sekadar sahaja.

salam.

ok, kali ni wat picture post je la ek.. huhu.. 'ashan tataw nk update pasal apa... (^____-)v


hobi baru
knitting.. haha..
xsempat nak berhobi pun..
ini kali ke tiga mencuba dengan basic casting..
2 sebelum ni, jadi je cuma kurang sempurna..
haha.


bunga kat gamaah..
ada kanak2 riang yang sgt riang bila jumpa bunga ini..
lalu seperti biasa...
klik! klik! klik! bape kali klik! pun xtahu..


my new bedtime story


ihsan dan asiah
walimah kak qilah n ustaz muhammad
Masjid Salam
asiah datang dari jauh ni [jordan]
ummi dan abi tgh makan
k.ihsan jaga asiah ye~
gerammm dgn asiah.. sgt comel dan chubby!~ huhu



dan sekarang ihsan kena

*****
untuk masa depan yang cerah
haha

[check it out!]
xlengkap ayat tu.. sila lengkapkan ye..
jawapan ada dalam gambar stereogram di atas!~
sekian, terima kasih.


pengajaran yang dapat dikutip dan diambil adalah......
pertama, live life to the fullest! try everything you want to try before its too late!
kedua, berjalanlah di atas muka bumi ini dengan penuh kesyukuran dan rendah diri atas nikmat kurniaannya. semuanya indah-indah belaka.
ketiga, sebelum tido baca buku!~ lagi bagus klu buku pelajaran.. pharma ke, patho ke, dan sewaktu dengannya.. hehe
keempat, sayangi anak kecil~ jgn lupa cubit pipi mereka sampai merah... sbb lagi merah lg comel!~ hehe [kes penderaan ke?]
kelima dan terakhir, belajarlah melihat stereogram!~ haha


p/s : oh, sila gelakkan post yang caca merba serba xkena ini ye...
nota tangan : tataw kenapa font jadik kaler biru.. haha

♥ Thariq Ibn Ziyad

salam.

Pada minggu lepas, pagi itu, saya dan ahli beyt saya menaiki sebuah teksi untuk ke gamaah (universiti). Pada ketika itu, pak cik teksi itu sedang memasang radio. Saya cuba untuk mendengar memasang telinga. Dan barulah saya tahu, radio itu sedang memutarkan suatu kisah mengenai seorang panglima Islam yang sangat hebat pada suatu ketika dahulu, sewaktu zaman bani Umaiyyah kalau tidak silap saya iaitu Thariq bin Ziyad. Dikisahkan beliau telah menawan kota Andalusia dahulu. Itu sahaja yang saya dapat fahami. Dek kerana kecetekan 'vocab' bahasa arab, saya tidak dapat memahami apa yang dikisahkan seterusnya melalui radio itu. Lalu, teringin sekali saya berkongsi dengan pembaca semua mengenai kisah Thariq ini. Rasanya tak semua kenal Thariq ni. Jom kita kaji sejarah beliau!~

Thariq bin Ziyad (670M-720M / 75H-125H), merupakan seorang anak yatim piatu, rajin bekerja dan suka menuntut ilmu. Telah dijual sebagai hamba atau budak suruhan dan dibeli oleh Musa bin Nusair. Musa bin Nusair ini adalah seorang pemerintah Islam di Afrika. Thariq diajar bermain senjata dan menunggang kuda. Akhirnya Musa bin Nusair memberi kepercayaan penuh kepada Thariq bin Ziyad untuk menjadi Ketua Panglima bagi mengetuai sebuah angkatan perang seramai 12,000 orang Islam bagi menawan Andalusia (Sepanyol) serta membebaskan rakyat dari penindasan Raja Roderiga.

Raja Roderiga ini berbangsa Gotik dan memerintah Sepanyol. Dia dan orang-orangnya hidup mewah sedangkan rakyat dibiarkan dalam kesengsaraan. Para petani dipaksa membayar cukai yang tinggi. Kaum wanita pula terutama anak-anak gadis yang cantik berasa tidak selamat kerana sering diperkosa oleh Raja Roderiga ataupun konco-konconya. Mereka yang cuba melawan dibunuh hidup-hidup. Akibat penindasan yang tidak berperikemanusiaan itu, rakyat hidup dalam ketakutan. Ramai antara mereka terpaksa melarikan diri ke Afrika, sebuah negara yang aman makmur di bawah pemerintahan Kerajaan Islam.

