y.u.m.m.y

salam. masih sihatkah semua orang? ke masih demam sebab exam semakin dekat? sapa-sapa yang tak sihat atau tengah demam ke atau tengah stress ke atau ditimpa apa-apa musibah tu,semoga cepat sembuh.. tabah dan sabar ye. semua itu ujian dari Allah nak uji keimanan hambaNya. apa nk tulis ni sebenarnya ye? haa.. pagi tadi, dapat email dari abah pasal update from LifeLine for Gaza (LL4G).

Salam.

Selepas hampir 10 jam pelayaran baru dapat coverage balik. Alhamdulillah kami sudah hampir 2/3 perjalanan ke Gaza. Di atas kapal terdapat pelbagai bangsa, ugama dan kefahaman politik. Terdapat beberapa worst scenario yang dibincangkan akan apa yang dijangkakan berlaku apabila kapal menghampiri kira-kira 40 km ke perairan Gaza. Salah satu scenario ialah terdapat kemungkinan kapal akan ditawan oleh komando Israel dan membawa kapal ke pelabuhan Asroud di kawasan Israel di mana sebagaimana digambarkan oleh media Israel, satu pusat tahanan telah disediakan. Namun demikian kami percaya IHH, pengendali misi ini telah bersedia dengan segala kemungkinan. Kapal ini adalah kapal kemanusiaan dan tidak membawa sebarang senjata. Senjatanya adalah media dari seluruh dunia. Coverage media bagi LL4G Malaysia ialah Astro Awani dan ana difahamkan malam ini berita utamanya jam 7.45 malam akan ada live coverage insyaAllah.

Sebentar tadi kumpulan dari Malaysia dan Indonesia telah mengadakan majlis tazkirah yang disampaikan oleh sheikh Raed Solah, ahli parlimen Hamas dalam buangan yang menceritakan peristiwa nakbah dengan kupasan yang lebih mendalam dalam konteks keseluruhan strategi jangka panjang pembinaan Israel Raya.

Satu soalan yang menarik yang dikemukakan yang tidak dapat dijawab dengan tepat oleh yang hadir ialah mengapa yahudi sehingga kini belum merobohkan masid al-Aqsa dan membina haikal.

dan tadi jugak dapat msg fwd dari YM.. dapat link utk tgk livestream LL4G dari internet... bukak2.. dapat la tgk gitu-gitu je.. suara xde.. gambar pun sekat2.. asek loading je.. mgkin sbb internet umah ni xcukup bagus kot.. tapi, bila tengok tu sedap la hati sikit.. semua masih selamat Alhamdulillah.. semoga mereka selamat sampai insyaAllah.. sama-sama kita doakan.. ameen ya Rabb..


ok, whats next?

cuba teka ini sayap apa?


lalat?

oh tidak sama sekali..


yeah.. betul! nyamuks..

nak cita pasal nyamuk ka? huhu.. xdela.. cuma beberapa malam ini, kite xdapat tido malam.. rasanya dah macam insomnia dah.. asbab makhluk yang bernama nyamuk ini la.. solusi yang terbaik adalah berjaga malam dan tidur siang.. itu sangat-sangat tidak bagus lah.. bukankah malam itu Allah jadikan untuk manusia berehat? but, itulah yang terjadi pada kite sekarang nih. nyamuk mesir nih jangan tak tahu.. sekali dia inject tuh, fuhh.. seminggu gatal xhilang.. dah tu jadi berbintat pastu lekat parut kat skin nih.. xhilang.. kan?kan? xpe lah.. redha je la.. tapi harapnya nyamuk ni akan hilang.. jangan ganggu kite lagi...


sudah cerita pasal nyamuk,


masuk pulak cerita tentang ekonomi rumahtangga.. eh, delete rumahtangga tu.. terlebih plak.. pasal economy.. erm nak cakap pasal ekonomi ke? alamak, bosanlah tajuk ekonomi nih.. apakata kite layan gambar-gambar makanan yang housemate kite masak baru2 ni.. depa ni semua dah kena sindrom mengidam sana sini, menu bersusun.. hari nk makan itu, hari ni nak makan ini.. kite tumpang sekaki makan jer... huhu... bukan apa, xmaw berebut dapoq.. haha.. [alasan!~]


ini namanya tepung bungkus!
kalau kat msia, balut dgn daun pisang~


choc muffin!~
sedap2



tiramisu!
tiramisu ni ikut orang jugak kot.
ada orang yang suka
as for me, i think it doesnt suit with my tastebuds.


makaroni bakar
sangat mengenyangkan kot..
xyah g mowafy dah.


pau yummy!~
tetiba lapar la plak..
mayah wat lagi!!~


huh..
ponek cari gambo nih..

cornflakes cookies..


bun sosej!
alamak! lupa nak cover periuk n tudung periuk tuh!
malu la plak..
sorry2


ada lagi..
cuma tak sempat snap gambar..


