Mari bertanya sejenak kepada diri kita...
Apakah erti aku melafazkan kalimah syahadah?
Setiap hari aku mengucapkan syahadah dalam hidupku...
"Aku BERSAKSI bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
dan aku BERSAKSI bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.."
kenapa dikatakan aku BERSAKSI? kenapa tidak hanya kita berkata aku BERSUMPAH? atau BERIMAN?
pernahkah anda bertanya kepada diri anda kenapa anda BERSAKSI?
Apa itu Syahadatul Haq?
ok.. dalam erti kata ringkas, Syahadatul Haq ialah penyaksian terhadap kebenaran.
macam mana tu ye?? hmm...
"Syahadah Al-Haq" bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat, malah, tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan solat, puasa, zakat, dan haji.
Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam 3 bentuk :
- amal soleh
- akhlak yang terpuji
- pemerintahan yang adil
supaya mereka tidak menjadi fitnah kepada agamanya, yakni Islam itu sendiri serta menjaga kemurnian dan kesucian agama.
xfaham lagi la.. terangkan lagi?
mari kita singkap kembali sejarah Islam dahulu,
Rasulullah SAW apabila menerima wahyu ke 2 iaitu Surah Al-Muddassir : 1-5 yang bermaksud :
1. Wahai orang yang berkemul (berselimut)!2. Bangunlah, lalu berilah peringatan!3. dan agungkanlah Tuhanmu,4. dan bersihkanlah pakaianmu,5. dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji.
ayat ini menjelaskan tentang perintah Allah kepada Rasulullah supaya berdakwah. Sejak daripada penurunan wahyu ini, Rasulullah tidak pernah berhenti berdakwah atau berehat daripada menyebarkan agama Islam.
dan ketahuilah kita yang beriman dengan agama Islam pada hari ini adalah SAKSI-SAKSI kepada Rasulullah. Kita menjadi SAKSI yang Rasulullah telah membuat kerjanya (dakwah) pada zaman dahulu. Bagaimana? dengan berimannya kita pada hari. dengan adanya Islam pada hari ini. Kelak ditanya di akhirat nanti, apa bukti kamu telah melaksanakan tugas kamu sebagai khalifah di dunia? Kitalah yang menjadi saksi kepada Rasulullah bahawa Baginda telah selesai melaksanakan tugas dengan sempurna. Sehingga kita masih mendapat nikmat Islam itu pada hari ini.
Ya! kita adalah khalifah! jangan lupa tu..
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah : 30)
dan siapa pula yang akan menjadi SAKSI kita nanti??
Sedarlah saudara dan saudari tentang tanggungjawab kita. Tanggungjawab menyampaikan. Tanggungjawab ini ialah kamu melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq yang kamu imani dan kamu akui sebagai agama kamu.
Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan cara kamu menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia. Ya SELURUH! melalui amalan soleh yang kamu lakukan, melalui akhlak terpuji yang kamu miliki serta melalui pemerintahan kamu yang adil dan betul.
Kenapa?
Supaya pada hari di mana segala SAKSI bangkit menyatakan PENYAKSIAN mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka.
Allah Ta'ala berfirman dalam surah Al-Baqarah : 143,
"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (Al-Baqarah : 140)
Kita tidak mahu menjadi orang yang zalim bukan?
Janganlah kita pada hari ini menjadi seperti kaum bani Israel yang pada masa dahulu menyembunyikan keterangan ini walhal mereka tahu akan kebenarannya. Kaum Yahudi yang ada kalanya menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Tenggelam dalam kezaliman. Dan akhirnya, segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran. Mereka ini adalah kaum yang dilaknat Allah selama-lamanya. Mahukah kita menjadi seperti kaum yahudi ini??? Tepuk dada, tanyalah akal dan hati.
Islam telah sampai kepada kita dan kita juga telah sedar tentang tanggungjawab kita di dunia ini iaitu sebagai hamba dan khalifah. Jadi, tidak ada alasan di akhirat kelak untuk kita berdalih atau mengatakan bahawa kita tidak diberitahu atau tidak mengetahui.
Supaya di akhirat kelak, kita tidak akan disalahkan oleh kawan kita sendiri (orang islam dan bukan islam) kenapa kita tidak memberitahu mereka tentang ini. Kerana Allah tidak akan menghukum orang yang tidak mengetahui, tetapi Allah akan menghukum kita atas apa yang orang lain yang sesat lakukan akibat kecuaian kita sendiri yang tidak melaksanakan tanggungjawab kita sebetulnya.
teringat kata-kata seorang sahabat ana,
"By default, kita sememangnya telah berbai'ah dengan Allah! Baton telah diserahkan ke tangan kita, kita yang memilih samada mahu berlari, merangkak, atau menjalar untuk menunaikan amanah besar ini. Yang pasti, memilih untuk duduk diam dan menyembunyikan kebenaran bukanlah satu pilihan ahli syurga."
Hmm... Macam mana? dah faham? Jadi apa yang perlu kita buat?
Pastinya anda sendiri lebih mengetahui...
"Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada api neraka." (hadis riwayat Bukhari & Tarmidzi)
wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment