Photobucket

bila ihsan menulis.. hihi


Salam aleyk,

Sungguh indah pagi ini.. betapa nikmatnya waktu pagi.. begitu menenangkan.. terasa akrab dengan alam.. melihatkan langit yang mulai cerah, sang mentari mula menampakkan diri, mendengarkan kicauan burung-burung, menghirup udara segar di luar terasa memberi suatu kekuatan baru untuk memulakan hari yang baru! Subhanallah.. Sungguh indah ciptaanMu ya Allah.. betapa besar nikmatMu... Sungguh aku bertuah kerana masih dapat merasai dan menghayati keindahan, kecantikan, dan kebesaranMu ya Allah.. Alhamdulillah..

berlatarbelakangkan lagu For The Rest of My Life by Maher Zain, jariku mula pantas menekan tiap papan kekunci komputer ribaku. Sambil-sambil aku menikmati sarapan pagi berupa nasi goreng semalam yang masih berbaki bersama kari kentang 'keppa' sedap yang diberi jiran, aku mula menaip tanpa ada tujuan atau tajuk khusus untuk ditulis. hehe. Sokmo takde tajuk. hmm...

Pagi aku mulakan dengan membaca dan melompat-lompat ke blog sahabat-sahabat yang baru diupdate di blog list aku. Banyak daripadanya melakarkan dan menulis mengenai seorang sahabiah aka senior aku yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama seorang ustaz. Alhamdulillah. Selamat semuanya. Barakallahulakuma wa baraka aleykuma wa jama'a bainakuma fi khair. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga. Maaf tidak sempat menghadirkan diri ke walimah kerana pada hari tersebut tidak berada di Mansurah.


gambar selingan


Sengaja aku cuba menulis secara formal, ingin mencuba bagaimana aku bermain-main dengan ayat dan bahasa. hehe. serius,aku tidaklah pandai bermadah pujangga. Sejak di bangku sekolah lagi, aku bukanlah seorang yang suka menulis karangan. Berbeza jika dibandingkan dengan sahabatku, Sumaiyyah. Cemburu kadang-kadang melihat karangannya yang berjela-jela panjangnya memenuhi setiap halaman buku. Aku biasa-biasa sahaja. huhu.

Sekarang tiada lagi karangan untuk ditulis dalam buku karangan. Blog pula menjadi tempat untuk mengarang. Semua orang sudah pastinya mempunyai blog tersendiri. seperti satu kemestian setiap orang mempunyai blog sendiri. Dan kebanyakan mereka sangat pandai menulis. Bagai penulis novel pula aku tengok. Entahlah, aku tidak berminat dengan penulisan. Barangkali kami tidak sehati sejiwa kot. Blog ini pun cumalah tempat untuk aku menulis apabila aku terasa ingin menulis dan berkongsi gambar-gambar terkini especially untuk family aku.

At this moment, aku tinggal di rumah bersama Shikin. Kak nisah sedang bahagia bersama keluarga di Kedah, Malaysia. hihi. Sumaiyyah dan Ummu pula menghabiskan cuti di Cairo. Cuti aku hanya berbaki 6 hari lagi. Teringat pesanan seorang sahabat kepadaku, "Manfaatkan masa taw, masa itu ibarat mata pedang." "InsyaAllah." Terima kasih kerana mengingatkan diri ini. Memang aku merancang untuk menggunakan cuti ini untuk kembali menyelak helaian-helaian nota semua subjek. Tetapi, sekarang aku sedang membaca buku-buku yang baru sahaja dibeli sewaktu aku berkunjung ke Maarad Kutub baru-baru ini. Nak panas enjin dulu. hehe. Nak masuk yang berat-berat kenalah mula dengan yang ringan-ringan dulu. betul x?

Oh ya, untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang berada di Mansurah sahaja, beyt Iljimae sekarang sudah membuka tempahan lagi. hehe. Sesiapa yang ingin membuat order, silalah berbuat demikian dengan kadar segera ye! Sebab mungkin xlama kot. ok. Berikut senarai item dan harga sekali :

1. Kuih Siput 1kg = Le22
2. Tart Nenas 100 biji = Le56
3. Mazola 100 biji = Le44
4. Bahulu 100 biji = Le28
5. Sos cili 1 botol = Le4
6. Karipap frozen : inti kentang sahaja 1biji = Le0.50; inti ayam dan kentang 1 biji = Le0.75

OK? sapa yang nak order bolehlah BUZZ!! kat YM ye!~ id: ningurlz_15 atau SMS ke 011-4168599. syukran.

xlupa juga, sapa2 yang nk VOIP boleh juga BUZZ!! saya ye. Limited to Mansouriyyin je ok =D


selingan juga


oh oh.. rasanya post ni da cukup panjang kot.[bajet] Ada jugak benda yang tertulis akhirnya walaupun tak ada lah sangat pun. hihi. wink2*. Oh ya, terima kasih kerana sanggup dan sudi membaca ye. [kalau ada yg membaca la..] Baiklah, setakat ini dulu kot. Kepada yang sedang bercuti tu, selamat bercuti la ye! Enjoy your holiday to the fullest!! Lepas ni nak kena struggle semula. hehe. Lepaskan apa yang anda rasa nak lepaskan tuh sepuas-puasnya. Do what you feel you want to do the most! tapi jangan bertentangan syariat sudah la ye! Berjalan-jalan sambil mentadabbur alam. ok! wassalam ^_^

2 comments:

Anonymous said...

huhu..esan...dah baca dah...well u know me!...

February 14, 2010 at 8:57 AM  
ningurlz said...

heheh... of course i know who you are..
actually saje nk bg tgk gmbr2 selingan tu je...
xlarat nk upload byk2...
huhu

February 14, 2010 at 8:59 AM