little but something~

In the name of Allah..

malam ni begitu sejuk terasa..
bayu malam yg dingin membuatkan diri ini menggigil..
mencari kehangatan 'dafayah' atau heater atau pemanas..
mengenangkan 'imtihan' mid year yg bakal menjemput tidak lama lagi...
bertambah kerisauan, ke'menggigil'an, ketakutan dalam diri ini..
terasa begitu pantas masa berlalu..
masa yang berlari meninggalkan diri ini..
yang masih terkapai-kapai di dalam dunia realiti..
mencari-cari sesuatu yang hilang!
di manakah telah kutinggalkan ia?
baru ku sedar kini...
ia telah pergi dan xkan kembali..
kali ini..
aku tidak bisa membiarkan ia pergi begitu sahaja...
aku tak ingin kehilangannya lagi..
aku harus mengejarnya..
agar ia tidak lari meninggalkan aku..
agar aku dapat seiring dengannya...
bersama-sama..
agar aku bisa menikmati setiap detik yang ada..
sebelum yang ada menjadi tiada..
Ya Allah..kuatkan aku..
berikan aku bimbinganMu..
agar aku tidak jauh ditinggalkan......MASA!


Firman Allah SWT :

وَالْعَصْرِ
Demi Masa!

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

>>>>>.<<<<<

Middle Year Examination Schedules
for 2nd Year students
of Mansoura University

21.01.2009 (Wednesday) - PHYSIOLOGY
25.01.2009 (Sunday) - ANATOMY
27.01.2009 (Tuesday) - HISTOLOGY
29.01.2009 (Thursday) - BIOCHEMISTRY

*kullu fi sa'ah 10 sobahan!

Bittawfeeq Wannajah!
Doakan kejayaan bersama!

*~wassalam~*

FITRAH yang menjadi FITNAH


~FITRAH YANG MENJADI FITNAH~


Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH SWT kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya.


Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.



Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH SWT mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!


Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.
Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.
Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?


Allah SWT kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.


Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram, bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?


Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat diatas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.


ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH SWT. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?


Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.


Sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh
agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya".


Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH SWT. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH SWT, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.


Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!


Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?




Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung ke alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.


Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!


Wallahu'alam..



Okaasan is here! pt.II

Alhamdulillah, sepanjang keberadaan mak di mansurah, sempat jugak ana bawak mak berjalan-jalan di sini. Pergi souq (pasar), pergi universiti, masuk kuliah, pergi sikkah for 3 times, Pizza Party, Slamlek, Nile cruise waktu malam, Port Said (not in mansurah), Wekalah Mansurah (hehe...masuk jugak), Metro, dan bagi mak rasa makanan-makanan kat sini. Fatirah, Kusyari, Ruz bil Laban, Macarona bakar, dan lain-lain.. Ramai jugak mak kawan2 yang lain datang ke Egypt and of course Mansurah.. Mak dan ayah Husna (beyt Rizk), mak dan ayah Dayah, mak kak Nadia (dentist), mak Rozana.. dan sapa lagi ek?? erm...tu je kot.. yang ana tahu.

erm, xtahu lah nk tulis apa lagi.. hehe.. yang penting mak raya di mansurah tahun ni!! yeay!! dapat jugak merasa kuah kacang dan rendang daging masakan mak.. thanks mom... love you!

ok, jom tgk gambar pulak!

dalam kuliah (sumaiyyah mendengar dengan tekun apa yg diajar Mak Cik Firdaus! anak murid yang bagus!~)

~Nile cruise~

Lets Pizza Party!

lunch sewaktu di Port Said, "musyakkal" klu xsilap, thanks to Pak Lah. kami order apa yang diorang makan.. hehe~ sangat sedap dan fresh!

mak dan gerek (basikal) di hadapan masjid yang menjadi persinggahan kami untuk solat sewaktu di Port Said..

di Jambatan Talkha..
hajatnya ingin ke Asfour, malangnya kedai tutup pulak..haizz
xde rezeki..

di hadapan Beyt Iljimae

...
(i'm totally speechless!)
what about "lau samah! ........ maalish!"
hahahaha~ [hny dia saja yang tahu]

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. isk3

after the jamuan Korban Adha 08'
~stad gamaah~

dan sekarang pastinya seluruh warga mansurah berada di Nadi Nil bersempena program Introduction SC! huuuu~ maalish ya.. ana nggak bisa pergi kerana ana masih di Tanta.. =D
sampaikan salam buat Bazli dan Abdullah Fahmi ye!! hehe...

