d i s c o v e r y



teringat waktu pergi ke dreampark, cairo hari tu.. sangat seronok.. pergi pun memang nk main kan? so mmg main betul2 lah... sambil2 merelease tension jgak.. dan sebagai memenuhi permintaan kak nisah sebelum kak nisah pulang ke malaysia... huhu.. dan sebelum balik, aku, kak nisah dan shikin pun naiklah 'mainan' yg terakhir yg bernama 'DISCOVERY'... [org yang lain semua dah 'pengsan'..hehe].. pengalaman naik discovery tuh sgt2 menyeramkan kot... dan rasa mcm dah sampai 'ajal' waktu tu.. haha.. boley mati bila2 masa je... so scary... sbb apa scary? sbb dia punya seat belt n besi penahan tu mcm nk terbukak... waaaaaaaaaaa.... serammmm sgt~~~ kalau lah terbukak, boleh tercampak je terus sampai mansurah pe... kitorang tak tahu mcm mana ia berfungsi pada mulanya.. pakai naik je kerana kami ikut je cadangan orang itu supaya naik discovery... dia xnaik pun.. =p pndai no.. then, bila start je berpusing, nampak lantai bawah terbukak... erk?? konpem dahsyat nih.. sbb lantai dia bukak... dan rupa2nya..mmg dahsyat pun... waktu tu barulah nk ingt mati... hehe.. kalau malaikat cabut nyawa waktu nih, xtahu lah camna... belum sempat bertaubat pun... belum cukup amalan rasanya untuk menjejakkan kaki ke syurga Allah.. dah la berputar laju..sambil tu jgak.. hayun mcm buaian 180 darjah!!! dari kiri ke kanan... tgk bawah... nampak lori atas jalan raya... gulp!!~ dan sekarang..... rindu la pulak.. rasa mcm nk pergi lagi... heheh~ hmm.. ntah pape je kan post nih... xde kene mngena langsung.. cumanya kat sini, nak katanya... ajal maut tu bila2 masa je.. petang tadi sekali lagi teringat macam mana la kalau japg on the way balik rumah, kena langgar keta ke keldai ke kuda ke... terus rasa cuak dan gelabah... aku banyak dosa.. belum bertaubat dan minta ampun dariNya.. dan aku sndri belum bersedia andai dijemput menemui Dia... serius! sangat takut perasaan tiba2.. bulu roma pun rasa menegak je.. gerunnya saat2 kematian itu.. bayangkan kita nampak malaikat datang dan kita tahu dia datang untuk mengambil nyawa kita.. iskk... so, kena selalu muhasabah kembali diri kite.. sebab kita tak tahu ajal kita bila kan? mgkin sekejap lagi, mgkin esok, atau lusa?? adakah kita akan mati dalam keadaan telah sempurna hak2nya sebagai khalifah dan hamba?? ajal.. kita tak tahu semua itu.. kerana itu semua urusanNya.. dan telah tertulis secara fitrah sejak di Luh Mahfuz lagi.. jadi, kita kena lah sentiasa bersedia dan juga melakukan yang terbaik dalam hidup seharian sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.. agar kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi.. insyaAllah.. sama2 berusaha menjadi individu muslim yang mukmin.. jom recheck sama2!

10 muwasafat tarbiyah :

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang soleh
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat kepada orang lain

dah sempurna ke 10 sifat2 nih?? tepuk dada tanyalah iman dan diri... [esan, sila tepuk dan tanya jugak!!] wallahua'lam..

check these out!!










and try it out...lg cantek klu gne tali kasut dua warna.. baru nampak..
selamat mencuba!! ^_^

puding caramel... just for you!~


gambar sekadar hiasan


atas permintaan, this is special for you, yuyu! ;)

bahan-bahan yg diperlukan :

2 biji telur kuning sahaja + 3 biji telur
5 sudu besar gula halus
3/4 liter susu
1 sudu besar esen vanilla
gula (untuk membuat gula hangus)

cara-cara membuat :

0. Didihkan air di dalam periuk kukus. Sebab nk tunggu air didih lama jgak kan?
1. Sambil itu, masak susu bersama esen vanilla di atas api. Jangan sampai berbuih/mendidih. Tutup api dan biarkan.
2. dalam bekas yg lain, kacau telur bersama gula halus sehingga larut dan sebati. Jangan sampai berbuih means jangan pukul telur. dodoi2 sudey. hehe.
3. Masukkan susu yg telah dimasak tadi ke dalam telur yang telah didodoi dan dikacau tadi. Kacau sehingga sebati. Ni pun jangan pukul taw. hehe.
4. Sambil itu, masakkan gula hangus. Amount of sugar ikut cita rasa sendiri.
5. Masukkan gula hangus ke dalam bekas pengukus, dan setelah itu barulah masukkan susu dan telur yg telah dicampur tadi.
6. Kukus selama 45-50 minit. siap!~

p/s : sesudah masak, biarkan sejuk terlebih dahulu barulah masukkan ke dalam peti sejuk anda ye. kalau x, rosak peti nanti. yuyu masak byk2 utk sarah, umi, n umu.. wat stok utk sebulan. haha

Selamat Mencuba!