Disebabkan kekejaman inilah, Musa bin Nusair menghantar tentera-tentera Islam yang diketuai oleh Panglima Thariq bin Ziyad ke tanah Andalusia. Matlamat mereka hanya satu, menang atau syahid kerana Allah. Setelah belayar beberapa ketika, mendaratlah tentera Islam di bumi Andalusia di sebuah bukit, yang tidak berpenghuni, lalu diberi nama oleh Thariq sebagai "Jabal Thariq", pada masa ini tempat itu dikenali sebagai Gibraltar.

Dan bermulalah perjuangan Panglima Thariq bin Ziyad bersama tenteranya. Pada mulanya tujuan mereka untuk meninjau keadaan tempat dan kekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang dipimpin sendiri oleh Musa bin Nusair sahaja. Tetapi Musa bin Nusair telah berpesan kepada Thariq, "Apabila terserempak dengan musuh, buatlah apa yang panglima fikirkan terbaik. Keselamatan 12,000 tentera Islam terletak di tangan kamu. Pimpinlah mereka dengan bijaksana." Maka Thariq telah membuat keputusan untuk berhadapan dengan tentera Gotik di atas keadaan yang beliau yakini perlu bertindak ketika itu.

Pada 19 Julai 711M, terjadilah pertempuran antara tentera Islam yang dipimpin oleh Thariq Ziyad dengan tentera Gotik yang dipimpin oleh Raja Roderiga. Walaupun pasukan tentera Islam jauh lebih kecil berbanding musuh ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan namun dengan semangat jihad yang berkobar-kobar mereka akhirnya berjaya memberi pukulan yang hebat kepada Raja Roderiga. "Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid. Dan kita takkan pulang sebelum mencapai matlamat itu," kata-kata Thariq Ziyad yang telah berjaya meniupkan semangat tentera-tenteranya untuk menentang 100,000 tentera Gotik. Tambahan lagi, Thariq bin Ziyad telah membakar kesemua kapal yang mereka gunakan supaya askar-askarnya dapat berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Akhirnya tentera Gotik kalah dan Raja Roderiga mati lemas di dalam sungai Barbar ketika cuba melarikan diri. Kemudian, terjadi lagi satu pertempuran yang paling sengit di Ecija. Tentera yang dipimpin oleh Thariq bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair, dan sekali lagi tentera Islam menang. Thariq Ziyad terus mengukir kejayaan dengan menakluk beberapa kawasan di Andalusia, antaranya Kordoba, Malaga, Granada, Toledo dan sebagainya.

Akhirnya, seluruh bumi Andalusia berjaya ditakluki oleh pemerintahan Islam, dalam masa yang sama penyebaran Islam terus digiatkan di seluruh kawasan Andalusia.

Thariq bin Ziyad bercadang hendak menakluk seluruh Eropah. Ketika persiapan giat dilakukan, tiba-tiba Thariq diperintahkan oleh khalifah kembali ke Damsyik. Sebagai panglima tentera yang berdisiplin, beliau mematuhi arahan itu dan terpaksa membatalkan niat untuk menakluki Eropah. Panglima Thariq bin Ziyad meninggal dunia di Damsyik. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


"...seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian." - Thariq bin Ziyad-


"Selamat tinggal sahabat-sahabatku. Teruslah berjihad di jalan Allah. Sebarkan Islam ke seluruh dunia." -Panglima Thariq bin Ziyad-


"Selamat jalan panglima yang berjasa. Semoga Tuhan pertemukan kita semula. Sekiranya tidak di dunia, kita pasti bertemu di akhirat." -Musa bin Nusair-



"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (3:185)

wallahua'lam.

Happy Birthday to you....♥

salam.


MAKKKK!!!

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 45 tahun!

Semoga sihat selalu
Semoga panjang umur
Semoga murah rezeki (Turki2!!)
Semoga lebih aqrab denganNya
Semoga dapat datang Mesir selalu
Semoga bertambah muda
Semoga cepat2 dapat *******! hehe
Semoga bahagia selalu
Semoga diberi ketenangan berpanjangan
Semoga dapat basikal baru!! wink2*
Semoga sentiasa tabah dan sabar
Semoga kuat dan gagah! keke

ameen3x..


you're the BEST!!


