Photobucket

Analisis Physiology 2nd Year~

di sini ada analisis soalan physiology yang chibe Iljimae wat based on past years questions ye..
klu sape2 yang rasa nak, boleh la amek..

p/s : sila klik pada gambar utk tatapan lebih jelas dan terang..!


sekian, terima kasih.. =)

In the name of Allah..

Satu peristiwa ketika perang antara umat Islam dan orang musyrikin. ketika mana sewaktu bertempur, seorang musuh telah tersungkur ke tanah ketika berlawan dengan Saidina Ali bin Abi Talib, menantu Rasulullah yang juga merupakan antara 10 orang yang dijanjikan syurga. bila-bila masa sahaja ketika itu pedang Saidina Ali bisa membunuh musuh tersebut. Tetapi, tiba-tiba musuh tersebut meludah ke arah Saidina Ali. Lalu Saidina Ali memalingkan dirinya dan meninggalkan musuhnya itu dalam keadaan terpinga-pinga dan seolah-olah tidak percaya dengan tindakan Saidina Ali itu. dan apabila kedua-dua pihak lawan telah pulang ke khemah masing-masing, tinggallah mereka berdua sahaja yang masih tidak pulang. musuh tadi lalu bertanya kepada Saidina Ali, ''mengapa engkau tidak membunuhku tadi sedangkan ketika itu memang kau berpeluang untuk membunuhku, dan sebelum itu kau sangat beria-ria hendak membunuhku?'' Saidina Ali menjawab, "keinginanku untuk membunuhmu tidak lain hanyalah semata-mata kerana Allah, dan sewaktu kau meludah ke arahku, aku menjadi marah, dan aku tidak mahu membunuhmu kerana aku marah dan untuk membalas dendam".

Lihatlah betapa Saidina Ali mementingkan niat dan meletakkan Allah di hadapan setiap amalannya.. betapa hebatnya para sahabat dalam menjaga niat mereka.. Bagaimana pula tahap iman kita?? Letakkan diri kita dalam situasi Saidina Ali pada ketika itu, apakah yang akan kita lakukan? Mungkin kita sudah lama membunuh musuh itu dengan kejamnya.. disebabkan marah dengan perbuatannya itu.. Alhamdulillah jika kita tidak berbuat demikian.. semoga hari ini masih ada orang yang seperti itu..

rasanya mesti semua orang sudah maklum tentang kepentingan niat dalam setiap amalan kita. tapi sejauh manakah kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita? sejauh manakah ianya terserap dalam hati kita?

sesuatu amalan yang diterima Allah adalah :
- amalan yang diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah
- menurut landasan syara'

walaupun kita sudah sering dan selalu serta sokmo mendengar tentang tajdid niat, tetapi janganlah sekali-kali memandang enteng tentang kepentingan niat ini.. jangan juga mengambil mudah kerana...

ingatlah, boleh jadi sesuatu amalan besar itu menjadi sekecil-kecil amalan hanya kerana niat, dan boleh jadi amalan yang kecil menjadi besar... juga hanya kerana niat..

dalam surah Al-Kahfi ayat 104 :


Maksudnya : iaitu orang-orang yang perbuatannya sia-sia dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.

semoga kita tidak termasuk dalam golongan 'mereka' yang segala amalan-amalan yang disangkakan bisa menjadi bekal di akhirat nanti sebenarnya hanyalah seperti debu-debu berterbangan di udara dan tiada nilainya.

seperti yang terdapat dalam surah Al-Furqan : 23


Maksudnya : Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagai) debu yang berterbangan.

kesimpulannya, niat harus diaulakan dalam segenap perbuatan kita sehari-harian.. niat ikhlas semata-mata kerana Allah. InsyaAllah semoga setiap satunya mendapat mardhatillah dan terpelihara dari tersasar dari landasan sebenar.. letakkan Allah di hadapan segala amal perbuatan kita. study kerana Allah, exam kerana Allah, pergi tgk jar kt muzium anat kerana Allah, dan sebagainya. bukan susah sebenarnya, cuma xpernah dilatih dan tak pernah dijadikan tabiat [pesanan tuk diri sendri nih].

yang baik itu datangnya daripada Allah begitu juga yang buruk juga daripadaNya tetapi disandarkan ke atas diri ini yang serba lemah dan hina. maaf andai ada tersilap kata, tersasul bicara. jika ada yang silap, mohon berikan teguran supaya bisa dijadikan pengajaran buat masa yang akan datang. wallahua'lam. Photobucket

fi qalbi..

::KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM::

  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan berjumpa tenang dan damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qada' dan qadarNya serta senantiasa sabar sehingga menemuiNya.
  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

.salam muhasabah.
C.i.N.T.A.L.L.A.H

-::---------------------------------::-


Alhamdulillah,
akhirnya setelah bersusah payah mencuba dan mencuba..
anti virus KIS 2009 telah berjaya di uninstall..
dan telah berjaya juga di install semula..
dan telah dapat berfungsi dengan baik semula..
Alhamdulillah..
terima kasih kepada sumaiyyah yang telah menyumbang
bantuan 'pernafasan' (Trojan Remover) kepada laptop ini
ketika ia sedang sarat dengan malware2 yang telah
memenuhi ruang-ruang dan lompang-lompang kosong
di dalam HD ku ini... fuhh!
ok lah..
back to the books and notes!
typing off
...
wassalam

....what should i do?...



salam..

sigh* kenapa la saat2 nak exam je, laptop suka wat hal? aduss.. bukan laptop, tapi masalah antivirus.. what should i do now? just let it be... no.. no.. agaknya, dia nak suruh belajar la tu.. jangan selalu sangat depan laptop.. blaja nuh! haizz.. eh2.. mana ada selalu pun depan laptop ni ha.. on je.. waktu2 ngantuk je, stop study jap, layan kuiz2 dalam facebook tuh.. hehe..
kaspersky wat hal la pulak.. tetiba je nk update, full scan, quick scan sume xleh.. just mention 'update is running' but xloading2 pun.. ade ke sesapa yg pernah alami situasi, condition, keadaan mcm ni?? i've already asked my father about this, and he told me to uninstall the kaspersky 2009 then reinstall then try ro update again.. i tried to do so.. tapi.... apa yg terjadi? nak uninstall pun dah xley.. oh oh.. virus TROJAN dan mula mendiami dan beranak pinaks di dalam inspirion 1420 ku ini.. oh tidakkk!!! i am so so sooooo sad... =(

all da best my bro!

14.04.2009 2:35 pm

abin : kak ihsan!!!!
abin : Assalamualaikum
ihsan : yo!!
ihsan : abin!!!
ihsan : waalaikumussalam~
abin : Abin 25 april nk pi lawan hafazan
abin : seluruh kedah
ihsan : wah
abin : smua skol agama
abin : yahoo
ihsan : abin hapai surah apa?
abin : surah as-sajdah ngan al-mulk
ihsan : oo
ihsan : dah lancar ka
ihsan : alhamdulillah


Alhamdulillah.. sejuk hati bila mendengarnya.. hehe.. semoga berjaya aben!! nanti kak esan balik, kak esan bg hadiah naa.. huhu.. tp, jangan hafal utk lawan pertandingan ja naa.. tapi, biarlah berterusan dan jadikan amalan.. jgn nanti lupa mcm tu saja.. peringatan utk diri sendiri jugak.. nk kna ngulang balik nih.. klu lupa dosa nanti.. nauzubillah.. Ya Allah, peliharalah ayat-ayat suciMu di dalam hatiku selalu.. ameen

.......................................................................................

hadis hari ini :

Sahih Bukhari Hadeeth. Vol.1 Book: 2. Belief. No.40.

Narrated Abu Huraira :

Allah's Apostle said, "if any one of you improve (follows strictly) his Islamic religion then his good deeds will be rewarded ten times to seven hundred times for each good deed and a bad deed will be recorded as it is."

jadual praktikal~

group 4:

18 april - physiology
22 april - biochemistry
23 april - histology

group 5:
(4102 - LAST) <--'roqom julus ni klu xsilap la..
21 april - physiology
22 april - histology
23 april - biochemistry

anatomy practical exam will be after the written exam. on da same day of oral exam as last year exam. syukran =)

credit to : kak zaty

p/s : pasal praktikal anatomy tuh, untuk mengelakkan sebarang kemusykilan dan 1001 tanda tanya, bolehlah make sure sndri dengan doktor, department anatomy or mana2 yg sewaktu dengannya..

Exameaphobia Finale

FINAL EXAM 2nd YEAR


Group 5 : 3911 - 4167
Group 6 : 4167 - last


P.H.Y.S.I.O.L.O.G.Y
Written : Sunday - 10/5 - 10 am
Oral
Group 5 : Monday - 11/5 - 8 am
Group 6 : Tuesday - 12/5 - 8am


H.I.S.T.O.L.O.G.Y
Written : Sunday - 24/5 - 10 am
Oral
Group 5 : Monday - 25/5 - 8 am
Group 6 : Tuesday - 26/5 - 8 am


A.N.A.T.O.M.Y
Written : Monday - 8/6 - 10 am
Oral
Group 5 : Tuesday - 9/6 - 8 am
Group 6 : Wednesday - 10/6 - 8 am


B.I.O.C.H.E.M.I.S.T.R.Y
Written : Sunday - 21/6 - 10 am
Oral
Group 5 : Monday - 22/6 - 8 am
Group 6 : Tuesday - 23/6 - 8 am


P.S.Y.C.H.O.L.O.G.Y
Written : Thursday - 2/7 - 10 am


ma'akum bittawfeeq wannajah!