Jalan Dakwah



Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

sanah helwa 29th November 2009.


salam..

sorry sbb lambat update pasal besday adek bongsu kite yg sudah semakin membesar nih.. hehe. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 19 ye beba! lagi setahun tu.. insyaAllah.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. May all your dreams come true.. banyakkan doa ye... sorry about the present beba ye.. cant make it like what i'm planning to.. nanti kite main same2 ye detective game tu.. haha~ and i do really hope that you will write 'hari-hari dalam hidupku' in that book! any one of the books ok? as you like.. ok.. thanks for being my friend and my shoulders also my ears.. haha.. love you.. mmmuaahhxx!~

muhasabah..

kadang-kadang hidup tak selalunya indah seperti apa yang kita selalu harapkan.. kadang-kadang kebahagian tak selalunya seperti yang kita idamkan.. kerana hidup ini adalah suatu ujian.. jangan kamu mengaku kamu beriman selagi mana kamu belum diuji.. dunia ini hanyalah transit semata-mata.. yang kekal hanyalah di akhirat sana.. itu adalah destinasi tujuan yang abadi dan hakiki... oleh itu, ingatlah wahai hati, janganlah kau bersedih hanya kerana engkau tidak dapat menikmati keindahan dan kebahagiaan yang sementara ini.. kerana ianya takkan kekal lama.. bersedihlah kerana memikirkan dapatkah diri ini mengecapi kebahagiaan di akhirat sana nanti.. insyaAllah.. bersama mendaki puncak cinta tertinggi! Ya Allah, tunjukkan aku jalan lurusMu..

jgn bace...!

salam aleyk~


Alhamdulillah wa syukurillah...

1st mid sem exam dah pun tamat!~ overall nye rasa2nye la kan, hanya paper microb yg berjaya dijawab dgn senang hati kot... subjek lain, berpeluh2 jgak kot.. [dlm dewan xde kipas] tawakkal je... xnak pk dah.. sedih... hmm... raya la sekejap... lama betul xmenulis.. dah rasa xpndai nak menulis dan tak tahu nak tulis pasal apa.. kekok jugak rasanya.. haa! lagi 6 hari!! untuk ape ye? hehehe... ada org baru nak masuk 19 tahun... hmm.. sungguh muda usianya~ jeles daku... tapi mesti org tu jeles dgn usia daku yg sudah berkepala 2 di depan.. kenapa?? hehehe... itu semestinya hanya dia yg tahu kenapa... peace!~ ^_^ raya haji pun dah dekat, bermakna xlama lagi family shikin nk datang!! yeay!~ suke2... haha xpasal. bolehla raya dgn keluarga walaupun bukan keluarga sndri... xpe2.. but, esoknya diorg sume dah nk g jenjalan pusing egypt.. huhu.. selamat ye~ hmm... kak nisah... kite dua nk g mana ye lepas raya?? hehe.. CS jom!~ =D now, i'm trying to gain my weight.. its sooooooo hard okke!! why eh? ada parasit ke? kekeke... makan rasa2nya dah byk... sbb dipantau oleh cik sumaiyyah.. beliau merupakan pembantu program diet saya.. beliau juga akan memasak pelbagai resipi2 masakan untuk saya... suke2!!~ caaaayang kamu... sekarang ni pun die xde kat rumah. sumaiyyah n ummu g mesyuarat utk ajk makanan lagi tu.. hehehe.. [adekah kaitan di situ?] hmm...dah panjang belum post ni eh? hmm.. dah lame xg kelas ustaz.. mnggu exam ni xpergi sekalipun.. isk3. teruk betol!~ haih.. apo nok jadi ko nih esang!!~ lepas ni harapnya boleh istiqamah sket.. xde skip2 da ok? insyaAllah... hmmm... oklah, cukup kot takat ni.. xde mende pun padahal.. jst nk exercise jari ni balik. kekok sgt2.. ok.. nk g kacau shikin kat dapo jap.. wassalam ^_____^

Ya Rabb..

