambu air, maka jambu air tesebut hanyalah diserahkan kepada pihak lelaki melalui ayahnya.
**Ustaz Azhar takde pulak mengatakan ulama mana yang mengatakan ini. If someone knows, care to tell ye.

Zaman dalam Fatrah Pertunangan


Pertemuan mestilah ditemani mahram (bukan atuk yang nyanyuk mahupun adik berumur 2 tahun) dan tidak berdua-duaan.

Rumusan:
Perkenalan antara lelaki dan perempuan mestilah dibuat berlandaskan syariat Islam dan dilakukan semata-mata kerana menurut perintah Allah serta diperkuat dengan niat untuk berkahwin. (**my note: niat sahaja tak cukup. niat dah elok amal buruk pun tak guna)
Sebarang perkenalan di luar batas ini adalah dilarang.

Pesan ustaz lagi, siapa yang pernah buat yang terlarang, silalah bertaubat kerana kita orang Islam.

Janganlah kita menjadi hamba yang bodoh sombong.
Tubna illallah wa raja3na ilallah~

Wallahua'lam..
Andai ada silap n salah sila perbetulkan ye..

Till then..
Ilal 3mal!!
Kalau saya tak beramal, sila marah!!

................................................................................................

semoga selepas ini
kita dapat mengambil input
plus
amalkan apa yg telah kita dapat ye!
insyaAllah
apa yang kita cari?
REDHA ALLAH pada setiap amalan dan perlakuan kan?
so, kenalah ikut cara yang Allah suka..
Islam ada cara dan garis panduan yang telah ditetapkan..
mengapa kita perlu melonggarkan atau
tidak mengikutnya?
('',)v


p/s : kalau saya xberamal, sile marah saya juga taw!~

till then,
segala yang baik itu datang daripadaNya,
yang buruk itu jua daripadaNya
tetapi disandarkan atas diri yang lemah ini...

wallahua'lam.

2 comments:

Anonymous said...

waaa,,,
nak copy and paste dari entry awak boleh ihsan??

July 5, 2009 at 11:06 AM  
ningurlz said...

weeee...
silekan2.. tapi nnt letak sumber atas link kak nisah boley? sbb ana pun ambil dr dia...
http://nisahmizah.blogspot.com

July 5, 2009 at 3:24 PM