I LEBIU MAK!~
mmuuahhhxx

...

Nature
gave man two ends -
one to sit on,
and one to think with.
Ever since then
man's success or failure
has been dependent on the one he used the most.


- G E O R G E K I R K P A T R I C K -

before i sleep..

salam.

di sini nak buat satu pengakuan. sesiapa yang membaca post ini, selepas saja habis membaca saya ada tugas untuk anda! ya! jangan risau.. xsusah.. mudah saja.. hmm, tujuan tulis post ni cuma kalau boleh nak jerit kuat dalam blog ni.. tapi mcm mana ye? [arrrrrrrrghhhhh!!!] boleh ke macam tu? huhu.. ok lah, sebenarnya nak tulis, sepanjang 2 minggu cuti ni kan, adalah tempoh diri ini sangat2 futur.. futur.. ya futur.. i'm failed!! sangat sangat sedih ok.. selepas je pulang mentadabbur alam di dahab sambil berekreasi, hari-hari selepas itu sangat menyedihkan.. kadang-kadang macam pahat dengan penukul pun ada rasanya, sekali diberi peringatan dan nasihat, sekali tu je la bergerak.. ambil buku dan baca, tutup movie sekejap.. wat benda2 berfaedah... lepas sehari, dah mula balik... hahaha... teruk kan? berapa hari sangat dalam 14 hari cuti tu yang diisi dengan wat mende2 pekdah? boleh bilang dgn jari kot~ kunun-kunun nak penuhkan dengan merevise semula semua subjek la, nak ziarah sanak sedara aka kawan2 laa.. sempat sentuh ape je? patho? tu pun buku yg beli kat maarad je.. selak2 5-6 muka surat dah mengantuk.. kalau tgk muvie tu, bersambung2 pun xngantuk.. astaghfirullah.. lepas satu sambung next muvie plak... aiyaarrrkk... ihsan.. ihsan.. bangun2!! wake up dear.. banyak keje dan tanggungjawab yang belum selesai lagi.. 'esok' kalau ditanya, apa kau nk jawab? xkan nak jawab waktu tu saya cuti winter! saya cuti laa... no! no! no! excuse me, please remember this, awak dah buat perjanjian dgn Dia ye.. awak dilahirkan pun ada tugas yang perlu diselesaikan ye.. tahu tapi xnak buat! ya Allah janganlah Engkau gantikan kami dengan kaum yang lain... aku tidak mahu menjadi orang-orang yang rugi.. aku tidak mahu menjadi umpamaan seperti haiwan ternakan bahkan lebih sesat lg yg mana memiliki hati tetapi tidak digunakan utk memahami ayat-ayatMu, memiliki mata tetapi tidak digunakan utk melihat tanda-tanda kekuasaanMu, dan mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengarkan ayat-ayatMu ya Allah... Peliharalah aku dr golongan yg kufur nikmat dan sesat ya Allah.. masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku ke jalan keluar yang benar... ameen3.. Alhamdulillah, bersyukur kerana punyai kamu, kamu, kamu, dan kamu di sini.. we are a family.. we are sisters.. alfu syukran selalu mengingatkan.. muhasabah itu penting! bersyukurnya bersama-sama kalangan kamu semua... ada yang membetulkan jalan tatkala langkah kakiku tersasar... uhibbukum fillah!! *heart2* dan kepada pembaca2 semua, ada tugas untuk korang nih! hihi... senang saje, kalau nampak2 mcm saya terleka or terlalai tu, tegur2lah ye... jgn segan2.. huhu.. terima kasihhhh sgt2... dan minta maaf ye semuaa kalau ada silap dan khilaf... ok, selamat malam! nk tido.. esok kelas kul 9 pagi!~ k, wassalam.

happy?

Happiness
is to be found along the way,
not at the end of the road,
for then the journey is over and it is too late.
Today,
this hour,
this minute is the day,
the hour,
the minute for each of us to sense the fact that life is good,
with all of its trials and troubles,
and perhaps more interesting because of them.


- R O B E R T U P D E G R A F T -


salam.

i hope that i can find what i'm trying to find for..
seems complicated yet its life!