ok lah,
sampai sini sahaja dulu...
w.a.s.s.a.l.a.m

okaasan is here!

salam..
nak update sikit..
sepanjang seminggu nih..
apa yang berlaku??

pada tanggal 30 November yang lalu,
saya dan kak iman pergi ke Cairo untuk menjemput mak dan berjumpa dengan abah di Hotel Concorde, Dokki. Abah yang dalam perjalanan ke Kano, Nigeria transit di Cairo bersama mak. Di Cairo kami menyewa sebuah kereta Nissan Cefiro [klu xsilap..] Ustaz Mad. Sampai sahaja di hotel, kami menjemput mak dan mengucapkan selamat tinggal kepada abah! hee~ kami membawa mak berjalan2 di sekitar Cairo...

>> 1st place of course Giza Pyramid..


Qal'ah Salahuddin [Citadel]

Masjid Muhammad Ali

Selepas itu, kami bergerak ke Khan Khalili and Hussein...
dek kerana perut yang agak rancak berbunyi, kami pun makanlah dulu..

klu nak tahu, secawan kopi ni berharga LE10...fuhh!!
makanan belum dijamah kerana sedang menanti ayam masywi yang sgt sedap~

membeli-belah di Hussein

dan...
oleh sebab mak yang keletihan berjalan sepanjang hari..
kami pun balik ke tanta hantar kak iman dan kemudian ke mansurah..
kedatangan mak selama 2 minggu bermula di bumi mansurah~=)

* * * * * *

alamak, dah mengantuk lah....nanti pulak sambung ye..
hehe...terima kasih kerana membaca..

"Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan aku mati"
*~.wassalam.~*

at last...

salam aleyk~

aaaachhuuu!!! [selesema mode]... sebab blog ini sdah berhabuk dan bersawang...
sempat jugak update sikit...
rindu sangat nk update blog nih...
disebabkan rumah [beyt Iljimae] belum ada internet, makanya xdapat lah nk update blog nih..
iskk3...tapi rasanya lagi bagus xde tenet buat masa skrg nih..
klu ada, gamaknya buku pun xpegang da..huuhu
now, I'm in TANTA..
at my sister's house..heee

antara yang hadir...

ok lah, nak cite sket..
semalam bersamaan dengan hari Jumaat, 28.11.2008
pukul 10 pagi sehinggalah 9 malam..
beyt Iljimae [esan, mayah, ummu, k.nisah, & shikin] telah mengadakan housewarming!
yela...rumah kitorang belum pernah wat housewarming..
sejak masuk umah baru nih...
umah lama b3 dulu pun xbuat jgak..hehe
ramai yang datang....alhamdulillah~ suke2!!!! seronok bila ramai datang rumah..
makanan pun habis licin....kesian kat adik2 dentist yg dtg mlm tu, makan bihun n spaghetti je..
thanks utk semuaaaaa yang datang! (^___^)v
dan seribu kemaafan andai ada terlebih or terkurang..
erm, menu housewarming umah kitorang adalah..........
1. Soto
2. Spaghetti goreng
3. Doughnut
4. Kek Batik
5. Caramel
6. Puding jagung credit to gg..thnx!

kak nahdia, kak hani, kak qayah, kak susi, kak nadia

honourable guests..

housewarming dan juga bersempena besday adik bongsu dalam keluarga kami, ummu-nee..
tanggal 29.11.08 ummu sudah genap 18 tahun! uhh..jelesnye ambo...
sengil-chukahamnida ummu-nee! sarangheyo! hadiahnye lampu merah dulu ye...hehe

opss..gambar xdapat nk upload cause im at tanta now..xbawak cabel la plak..iskk3

erm..oh ya.. hari ini sudah masuk bulan Zulhijjah.. marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kerana 10 hari pertama di bulan adalah lebih baik daripada 10 malam terakhir Ramadhan kecuali malam Lailatul Qadr.. marilah kita tingkatkan amalan2 sunat di bulan ni seperti berpuasa sunat dan sebagainya..

ok lah, esan nk pergi dulu...
nak iron baju nih...nnt iman marah..
esok kena bangun awal!~
xsabar nk tunggu hari esok...yeay!!

sekadar peringatan untuk mlm ini...
JANGAN LUPA BACA DOA TIDUR...zZZZzz..