"Ya Allah,
perbaikilah agamaku untukku
yang mana ia merupakan penjaga perkaraku.
Perbaikilah duniaku
yang di dalamnya terdapat kehidupanku.
Perbaikilah akhiratku untukku
yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku.
Jadikanlah hidupku
sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan,
serta jadikanlah matiku
sebagai istirahat untukku dari segala keburukan."

(HR Muslim4897)

can you see whats behind this pic?

jom tengok gambar..
sape2 yang tengah letih dan sakit mata baca buku tuu..
rehat jap
meh tengok meh...
sape leh teka gambar apa disebalik lukisan2 nih??
hihihi...
maybe ada yg dah pnah tengok..
sbb ambil ni pun dr facebook~
they are called stereogram


ni gambar seekor butterfly atau dikenali sbg rama2


ni pulak gambar 11 ketulan coklat..[betulke imbuhan yg digunakan?]


seekor anjing


a starfish!



3 ekor ikan lumba2



corong minyak dalam kotak


sth like lubang, xtaw cane nk describe..hihi


2 biji dadu


its a tractor!!


ni plak pyramid. nampak x?



ni mcm lohong or tunnel or ........


flower..


a dinosour


seekor unta!!




selamat mencuba!!~
^_^

hujan lagi..

hari ini
bumi mansurah dibasahi dengan hujan lagi...
buka2 balkoni bilik...
baru perasan..
air bertakung!!~
adehh...
gamaknya klu hujan lebat nnt cmne??
masuk bilik la jawabnye..
mcm mana la balkoni xde lobang air... adehh
seronoknye winter dah nk masuk..


dan
hari ni jugaklah
hari yang paling banyak tido
sbb banyak mengantuk..
kan umu kan?
astaghfirullah..
teruk betul..
penangan minum coffee 3 in 1..
sampai xley lelap mata waktu malam..
ada orang tu
sampai bukak laptop
tgk cite..hehe


exam mid sem
xlama lagi..
berapa hari je lagi...
16hb - 23hb
yang kat msia lagi tu..
balik la cepat ye..
semua subjek ada exam tw.
cmna study? ok??
no comment!
esan!! rajin2 blaja ok?
haikk!!~
doakan segalanya dipermudahkan ye..
ingt MASA itu EMAS!
jgn asek tnam pokok je..
ok2.. dah2..
nk g blaja dulu
sibuk update blog plak..


note : xde idea nk tulis apa.. SELAMAT BELAJAR SEMUA!!~

6 Persimpangan..

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN


Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."


Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.


Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abu Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."


Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."


Lalu Abu Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."


Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.


sumber : kisah teladan

menanti waktu itu..

Alhamdulillah..
semalam hantar k.iman di Airport Bayan Lepas, Penang..
cutinya sudah habis... huhu~
saat blog ini ditulis, about sejam lagi k.iman nak sampai ke mesir agaknye..
semoga selamat dan dipermudahkan segalanya..
jumpa kak maz di airport semalam..
rupa-rupanya, beliau juga bakal menaiki flight yang sama dengan k.iman..
katanya, akan jumpa kak milah di singapore..
selepas ini, aku pula akan menyusul..


Esok, kawan2 abah dari MRSM dulu nak datang..
Mak masak bihun sup lagi kot... heheh...
and, i'll just prepare for the dessert... ^_^
insyaAllah...


Hari ni, widad dah habes exam paper yang ke 5, geografi..
tinggal lagi 4..
start semula hari Isnin, math 1 & 2 and Sejarah..
Hope that you'll put your full effort on your becoming exam..
bittawfeeq wannajah~


Allah did not promise that the way would be easy. But HE did promise that HE would be with in every single step of your life as long as you want HIM to..


Dan..
Selamat pulang kepada kak nisah, ummu, and shikin yang akan bertolak esok~
Semoga selamat sampai..
lancar dan dipermudahkan sepanjang perjalanan ye..
kak nisah, jaga diri baik2 taw!~
10 jam tuh..
klu ada org kacau, jerit kuat2!!
kami akan datang selamatkan kak nisah secepat mungkin.. hehe
cant wait to go back to Egypt..
kak nisah, u owe me a story right? ^_^
wink2*

ok,
kepada sume sahabat2..
Selamat meneruskan perjuangan!!
Semoga lebih kuat!


keyboard off.

rAin

its raining
outside..

'
'
'
'
'
'
'

what do you feel?


I feel so calm and warm..


thank you Allah
for the rain
you've created..


its a gift!

TAMALES IRAH AYAR


Selamat Hari Raya
SEMUAAAAAAAAAAAA!!!