"jangan kamu mengaku beriman andai kamu belum diuji"


and..
looks like much things to do and to be done!
wajibaat akthar minal auqaat!
Alhamdulillah
semoga diriku sibuk dengan perkara2 kebaikan
serta jauhkan diriku
dari perkara2 yang melalaikan ya Allah..
susahnya nak melatih diri ini ya Allah..

bila ihsan menulis.. hihi


Salam aleyk,

Sungguh indah pagi ini.. betapa nikmatnya waktu pagi.. begitu menenangkan.. terasa akrab dengan alam.. melihatkan langit yang mulai cerah, sang mentari mula menampakkan diri, mendengarkan kicauan burung-burung, menghirup udara segar di luar terasa memberi suatu kekuatan baru untuk memulakan hari yang baru! Subhanallah.. Sungguh indah ciptaanMu ya Allah.. betapa besar nikmatMu... Sungguh aku bertuah kerana masih dapat merasai dan menghayati keindahan, kecantikan, dan kebesaranMu ya Allah.. Alhamdulillah..

berlatarbelakangkan lagu For The Rest of My Life by Maher Zain, jariku mula pantas menekan tiap papan kekunci komputer ribaku. Sambil-sambil aku menikmati sarapan pagi berupa nasi goreng semalam yang masih berbaki bersama kari kentang 'keppa' sedap yang diberi jiran, aku mula menaip tanpa ada tujuan atau tajuk khusus untuk ditulis. hehe. Sokmo takde tajuk. hmm...

Pagi aku mulakan dengan membaca dan melompat-lompat ke blog sahabat-sahabat yang baru diupdate di blog list aku. Banyak daripadanya melakarkan dan menulis mengenai seorang sahabiah aka senior aku yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama seorang ustaz. Alhamdulillah. Selamat semuanya. Barakallahulakuma wa baraka aleykuma wa jama'a bainakuma fi khair. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga. Maaf tidak sempat menghadirkan diri ke walimah kerana pada hari tersebut tidak berada di Mansurah.


gambar selingan


Sengaja aku cuba menulis secara formal, ingin mencuba bagaimana aku bermain-main dengan ayat dan bahasa. hehe. serius,aku tidaklah pandai bermadah pujangga. Sejak di bangku sekolah lagi, aku bukanlah seorang yang suka menulis karangan. Berbeza jika dibandingkan dengan sahabatku, Sumaiyyah. Cemburu kadang-kadang melihat karangannya yang berjela-jela panjangnya memenuhi setiap halaman buku. Aku biasa-biasa sahaja. huhu.

Sekarang tiada lagi karangan untuk ditulis dalam buku karangan. Blog pula menjadi tempat untuk mengarang. Semua orang sudah pastinya mempunyai blog tersendiri. seperti satu kemestian setiap orang mempunyai blog sendiri. Dan kebanyakan mereka sangat pandai menulis. Bagai penulis novel pula aku tengok. Entahlah, aku tidak berminat dengan penulisan. Barangkali kami tidak sehati sejiwa kot. Blog ini pun cumalah tempat untuk aku menulis apabila aku terasa ingin menulis dan berkongsi gambar-gambar terkini especially untuk family aku.

At this moment, aku tinggal di rumah bersama Shikin. Kak nisah sedang bahagia bersama keluarga di Kedah, Malaysia. hihi. Sumaiyyah dan Ummu pula menghabiskan cuti di Cairo. Cuti aku hanya berbaki 6 hari lagi. Teringat pesanan seorang sahabat kepadaku, "Manfaatkan masa taw, masa itu ibarat mata pedang." "InsyaAllah." Terima kasih kerana mengingatkan diri ini. Memang aku merancang untuk menggunakan cuti ini untuk kembali menyelak helaian-helaian nota semua subjek. Tetapi, sekarang aku sedang membaca buku-buku yang baru sahaja dibeli sewaktu aku berkunjung ke Maarad Kutub baru-baru ini. Nak panas enjin dulu. hehe. Nak masuk yang berat-berat kenalah mula dengan yang ringan-ringan dulu. betul x?