"Dengan nama Allah, aku hidup dan aku mati"

~Renung2kan...dan selamat beramal~hehe

wassalam

edited* - dah ada gambar!

saya di Dubai..

salam..
Alhamdulillah sekarang dah sampai Dubai..
sampai waktu di sini pukul 4.30 pagi kot..
next connecting flight japg kul 3.10 ptg..
dan dijangka sampai ke Airport Cairo around jam 5.00 ptg..
doakan ana sampai dengan selamat~

gambar2 ditangkap kerana kebuhsanan~

sbb pe byk gambar dgn makanan nih??
hehe~
pperutku lapar..
oklah..
nk pegi makan dulu...
babai..
wassalam...

hampir ke penghujung..

bismillah..

hari ini pergi ke Penang Airport, Bayan Lepas... hantar kak iman balik ke Mesir.. nampaknya cutiku juga hampir sampai ke penghujungnya.. isk3 sedih nih.. tapi tak sabar juga nak balik Mesir.. kuliah dah mula.. tadi kak nisah mesej kata doktor-doktor nak tukar format peperiksaan.. dimana exam mid year akan ada essay jugak.. katanya budak malaysia sangat bagus MCQ but very weak in writing essay~ hafalan xsebaik budak2 arab.. aku sendiri mengakui kenyataan itu.. isk3.. terasa begitu banyak perbezaan diriku dulu dan sekarang.. waktu dibangku sekolah, hafazan al-Quran banyak membantu ketika proses pembelajaran.. seperti pelajaran mudah ingat, xmudah lupa, dan senang menghafal.. tapi sekarang bila hafazan agak jarang dipraktikkan, pembelajaran jugak agak kurang memberangsangkan.. isk3... sedih dengan pencapaian diri.. i need to change myself.. upss, bukan jadi ultraman or cicakman... hehe... diri ini harus kembali mengulang kembali dengan hafalan2 dahulu.. dosa tu jika lupa...

Alhamdulillah syukur dapat juga tahun ni beraya di samping keluarga.. banyakk juga perkara2 yang telah berlaku.. akanku kecewa jika aku tiada di saat2 itu... hihi... terima kasih abah mak kerana mengizinkan anakanda pulang.. hehe.. tahun depan, 3 orang adikku akan menduduki peperiksaan... fuhh~ penat la mak... nabil dengan UPSR, widad PMR, dan firas SPM.. All da best to my brothers and sister.. do your very best!! study smart k! tak tahulah ada rezeki ke x nak balik tahun depan..hehe.. klu xbalik, hanya doa yang dapat kukirimkan..

apa lagi mahu kutulis yer?? hurm... :-? idea sudah terbang!! hehe~^~ Apapun, nantikan kedatanganku hari isnin atau senayan (bhs org2 tua...erk? yeke?) ini oh bumi anbiyaa... kawan2, doakan daku selamat sampai.. okeh, sore ja.. ja nee~ ('o,-)v

Allah Knows by Zain Bikha

~ Allah Knows ~

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

hari yang panjang~

salam..