Maaf Zahir & Batin

raya tahun ni
tema warna MAROON!

tahun ni jugak
anak-anak mak tok
sebelah abah
semuanya balik
ramai dan meriah
ahli keluarga pun ramai yg dah bertambah
seronok main
dengan sepupu-sepupu
yang kecik2.
hehe

jom tengok gambar!


abah & mak.


widad, mak, iman.


mak & saya. ^_^


nabil, abah, tok wan, firas.


hani fatin, mak
mak tok, ihsan, widad, iman.


makan bihun sup
rumah pak long.


with sepupu.
syuhada, munirah, iman, widad


menziarahi kubur
tok wan Lah, moyang, dan 2 putera pak long
di Tanah Perkuburan Islam Teluk Berangan


aqil.


kakak najihah bertunang
raya ke-2.


mereka2 yang menunggu giliran mereka pula
hehe
mursyidah, munirah, madihah.


pak su Shahrir & bang pit


dik ya' & marwan aka marwang [versi ganu]


raziq
anak pak cik kamal


shati n aina
muzium padi, kedah.

update.

Alhamdulillah~


Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, lambaian Syawal menanti dengan erti sebuah kemenangan..
Semoga dapat lagi bertemu Ramadhan yang akan datang~ insyaAllah..
semalam boleh dikatakan hari yg agak penat bagiku.. tapi puas hati..
sekarang Allah menarik sebentar nikmat lidah dariku, di ujiNya dengan 3 biji ulcer kot~ adehh, maka kuranglah sket buat dosa kot.. sbb kurang bercakap.. Alhamdulillah~
makan pun kurang... sakitnya nak makan sampai menangis.. isk3.. mak kata, nnt klu org tnya kenapa menangis nih? jawabla, teringat sedara2 kat Palestin nuu... depa ada makanan dak nk bukak posa... huuu~ sorry la kawan2 yang terjmpa ke yang telefon kami ke, klu2 rasa pelik bila tgk kami ckp, mcm xbukak mulut or dengar kami ckp xjelas sikit.. haha... sbb saket.. sekarang dah semakin sembuh... Alhamdulillah..


inilah hasilnya~
phew.
tp belum siap lagi..
corak bunga belum letak ag..


semalam hariku bermula dengan CAT! lagi.. hehe...
menyelesaikan ruangan atas n dalam bilik... enjoy it vely much~
akhirnya, dapat juga selesaikan bahagian dalam bilik tuh!~ fuhh, sangat penat kot.. but truly, hasilnya memuaskan.. hihi ^_^
firas dan nabil pun minta suruh dicatkan bilik diorang skali.. hooo.. tgkla ye.. insyaAllah..
but maybe after raya kot.. skrg da xsempat da...
mula mengecat after subuh sammmmmmpailaa lepas zohor...
abah firas dan nabil plak mcm biasa, diorang cuci tile depan umah aka parking lot..
iman plak uruskan sume baju2 raya.. basuh dan sidai~hihi
mak di dapur... widad xlekang dgn Nikon D50 abah~ haihh...



then lepas asar, bertolak ke SP [sungai petani] di Kelab Cinta Sayang..
g berbuka puasa di rumah chaq na.. bang chaq da nak fly ke UK pada hari raya pertama nnt..
Firas drive fiat abah! huhuhu.... caya la firas... [dah le xdek lesen].. abah di sbelah sbg pemerhati..
lucu sewaktu sampai di tol touch n go... sampai pok cik yg dalam tol sebelah pun gelak mengekek kot~ haha.. sile cube lagi ye firas!~ haha.. [first try, gelabah dan cuak je].. tertidur sebentar dek keletihan yang amat... bangun2 driver dah bertukar! hehe.. da sampai around 6.30 pm kot..
lepas berbuka puasa, solat maghrib, then balik Jitra...


singgah umah tok wan kat Taman Bersatu, tok wan xde. taraweh kat surau sebelah.. mak tok n fatin je yang ada.. bagi baju raya dan makanan yang chaq na kirim utk tok wan, mak tok n fatin..
minum2, mkan2 sket.... alih2, 2 2 driver td dah terlelap atas kerusi... sama plak plak tu position dua2 beranak.. comel2...

hoho.
yang kiri skali tu berlakon aje.



then... balik rumah~ i need to rearrange all the furnitures in my room... as i'm doing my work, then, mom came to give a hand.. done!~ lipat2 sket baju sambil sembang2 ngan iman... susun baju dalam almari... then baru la tidur...(-_-)zzZz..