Oh ya, untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang berada di Mansurah sahaja, beyt Iljimae sekarang sudah membuka tempahan lagi. hehe. Sesiapa yang ingin membuat order, silalah berbuat demikian dengan kadar segera ye! Sebab mungkin xlama kot. ok. Berikut senarai item dan harga sekali :

1. Kuih Siput 1kg = Le22
2. Tart Nenas 100 biji = Le56
3. Mazola 100 biji = Le44
4. Bahulu 100 biji = Le28
5. Sos cili 1 botol = Le4
6. Karipap frozen : inti kentang sahaja 1biji = Le0.50; inti ayam dan kentang 1 biji = Le0.75

OK? sapa yang nak order bolehlah BUZZ!! kat YM ye!~ id: ningurlz_15 atau SMS ke 011-4168599. syukran.

xlupa juga, sapa2 yang nk VOIP boleh juga BUZZ!! saya ye. Limited to Mansouriyyin je ok =D


selingan juga


oh oh.. rasanya post ni da cukup panjang kot.[bajet] Ada jugak benda yang tertulis akhirnya walaupun tak ada lah sangat pun. hihi. wink2*. Oh ya, terima kasih kerana sanggup dan sudi membaca ye. [kalau ada yg membaca la..] Baiklah, setakat ini dulu kot. Kepada yang sedang bercuti tu, selamat bercuti la ye! Enjoy your holiday to the fullest!! Lepas ni nak kena struggle semula. hehe. Lepaskan apa yang anda rasa nak lepaskan tuh sepuas-puasnya. Do what you feel you want to do the most! tapi jangan bertentangan syariat sudah la ye! Berjalan-jalan sambil mentadabbur alam. ok! wassalam ^_^

my winter break in dahab!

the cafe where we watch the football match
chelsea vs arsenal
2-0


this shot was taken on the way back from dahab


during safari
waiting for lunch
before continuing our last journey to
white canyon


fake picture.. hehe


yeay!! we're done!
this is our last challenge
white canyon safari
the jeep was already waiting for us


safari colour canyon


can you see that colour canyon?
it was actually very soft sand inside
hard outside


again quadbike
after having syai badawi [teh badawi]
sedap jugak!

this is for you, mom!~


hantar kak nisah ke airport



can you see the golden calf at the back?




'uyun musa

di benteng Israel


with ummu


this is the mushroom stone


us riding the quadbike


on the way back to cairo
saying goodbye to dahab!

p/s : ada byk lagi gambar actually, nnt klu rajen ye! hihi ^_^

salam..


sambil2 tgh design baju,
apa salahnya update sket kan pasal percutian ana sepanjang 4hb-8hb feb 2010 baru-baru nih..

erm. ok. jom start!~

4hb
- hantar kak nisah, tasnim, dan hidayah kamal ke airport cairo terminal 2. mereka menaiki kuwait airlines. seronok dapat balik Malaysia!~ Alhamdulillah, jalan raya xsesak dan xzahmah. perjalanan 2 jam 30 minit seperti biasa. thanks to musyrif. pergi penuh tramco, balik tramco kosong. hehe. syukran awi2.

- dari airport pergi ke maarod kutub bersama2 ummu dan shikin. serius xpuas berjalan. hihi. masa sangat mencemburui kami. sempat beli beberapa buku dan mainan. hihi. selepas itu, kami pulang ke musallas menaiki teksi. Alhamdulillah, xlama menunggu utk dapatkan teksi. walaupun sangat2 ramai yg turut bersaing utk menaiki teksi. dan rezeki kami mlm itu, seorang syeikh telah membayar tambang teksi utk kami. le15 tu. ya Allah, sungguh baik orang itu. sangat2 terharu. semoga Allah memberkatimu.

5hb
-bertolak ke dahab around 8 or 9 am menaiki avanza.

8hb
-check out hotel seven heaven. sarapan pizza tuna dan firokh. bertolak pulang. stop by tangkap gambar sket sepanjang perjalanan. sayang betul nk tinggal dahab. Subhanallah.. sgt2 lah cantik. sambil2 tadabbur alam. sampai cairo. dinner at bang boby restaurant makan ayam aladdin dan bakso yg sedap!!. bertolak pulang ke mansurah. arrived at 11.30pm.

haha done!~
utk 5,6,7 hb tu panjang sgt nk cite. byk aktiviti menarik di sana. nnt post akan datang cita through pictures je la ek.


p/s : utk org itu, ana bukan org yg malas ok? da update nih!~ haha.. saya rajin!