hari ini banyak agenda nampaknya.. huhu.. =) bangun pagi, mandi, gosok gg, siapkan diri... nak pergi mana tuh?? nak keluar la.. jom! haha~ hari ni start pukul 8 pagi, aku, k.iman, widad & nabil keluar bersama abah ke Sungai Petani! setibanya pukul 9 pagi kami menyuruh abah drop kami di TESCO.. nak wat ape? beli barang sket.. larat ke nk tunggu? heee :-?? abah ada mesyuarat di sekolah Islah... katanya habis dalam pukul 12.30 tgh hari.. xpelah... kami pun memulakan lah rondaan kami dengan sebiji troli... apa yang dibeli tu? hahaha.. tepung gandum, fine sugar, baking coklat, almonds, susu cair, dan kotak! sebelum tuh, kami makanlah sedikit bahulu panas yang dijual di situ sebagai alas perut. selesai membeli, singgah sebentar di kedai buku. mencari sebuah buku tulisan Feisal Tehrani yang dipesan oleh seorang kawan. tapi xkutemui. xda rezeki la tu. selepas itu, kami ber 4 meneruskan pengembaraan kami ke ............RADiX FRiED CHiCKEN!! huhu... nak wat camne.. perut sudah minta diisi.. kami telah memesan satu set Mix Delight (klu xsilap la) dan banana split.. ini adalah kali kedua buatku makan di Rfc SP.. selepas ini, insyaAllah akan dibuka branch yang baru di Alor Setar pulak.. heee~ (*thumbs up) haa, lupa pulak nk bagitaw.. set yang kami pesan tadi terdiri daripada barisan2 ayam.. 3 ketul ayam spicy n 3 ketul ayam herba, 2 mashed potatoes, 1 botol Radix KOLA, wedges, 10 ketul nuggets ayam.. harganya cuma RM31.** (xingat la pulak berapa sen) hehe.. murah dan sedap! ayam organik.. xde cucuk2 ubat ke botox ke apa.. halalan toyyiban! Alhamdulillah kenyang~ naseb baik boley jalan lagi... huhu~ selepas tuh, kami pergi pulak ke Village Mall.. saja nak ziarah.. baru buka katanya.. masih belum banyak kedai yang dibuka.. apa pulak yg dibeli? ohh bukan saya... adik2 ku yang beli.. diorang banyak duet raya.. haha~ widad beli birthday present utk kawannya, afaf.. nabil pulak mcm biasa, beli kereta mainan kawalan jauh... mcm budak kecik! haizzz... dah darjah 5 pun.. mcm budak2 umur 5 tahun ja.. apa2 ajelah.. hurm... kakiku mulai penat utk berjalan.. badan pulak terasa letih.. hoho.. di bawah sana ada byk kerusi bersusun.. "jom kita duduk kat bawah sana man...!" aku mengajak kakakku... kat ground floor ada hari ihtifal la lebih kurang bg budak2 tadika... majoritinya cina, india dan melayu hanya sikit saja... yg kelihatan seorang ja anak melayu segak memakai baju melayu bersamping dan berkopiah.. anak2 cina pula macam-macam fesyen n kostium pakaian diragakan.. ada mcm2 pertandingan katanya.. penat menunggu sebelum majlis bermula.. sehingga diri ini tertidur tanpa sedar di atas kerusi tu.. huh` mmg penat tuh... sedar2 saja.. parents sudah mulai memenuhi kerusi2 di ruang legar tuh..
"iman, jomlah kita tunggu abah kat luar, kesian depa nk duduk.." jam sudah menunjukkan 12.45 tgh hari... hari ni sangat panas.. hanya Tuhan yang tahu.. abah sedang daalam perjalanan menuju k sini.. tepat pukul 1.03 ptg sampai lah abah.. hon!hon!hon! yeay!! abah da sampai... berlarilah kami menuju ke kereta... NEXT DESTINATION>>> Penang!! wat pe kat sana?? hurm.. g jumpa dentist.. nape? gg sakit ke? ehh...xdela.. g jumpa Dr. Hani.. pasal gg iman.. hari ni k.iman buang braces! perggghhh...cun siot.. haha~ "iman... 25 ribu mann..." hehe =D lawak betul.. dah xreti nk senyum...haizz... tp hari isnin nih, kena pergi lagi sbb nk pasang retainer supaya gg tu xgerak dan xlari mana2.. haha~ wahhh, sian la plak driver sorang nih.. penat gamaknya.. kalaulah aku ada lesen.. huhu... selepas selesai urusan, kami balik ke Sungai Petani sbb chaq na jemput ke rumahnya utk makan2 sket.. nk jumpa sebelum balik ke Mesir.. sebelum ke rumah chaq na di Kelab Cinta Sayang, kami pergi ke sekolah firas di SM Teknik SP1 dahulu utk mengajak firas utk turut serta.. hehe.. ayat skema la plak.. hurm, di rumah chaq na, kami makan mi, koewtoew apa ntah namanya, laksa, kek coklat, dll.. huh, rezeki2.. alhamdulillah.. sembang2 kejap.. dah nak balik pak chaq n mak chaq kasi plak duet aye!! yeay! hehe... terima kasih banyak2 yer.. seganisme melanda... selepas menghantar firas balik ke sekolahnya, kami meneruskan perjalanan balik ke Taman Jitra Indah... (rumah le..) kesian kat mak tinggal sensorang kat rumah.. mak xikut sbb ada jamuan raya di sekolah.. fuhh~ sudah hbes cerita... ni lah perjalanan kami hari ni.. haha~ sesaja nk tulis.. bowink2!! xsabar nak balik mansurah.. haa.. kak nisah yg berada di Changi Airport, Singapore now.. selamat sampai yer.. jaga diri baek2.. klu ada orang kacau, jangan malu2 nk jerit!! hehe.. jumpa nanti.. k, terima kasih sudi membaca.. sekian dulu post utk kali ini.. wassalam~

Riddles for you..

just want to share some riddles here..