* kuih samperit dwi-perisa*

*pizza homemade super duper king size!*

*kuih lompang*

erm..
apa lagi eyh?
da lupa la..
haa..

*kek pisang*

*tart telur*

*kek coklat*

*mee rojak*



ok dah la tu~
xlarat upload dah..
study plak oi..
k
buibui
wassalam^_^

kunci maksiat adalah kesombongan

salam.

i got this forwarded message through YM from my sister and i would like to share this with you.

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :

1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.

from the above, i want to highlight the 6th keys where it was written there 'kunci maksiat adalah kesombongan'. salah satu maksiat yang besar adalah zina, right? zina di sini bukan tertumpu kepada perbuatan melakukan zina itu sendiri. skopnya sangat luas. zina secara tidak langsung juga kadang-kadang terjadi tanpa kita sedari bahawa sebenarnya kita sedang berzina. nauzubillah min zalik. contoh di sini, adalah seperti zina mata, hati, dan sebagainya. Islam adalah agama yang sangat sempurna dan menyeluruh meliputi segala aspek kehidupan manusia daripada sebesar-besar perbuatan sehinggalah sehalus-halus perasaan dalam hati. betapa Islam sangat menjaga kesucian dan kemurnian agama itu sendiri. dan kita sebagai muslim haruslah mengambil Islam itu secara keseluruhannya bukan separuh-separuh. insyaAllah. ingin kongsikan juga artikel daripada Ust. Hasrizal.


:: DOA YANG MENOLAK ZINA ::

“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya.

“Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya.

Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.

Solat.

Doa.

Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa.

Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri memberi jaminan bahawa Solat itu mencegah manusia daripada kemungkaran, terutamanya zina? Itu yang disebut di dalam al-Quran:

“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” [Al-Ankabut 29: 45]

Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Seandainya solat anak muda itu dan kita semua tidak mampu mencegah diri daripada kejahatan, terutamanya Zina, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada aspek cukup Syarat atau sah tidak sahnya solat itu, malah intipati dan maknanya.

Ya, sejauh mana kita memaksudkan apa yang kita minta?

Sampaikah kepada permintaan seorang anak muda bernama Yusuf?

TELADAN MUJAHADAH YUSUF

Imra’ah al’Aziz yang dikenali sebagai ‘Zulaikha’ itu, tidak pernah berputus asa. Di satu ketika dia menafikan dirinya sebagai orang yang memaksa zina ke atas Yusuf. Tetapi setelah kejadian baju Yusuf terkoyak akibat kejadian sebelumnya (Yusuf 12: 25) tersebar ke seluruh kota (Yusuf 12:30), Zulaikha menjadi liar. Malunya hilang, malah semakin mengganas pada tindakannya untuk mendapatkan Yusuf. Wanita-wanita bangsawan temannya dihimpunkan. Mereka dijamu makan. Setiap tangan diberikan pisau untuk memotong dan Zulakhai memaksa Yusuf tampil ke khalayak menampakkan diri.

Daripada Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Yusuf telah diberikan separuh daripada kecantikan diri” [Al-Bukhari no. 7517 dan Muslim no. 162]

Separuh kecantikan diberikan kepada Yusuf.

Separuh lagi diagihkan kepada seluruh manusia lain!

Giliran mereka pula dibius cinta. Tangan tidak terasa bahawa pisau tidak lagi memotong makanan. Jari-jari mereka luka dipotong pisau kerana panahan rupa paras Yusuf. Zulaikha mengeluarkan ‘buah’ manusia yang mabuk cinta. Mereka belum kena lagi. Sekarang tahukah mereka apa yang dihadapinya saban hari selama ini?

“(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi dia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau dia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah dia akan dipenjarakan, dan (Yusuf) akan menjadi daripada orang-orang yang hina.“ [Yusuf 12: 32]

Kini Zulaikha tidak lagi sendirian. Kemahuannya diakui oleh seluruh wanita yang melihat susuk wajah Yusuf. Zulaikha berjaya menjustifikasikan kehendak nafsunya. Maksiat bukan lagi maksiat. Kini maksiat adalah suatu mangsa keadaan!