oh oh... plan hari ni pulak,
nak wat final touch yang xsempat wat semalam kat dinding bilik~ =D
nak balut ketupat..
kemas RUMAH dan seluruh isinya~
kuih raya xsempat buat, isk3... sbb sibuk mengecat rumah! tahun ni kuih tunjuk je~


kepada sahabat2 semua,


Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin..
minal aidil wal faiezin..
halalkan makan minum ye..



jemputlah ke rumah raya nih..
tp hbaq dulu naa..
my temporary number in Msia
013-4646239
available from raya ke 3 kot.. but yg konpem raya 1st n 2nd mmg xde sgt kat umah.. ^_^
my sepupu bakal bertunang raya ke 2.. insyaAllah..
semoga lancar semuanya~


k
got to go
sekian dulu update tuk kali nih
wassalam

p/s : gambar2 bakal di masukkan kemudian.. iA

home

salam

i'm home finally~
Alhamdulillah~ syukuuuur sangat2..
perjalanan selama 12 jam rasa macam sekejap sangat..
Alhamdulillah jugak sebab sepanjang perjalanan dimudahkan olehNya..
kali ini, xkena selesema dah.. =D first time nih..huhu
sekarang rumah agak bersepah sebab tengah renovate bilik air bawah~
aduss... bilik2 belum habis di cat..
sengaja ditinggalkan untukku meng'complete'kan cat yang selebihnya..
nampaknya sangat banyak kerja-kerja mengemas yg perlu dilakukan..
need to do some lists..
mmg ini yang kunanti2kan bila pulang ke msia..
hopefully, i can give my very best to help my mom and dad..
oh ok, xleh lama..
still got many things and works undone and to be done.
till then,
kepada kwn2 yg bakal pulang ke Malaysia tu,
semoga selamat sampai ye..
jgn lupa pkai mask!
prevention is better than cure!
k, wassalam ^_^

2 in 1

tadaa!!

got an award!



tagged by two friends of mine!
both are my friends at KMP~
they are

dilla
&
marissa

[click on their name to go to their page]

thanks anyway for the award!~

now, lets proceed to the 'homework'
hehe..

1. Nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ini.


miss u gals

:: dilla ::

- my classmate (H1T3) at KMP, kawan baik dengan norlida. hehe
- my partner during class computer. selalu duduk depan sekali. kan?kan?
- she's got her own style.
- seorang yg rajen menggodek2 dan mengedit gambar atau sewaktu dengannya! betul ke? hehe.. agak2 je.. thanks for 'lil banner' yg chumeyl~
- suke tikus!! <-- kenyataan ini diambil daripada blog beliau sendiri. huhu. dan menurut beliau, hadiah tikus utk besday beliau pun xpe! ^_^


marissa n pja
serius sedap makan kat sini! huhu
kenangan ajk ladies week


:: marissa ::

- also my friend at KMP, but we are not in the same tutorial~
- kami sama2 suke lepak kat bilik pja, jat, maggie, n yoga! ermm.. 205 ke? da lupe~
- she used to speak in english when talking in the phone with her mum.. am i right? huhu
- only 2 siblings, she and her younger sister. betul kan?
- we both together joining the KRM! Kaki Ronda Matrik eh2 silap2.. Kadet Remaja Matrikulasi.


2. Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

- ske edit gambar jgak.
-lepas edit, hantar kedai cuci, especially kad ucapan hari lahir.
- zaman dulu2, ske wat handcraft, like paper bag, cute boxes, greeting card, etc.
- love art and business actually. but turn out to be in medicine course.
- 1st time in my life going to Dreampark in Cairo. so amazing and really had fun there! plus, the most scared 'Discovery' riding. haha. cant forget the moment.
- suka tgk casa impian! or anything related with home decor.
- suka makan nasi lemak daun pisang, laksa, laksam, bihun sup, ermm.. byknye? hehe
- love RED! is it true? maybe..
- hardly to gain weight.
- easily to catch a flu especially when being exposed to dusts! <-- betul mcm kajian dr. fadzilah kamsah ttg bulan kelahiran. huhu. - eh.. da ckup 10 ke? huhu. ok.


3. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan ceritakan tentang mereka.

ehem..
memandangkan Ramadhan bakal membuka tirainya..
dengan ini,
saya ingin berPUASA dari menTAG orang!
hehe..
tetapi, kalau ada yang rasa nk buat,
amatlah dialu2kan.
actually, dah pernah jawab dah tag ni dulu.
huhu. DONE!~
syukran pada yang menTAG.

sekian..

'Salam Ramadhan Al-Mubarak'