Q : Why is number six afraid?
A : Because seven eight nine (seven ate nine)

Q : Which letter is not me?
A : U

Q : Why is the A like a flower?
A : Because the B is after it

Q : Why is the letter "A" like noon?
A : Because it's in the middle of the dAy

Q : What letter of alphabet has got lots of water?
A : The "C"

Q : What letter of alphabet is always waiting in order?
A : The "Q" (queue)

Q : Why did the man throw a bucket of water out of the window?
A : He wanted to see the waterfall

Q : Why did the man throw the butter out of the window?
A : He wanted to see the butterfly

Q : Why did the man put the clock in the safe?
A : He wanted to save time

.:: Eidul Fitri ::.

salam..


sekadar ingin mengupdate sket tentang Eidul Fitri pada tahun ini, 2008!
Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak buat kuih raya sendiri pada tahun ini..
walaupun cuma 4 jenis, tapi aku berasa sangat puas hati dan gumbira...hehe
buat kuih raya agak last minute, atas keterlambatan membeli oven pembakar..huhu
dapat buat biskut cornflakes, kuih samperit, kuih makmur dan Almond London or London Almond... sama je dua2 tuh~ bezanya cuma BI and BM jer..
pertama kali dalam hidupku membuat kuih raya by myself! dah lama ku nantikan saat ini.. hehe
walaupun baru pertama kali membuat kuih, tapi Alhamdulillah semuanya sedap2 blaka...











tak lupa juga, setiap tahun mesti akan balut ketupat di rumah mak tok Bedah..hehe


raya tahun ni, kami telah meneruskan kembali tradisi keluarga kami yang telah agak lama ditinggalkan iaitu mengambil gambar keluarga... sedih klu xde gambar keluarga..kn?kn? lagipun, kebetulan aku dan kakakku balik beraya di Malaysia tahun ni.. cukup satu family.. tahun depan dah xbalik dah..

gambar family

siblings

keluarga sebelah mak
(tiada dalam gambar : mak lang, adelin, widad, firas, nabil & chaq na's family)

raya tahun ni, macam raya tahun2 sebelum ni jugak.. pada hari raya ke 2 wat open house.. tahun ni nmpaknya sangat2 ramai sanak saudara yang datang.. yang dekat mahupun yang jauh.. agak terkejut kerana sendiri tidak menduga akan kehadiran yang sangat ramai pada tahun ni..huhu~ dari pagi sampai ke malam.. fuhh~ alamat klu kenduri kahwin lepas nih, abah kena besarkan rumah la nampaknya..hehe

mom & dad










1. faiqah, mawaddah & faris
2. firas, fawwaz, fayyad, nabil
3. fariyal



dan xlupa menziarah kubur saudara-saudara yang telah meninggal dunia.. walaupun ada yang mengatakan pada hari raya kita sepatutnya bergembira bukannya bersedih mengenangkan kematian seseorang dengan menziarah kubur mereka, tetapi bila la lagi kita nak ziarah pusara mereka? setahun sekali pun dah cukup bagus.. klu hari2 lain, msg2 sibuk dan kepenatan setelah sehari keluar bekerja..tiada keluangan masa.. dan pada hari raya sahajalah waktu yang sesuai.. xpe lah..sekurang2nya dapat mengingatkan kita tentang kematian agar xlupa diri dan sentiasa ingatkan Tuhan.. kan?

di kesempatan ini, walaupun dah masuk raya ke5, ana nk ucapkan Selamat Aidil Fitri serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini juga yang tengah membaca blog ini! Terima kasih ('o,-)

::[ adab-adab Qiyamullail ]::


Qiyamullail merupakan ibadah yang terpenting yang mesti dipelihara oleh kita. Kebanyakan daripada kita tidak mudah melaksanakannya dalam kehidupan harian. Oleh itu hendaklah dia menyusun waktunya supaya dia dapat berqiyamullail setiap malam, mudah-mudahan Allah menuliskan baginya pahala. Allah juga memuji mereka yang berqiyamullail dan memuliakan mereka melebihi orang-orang lain.