Malah dayusnya al-’Aziz dan betapa berkuasanya Zulaikha sebagai First Lady, dia bebas menentukan siapakah yang patut dihumban ke penjara dan siapa yang tidak. Andai Yusuf enggan menerima ajakan Zulaikha, harga yang perlu dibayar adalah PENJARA.

Apakah tekanan yang Yusuf hadapi?

Anak muda, peluang ada, kecenderungan bisa terjadi, menolaknya pula bererti merengkuk di penjara. Sepadankah tekanan itu dengan apa yang kalian sebagai anak muda, hadapi berkaitan zina?

Atau kalian dengan sengaja gemar berkelakuan lemah diri? Justeru mudah memberi alasan, bahawa keadaan adalah ‘pihak’ yang patut dipersalahkan?

Sesungguhnya Yusuf mendengar ugutan itu. Beliau tahu di hadapannya hanya dua. Zina atau penjara.

MENCARI KEKUATAN DENGAN SOLAT DAN DOA

Yusuf tinggal sendiri.

Al-’Aziz sebagai bapa angkatnya, suami kepada Zulaikha dan Menteri Utama negara Mesir, tidak berperanan untuk mencegah hal ini. Beliau berada di kemuncak dayus.

Tiada tempat lain untuk Yusuf mencari kekuatan melainkan dengan Solat dan Doa.

Yusuf (merayu kepada Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan jadilah aku daripada golongan orang jahil yang tidak mengamalkan ilmunya” [Yusuf 12: 33]

Doa Yusuf itu sarat dengan makna. Yusuf benar-benar menyatakan kebergantungannya kepada Allah. Sesungguhnya tanpa bantuan Dia, Yusuf lemah untuk mendepani tipu daya wanita-wanita jahat itu. Sesungguhnya doa tidak boleh datang daripada hati yang sombong. Meminta sesuatu daripada Allah yang dirinya tidak berasa kepada keperluannya. Jika Allah beri, dia terima. Jika Allah tidak beri, dia akan buat sendiri. Sombongnya hati manusia yang meminta dan berdoa tidak dengan bahasa seorang hamba.

Yusuf juga menunjukkan kepada kita kuasa sebuah doa. Doa menguji sama ada kita benar-benar mahu kepada apa yang diminta, atau kita memintanya tanpa kesungguhan dan makna. Doa akan membunuh sifat hipokrit bahawa mulut meminta sesuatu, namun hati tidak bersungguh memaksudkannya.

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”. (Hadith riwayat al-Tirmidzi, dihasankan oleh Sheikh al-Albani)

ENGKAU DAN DOAMU


Dirimu minta daripada Allah agar dihindarkan daripada zina. Namun sejauh mana hatimu membenci zina? Sejauh mana engkau mahu menjauhkan diri daripadanya? Adakah mulut meminta perlindungan, ketika hati dibiarkan melayan kecenderungan?

Doa mengajar kita memaksudkan apa yang kita minta. Supaya dengan doa itu, akhirnya hanya dirinya dan Allah yang benar-benar tahu, sejauh mana permintaan itu disungguhkan.

“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu berdoa, maka hendaklah dia menekadkan apa yang diminta. Dan janganlah sekali-kali beliau berkata: Ya Allah jika Engkau mahu, berikanlah kepadaku apa yang kuminta. Sesungguhnya tiada suatu permintaan pun yang berat bagi Allah untuk menunaikannya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Doa menyaring hasrat hati.

Hanya hati yang berjaya membulatkan permintaan, bersih daripada rasa berbelah bagi antara mahu meninggalkan maksiat dengan adanya rasa sayang untuk apa yang berlaku itu tamat.

Yusuf benar-benar memaksudkannya. Dirinya semakin lemah dengan tekanan yang memuncak. Justeru jika satu-satunya cara untuk selamat adalah dengan merealisasikan ugutan Zulaikha, sesungguhnya penjara itu lebih disukainya berbanding zina yang membinasakan.

HATI YANG IKHLAS

Di sinilah titik IKHLAS pada hati yang meminta. Hati yang bersih daripada semua pihak selain daripada Allah.

“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [Yusuf 12: 34]

Allah Maha Mendengar permintaanmu.