"(Engkaulah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya) : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." - (Az-Zumar : 9)

Disunatkan kepada mereka yang ingin berqiyamullail supaya tidur awal. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidur awal malam dan bangun pada akhir malam bersolat. Hendaklah mengurangkan makan supaya tidak berasa malas dan disunatkan juga berniat sebelum tidur untuk bangun berqiyamullail.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Tidak seorangpun berniat menunaikan solat malam, lalu dia tertidur melainkan akan dicatatkan baginya pahala solat dan tidurnya adalah sedekah untuknya." (Riwayat empat perawi melainkan at-Tarmizi)

Apabila kamu terjaga daripada tidur sapulah muka dan bersugi kemudian berdoalah sbagaimana doa Rasulullah s.a.w. Kemudian dia hendaklah memulakan qiyamnya dengan dua rakaat solat yang ringkas.

Janganlah seseorang itu menunaikan solat dalam keadaan memaksa sedangkan dia penat dan mengantuk. Ketika ini adalah lebih baik dia tidur sehingga hilang mengantuknya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Apabila seseorang kamu berqiyamullail kemudian pelik bacaan al-Quran pada lidahnya sedangkan dia tidak sedar apa yang dibacanya hendaklah dia berbaring." - (Riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Disunatkan bangun qiyamullail pada sepertiga akhir malam, walaupun harus diakukan pada pertengahannya atau akhirnya selagi selepas solat isya'.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Tuhan kami akan turuun setiap malam ke langit dunia apabila tinggal sepertiga akhir malam dan berkata : Sesiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan memperkenankannya. Sesiapa yang meminta daripadaKu Aku akan memberikannya. Sesiapa yang beristighfar kepadaKu akanKu ampunkan dosanya." - (Riwayat enam perawi melainkan Nasaie)

Disunatkan setiap orang menunaikan solat sebanyak sebelas rakaat. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya : "Solat Nabi waktu malam ialah sebelas rakaat dan berwitir dengan satu sujud (satu rakaat)." - (Riwayat enam perawi dan ini lafaz Muslim dan Abu Daud)

holiday plan

salam aleyk~(*)

straight to the topic, list of things that i want to do during this summer holiday...
actually, i never think about it yet.. so lets think about it now!



1. playing with PAiNT would be a very fun thing to do.. hehe ('o,-)v
but...somehow i wonder what colour should it be for my bedroom? my friend gives his opinion about painting the bedroom with either PiNK or PURPLE..! hurmm, let say... what about if i paint them with both colours.. i love both colour..heee =D


example picture if it was paint with pink! not bad~

2. I would like to spent day or days at my grandma's house. It has been a long long time ago since my last spent night there. InsyaAllah, biiznillah.. I will try to look forward for the perfect time. hehe. Iman-nee, lets go together! Maybe after this, Pak Ndak will say like this, "mak, jom kita bela iman ngan ihsan!" hehe (^___^) besides, I can give the white kuaci to him. He really loves it. ahaa...one more thing, I can eat mak tok's Qasidah home made. yummy~


3. Shopping!~Before i got back to Egypt, i want to buy some stuff. Besides, the Eid's day is almost near. So, i'm going to buy all the needs for preparation in celebrating the Eid's. "baju raya", new shoes, kuih tunjuk, hehe.. n so on. Mom, are we going to make kuih raya this year? lets make Almond London! it was a long story where we baked our last Almond London. After the BiG Bang!! from the oven, there were no more baked cookies for raya. =( how sad! hehe. waiting for dad to buy new ONE! =D


4. SPoRTs. Being in Egypt, i didnt have the time to go for sports. Its not about the lack of time actually. There was the time. But, its hard for me to manage the time for sports. hehe.. dunno why? maybe the surrounding of mine that make me forget about all sort of things about sports. yes! here i am. in Malaysia.. so, during this short stay, i would like to play as much as i can. badminton, bowling, ping pong, and anything possible for me to play with. hihi~ i hope i'm not just typing this but i want to do it for real. nahnu nufakkir Allahu yudabbir..

5. huhh... i'm tired now, can i have some sleep+rest by now? hehe... dats also ONE of my planning! hee =D ....still in jetlag mode [alasan semata-mata] haha~

ok gtg.. till the next post!
salam aleyk~
happy Ramadhan Mubarak~


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.




‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)




al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.




Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)




Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.




Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)




Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.




Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

alkisah...

salam...

syukur alhamdulillah dirafakkan ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan kasihnya dapat lagi ana bersama-sama Ramadhan pada tahun ini..
dan Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk melakukan rukun wajib dan sunat di bulan yang penuh barakah ini...
diharap korang pun begitu juga...
semoga sentiasa sihat sejahtera..klu ada yang sakit tu, makan lah ubat..
walaupun sakit dan sihat itu semuanya menurut kehendakNya, tapi manusia juga perlu ada ikhtiar supaya dapat sembuh.. supaya dapat terus melakukan amal ibadah kepadaNya.. insyaAllah..

sebenarnya tak tahu apa untuk ditulis...
tetapi ingin berkongsi jugaklah sesuatu walaupun sedikit..
bulan ramadhan ni bulan yang penuh kemuliaan..
setiap amalan kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda...
begitu jua dengan dosa.. juga berlipat ganda...jangan lupa tu!
ingin sekali ana berkongsi kisah yang berlaku di hadapan mata ana sendiri..
di Bumi Mesir, Ardhu kinanah ini...di bulan ramdhan yang mulia ini...
masih ada lagi umat2 Islam kita yang leka dan lalai menurut hawa nafsu..
sedangkan syaitan sudah diikat...namun inilah dikatakan ujian...
apa yang ana lihat baru-baru ini adalah...
sepasang couple arab muslim bercumbu2an di kedai makan..
astaghfirullah... apa yang dapat kami buat?
lalu....ana pun panggilah waiter di kedai tu, lalu menyuruhnya menegur pasangan couple itu..
supaya tidak berbuat demikian.. tambahan lagi di bulan ramadhan ini...
lelaki tersebut yang sebaiknya pergi berjemaah sunat teraweh di masjid..
tetapi keluar ber"date' plak...haizz... Astaghfirullahalazim..
asalnya couple ini duduk di tempat yang lain..
memandangkan kehadiran kami yang ramai ke kedai tersebut dan duduk berhampiran dgn mereka..
lalu mereka menukar tempat duduk di hujung corner kedai..
apa la nak jadi manusia zaman sekarang...
sudah xda malu... bercumbu2an di hadapan kami sendiri...
sakit betul mata melihat..ingin saja kusimbah air ke muka mereka..
tetapi itu bukanlah cara yang betul..
Dakwah juga perlu berhikmah..
dan ana hanya mampu mencegah setakat yang ana mampu..

berbalik kepada waiter tadi..
dia lalu memanggil si lelaki tersebut lalu mereka masuk ke dalam bilik untuk bercakap..
entah apa yang dicakap oleh waiter tersebut ana pun tak tahu..
keluar sahaja...xda perubahan pun yang berlaku..
couple tu masih lagi begitu..
apa nak jadi lah...aku sudah jalankan tugasku...
terpulanglah nak terima ke x...
lalu, kami tidak menghiraukan mereka..
sedar2 mereka sudah pun blah...
entah bila...haha..aman dunia...sejukk kedai.....

wahai sahabatku sekalian...
ambillah pengajaran dan iktibar...
bulan ramdhan ini juga merupakan bulan ujian bagi kita umat Islam..
kawallah nafsu anda..
jagalah maruah diri dan keluarga anda..
tambahan kita sebagai umat Islam!!
malulah anda untuk melakukan perkara2 seperti itu...
sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman...
dan juga banyakkanlah amal ibadah kita sepanjang bulan ramadhan ini..
perbanyakkan solat2 sunat, zikir, tadarus quran dsb..
ikhlaskan niat demi mendapat keredhaanNya...

teringat ana pada kata2 ustazah nadia dari singapore,

STYLE of SOLAT ni ada 3 :
1. Solat kerana hendakkan syurga, takutkan neraka..
2. Solat kerana sayangnya dan cintanya kepada Allah..[seperti Rabia'tul Adawiyah]
3. Solat kerana bersyukur.. [seperti Rasulullah]

~...jadikanlah solat itu sebagai hiburan - Apabila hati kamu gelisah dan tidak tenang, hilangkanlah gelisahmu dan tenangkanlah dengan mengerjakan solat..~

wallahua'alam...

.: Bismillah :.

~ Hukum Bismillah ~

- WAJiB - cth : di dalam solat
- SUNAT - cth : atas semua perkara yang kita lakukan
- HARUS - cth : ketika mengangkat barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain (nak wat xpe xnak wat pun xpe)
- MAKRUH - cth : ketika masuk ke tempat kotor
- HARAM - cth : ketika nak buat maksiat atau perkara-perkara yang tidak baik


~ Tugas-tugas dalam menuntut ilmu ~ ('o,-)v

1. Tajdid niat semula. Ikhlaskan hati demi mengharapkan keredhaan Allah.
2. Berterusan dalam menuntut ilmu.
3. Sabar. Terutamanya ketika menghadapi ujian dan dugaan. cth : kegagalan.
4. Memuliakan seorang guru atau orang yang memberi kita ilmu.