Allah Maha Mendengar suara halus di dalam hati yang meminta itu dan sejauh mana permintaan itu dimaksudkan.

Allah juga Maha Mengetahui terhadap apa yang berlaku.

Zulaikha mahukan engkau terpenjara untuk membalas dendam.

Allah memberikan engkau penjara seperti yang diminta, bahawa penjara itu memiliki hikmah besar yang menanti, seperti yang berada di dalam Ilmu-Nya.

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina” [Ghafir 40: 60]

Justeru anak muda, saat engkau mendepani kehidupan yang sangat mengajak kepada zina ini, perkukuhkanlah Solat dan Doamu untuk mencari ketulusan hati.

Hati yang benar-benar membenci zina dan kejahatan. Hati yang benar-benar menolaknya.

Seperti yang terungkap di dalam sebuah DOA!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

ish3

salam. iman selalu turun naik. macam tu jugaklah keadaan kite sekarang. kite tengah turun ni. ape nak wat ni? camna nak bagi naik balik? kite rasa malas nak study nih. ottoke? rasa sangat-sangat malas kot. rasa tak bersemangat pun nak study dan belajar mcm orang lain. kenapa? yaaaaaa!!!! kite selalu ja bukak buku letak kat depan mata, tapi baca guna mulut ja, tak masuk ke hati. tak boleh fokus dan menumpukan sepenuh perhatian bila baca. pastu lagi satu, bila kite baca je buku kite 'huarrrrggghhh' [menguap] = mengantuk! cuba tanya housemate kite, selalu nampak kite tengah study ke tengah tido? hehehe ^_^ tiba-tiba kite rasa macam nak lari dari semua ni. rasa macam tak nak fikir pun pasal exam nih. rasa bosan. rasa macam tak kuat je. rasa nak stop jap, then pegi jalan-jalan luar negara jauh dari mesir pastu shopping2 sket, pastu balik sini balik lepas semua orang dah exam. tapi kalau kite tak ambik exam, macam mana nak naik tahun 4? dah lah, cukuplah kite mengarut sekejap kat sini. nak pegi carik semangat jap kat mana-mana yang ada. buibui~ exam oh exam. kenapa perlu ada exam? [soalan yang tak patut tanya]. dah2! enough!~ jom try study sampai boleh study!~ bak kata2 'courage doesnt always roar, sometimes courage is the quiet voice at the end of the day saying, "I will try again tomorrow!"' jadi jom kite cuba try try try try try try and try! yoshh!! ok. wassalam.

how BIG is your vision?

Bismillah.
Salam Alaykum semua.


Moga semua org,masih sihat tubuh badannya, akalnya, hatinya,imannya.Komponen dalam hidup manusia JERI kan? Mati satu, habislah mati semuanya. Bukan setakat orang yang tiba2 mati fizikal je dikira sbg mati,kalau hati tiba2 mati juga; jenazah jugalah manusia tu sebenarnya.

Gembira melihat semua orang membesar dengan baik.Alhamdulillah Allah mencampak benih2 hidayah, hingga akhirnya tertanam dengan baik dan subur pula.Alhamdulillah, alhamdulillah.Namun, hidayah itu perlu sentiasa kena dapat baja, perlu sentiasa dibasahkan dengan bekalan air yang cukup, barulah ia akan terus mekar, terus membesar dengan baik. Ya, baja dan air boleh diberi, boleh dibekalkan dari orang lain. Tetapi tanggungjawab untuk menyerap dan menghadam dan utk diterjemah itu,itu adalah tanggungjawab dari dalam diri. Sendiri. Dan sungguh, siapa yang akan untung selepas itu?Bukan diri sendiri jugak ke? Ye kan? Maka, jom start dari sekarang; usaha utk memberi keuntungan kepada diri sendiri.

Dan yang ingin disharekan di sini adlh utk setkan visi. Visi=Niat.Visi mestilah betul,mestilah yg besar,supaya kapisiti kita akan diMAXIMIZEDkan. Sebagai hamba ALLAH, rugilah kan,kalau kita buat sesuatu, tapi benda tu tak smpi ke langit. Mostly sebab benda tu tak diset betul2 niatnya, visinya.

Memaksimumkan niat/visi.

Nak share satu cerita.
5 orang pakcik terlibat dalam pembinaan sebuah masjid.
Seorang budak interview semua pakcik yang ada.

Soalannya pada pakcik pertama,
"Pakcik tgh buat apa ?"
"Pakcik tengah bancuh simen ni" jawab pakcik 1.

Membancuh simen utk 'mengikat' batu-bata

Pakcik kedua ditanya soalan yang sama, "tengah buat apa ni pakcik?"
"Pakcik tengah susun batu bata ni nak oii", jawab pakcik 2.

hmmm..

Pakcik ke3 ditanya lagi, dgn soalan yang sama.

"Pakcik sedang membina masjid, bersama dgn kawan2 pakcik yg lain ni haa", jawab pakcik 3.

Lalu, pakcik keempat ditanya,
dan jawapannya, "pakcik sedang bekerja, nak cari nafkah,utk sara anak isteri di rumah"

oooo (dlm hati:ok, besar sikit nampaknya visi pakcik ni)

Pakcik ke-5, apabila ditanya, juga dengan soalan yang sama; "pakcik tgh buat apa ni?", anda agak2 apa yang dijawab oleh pakcik 5?

Tujuan IndividuMuslim disediakan adalah supaya dapat terus mendaki tangga-tangga lain, bukan statik di tangga pertama sahaja.
*UA=ustaziatul alam=ustaz kepada alam=world order

JAWAPAN dari pakcik ke-5;

"Pakcik sedang cuba membina PERADABAN nak..sebab pakcik tahu, kelak masjid ni akan digunakan oleh umat islam, kanak-kanak akan dtg belajar agama di sini,memperkuat akidah mereka, dan iA , islam akan menjadi sebuah peradaban yang agung, seperti mana yang pernah dicapai waktu tamadun abbasiyyah dahulu, bahkan lebih hebat lagi!"

ALLAHUAKBAR! Besar kan visi pakcik tu kan? Visinya adlh utk membina peradaban. Maka, anda rasa, kalaulah ada hal2 kecil yang berlaku spnjg pembinaan masjid itu; seperti misalnya kawan2 yang lain tak dapat datang on that day ataupun pakcik tu is not getting paid, anda rasa2 lah kan, pakcik tu akan lemah semangatkah? anda rasa dia akan stop jugak dari buat masjid tu? Tak kan?

Sebab pakcik tu jelas, apa yang nak dicapai adlh sgt besar. Jadi, rintangan yg dtg, walau nmpk mcm saaangat besar, akan tetap dipandang sbg sesuatu yang kecil.

Begitulah kalau target kita ialah utk mumtaz setiap tahun, ujian2 yang datang seperti selesema sepanjang hari takkan kita pandang sebagai halangan.

Begitu juga kalau kita nak cuba dapatkan syurga allah,dan kita yakin dengan cara yang kita imani, maka go on! Try to reach the stars, if you fall, you will fall among the skies.

Maximizekan mana2 cara yang ada. Kalau dengan bercakap, bercakap lah. Kalau dgn tangan,dengan tanganlah.Kalau dengan YM,dengan YM lah. Kalau terer edit gmbr, tag dlm fb,itu juga adalah 'ballighu 'anni wa lau aayah' (sampaikanlah dariku walau satu ayat; hadith Nabi). Kalau dgn blog, dengan blog lah kita bersenjata (jeles dgn org yg terer menulis dgn best.huhu)

Yang penting, CUBA. Takkan rugi mencuba kan? Kalau salah pun, ada pengajaran yg boleh diambil. Itu juga adalah considered as tarbiyyah utk diri sendiri. Apa yang lagi best daripada mampu memberikan sesuatu benda baru yang baik utk diri sendiri kan? kan? =)

Tapi jgn lupa sentiasa perbaharui niat. Takut2 habituated kan?

p/s: UA yang dilaung-laungkan adalah satu ungkapan yang perlukan amali. Sangat2 diperlukan.Nama pun kemuncak maratib amal kan. Ia tidaklah sama seperti ungkapan 'Islam Hadhari' mahupun 'Satu Malaysia' yang akan tiba2 je hilang di pendengaran bila mana PM bertukar.

wa allahu a'lam.


syukran ya ukti aimi

salam

sunset
view from pantai alexandria


matahari terbit di sebelah pagi
matahari terbenam di sebelah petang,
bulan muncul di sebelah malam..
bintang menghiasi langit malam
pasang surut air laut
ombak yang memukul pantai
semesta bertasbih..
semuanya patuh dan tunduk pada perintah Allah.
kita bagaimana?


erti hidup pada memberi