~ Akhlak-akhlak penuntut ilmu ~ ('o,-)v

:: merasakan tanggungjawab
:: menjaga amanat ilmiah

...khianat terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianat terhadap harta...
:: tawadhuk - semakin bertambah ilmu semakin bertambah tawadhuk
:: beramal dengan apa yang dipelajari

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah : 44)
:: sentiasa berusaha menyampaikan ilmu

~ Penuntut ilmu yang rugi ~ ('o')?
orang yang menuntut sesuatu ilmu agama hanya semata-mata bertujuan kerana keduniaan, dia tidak akan mencium bau syurga...

♥ ku damba redhaMU..

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah Tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku.. ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhaMu.. kuharungi jua
Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya..

Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah.. Redhailah..

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan..

♥ thanks Syikin~

salam aleyk~

malam tadi kitorang makan malam kat luar...
syikin dengan berbesar hatinya ingin mengeluarkan duet poketnya..
huhu...Alhamdulillah...murah rezeki yer..
guess where are we heading to?
ohohoh...MO'MEN! haha~
hurm..selepas jer maghrib jemaah..kitorg siap2..
then keluar la...susah benar nk dapat teksi..
nk dijadikan cerita...
ketika sdg menunggu teksi..
malang tidak berbau, seorang penunggang Arab yg kurang berhemah...
arghhh...telah melanggar tanganku..eh bukan2...jariku...
eh tangan la tuh~ that tyme, i was holding my Nokia butterfly..
nokia 2300 kot klu xsilap [sim vod]...
perghhh...guess wut?? my hp was flying in the sky...
ouchh!!! thats hurt! naseb baik umur dia panjang...
i was grateful that im holding it that tyme..
or else my hand will get hurt much! thats y i love my hp very much..
it is protective..haha...
and u know what? ana lebey ske guna hp murah2 nih..
sbb tahan lasak...ssah pecah..
my hp xpecaah sket pun...lampu kelip2 pun masih lagi berfungsi dgn cutenya...
hehe...ohh..terlebih cite lak...

ok sambung cite mo'men lak..
sesampai je dkt mo'men tuh~
kitorg pun order la mknn..
hbes jer bayar mknn...syikin punya duet..makasey syikin..love u..
tetiba! my eyes caught something that could be fun! haha
SUDoKU!! sudoku games! aiyaaa...
xpernah ku sangkakan ada jgak game utk sudoku nih~
rasanya org arab ska main sudoku kot..
ape lagi? ana pun tnya la dgn mamat arab jaga kaunter duet tuh~
da bikam? khamsa genih...jawab mamat tu~
khamsa genih?? dgn nada tidak percaya...[sambil tersenyum memegang purse]
aiwah!! hehe....ana aiz ithnin... bukan tamak yer...
satu lagi utk ummu... =D
dalam game ni ada 3 games rupanya..
1.Sudoku
2.Shoot game
3.Sinnon game

~me with new sudoku game~ ngee

~ummu tersenyum gembira mendapat permainan baru~ (^__^)v

~merahnya mak ngah! haha... thnx syikin for the treat!


after makan, maka kami pun berangkatlah untuk pulang...
ehh...menyinggah pulak..
pergi mana tu? topup lagi minah ni? aiyaya..
kami singgah pula di branch etisalat...
wahh..boleh tahan kedai nih~
tetiba sekali lagi...
mataku tertangkap pada satu benda yg agak menarik..
hehe...etisalat broadband!
perghhh!! hahaha....
maka ku bertanya pada en.etisalat di situ..
en.etisalat pun menerangkan bahawa ada 4 pelan yg berlainan..
2 options for limited
the other 2 options for unlimited..
yang limited punya..
1st sebulan LE29, 100MB
2nd sebulan LE49, 1G
unlimited pulak
1st LE149 kot klu xsilap
and 2nd plak lagi mahal sket...
bzanya yang mahal lagi lajuuuu ekses tenet...
hurmm....nk beli ke??
hehe...xpela balik pk dulu...
then, kami pun balik la rumah...
Alhamdulillah selamat sampai akhirnya...
ok lah..dengan itu,
maka berakhirlah post utk kali ini..
gud luck for those yang bakal menempuh exam!~ gambatte!!
ok...jaga diri, jaga hati, jaga iman...
wassalam...