throat obstruction.

tonight i couldnt swallow USANA supplements which were the one with little bigger in size. they are chelated mineral and AO Pro. sorry dad. i only take Poly C. i dont know why. selama ni xde masalah pun. so sudden it happens. i even try many times to swallow it, until i nearly feel like vomitting. then i throw it in my dustbin. i nearly cry. im so sorry dad for the waste. tekak ini tiba2 jadi sempit. xkn sbb makan 'Anchor' [cheese] byk sgt kot? hmm.. actually i am a bit sleepy just now. so i wrote some update here. after this, i will continue my revising. why so sleepy eh? i had already take some sleep for about 3 hours this afternoon. aish. cant be like this. there's lots and tons to read. and the weather seems getting cold and colder. makes me feel more and more attracted to cik saratoga and zZzzz..(-_-)v. O Allah, please help me! give me some peace and strength to keep moving! mom, dad, please pray for me k. love you

insomnia

salam.

what to update?

ntah.

got nothing to say here.

*blank mode*

tepu sangat kot blaja drugs!

sampai da lali.

[ye la sangat tu..]

ok lah.

kite tulis sket jadual exam kite nanti.

28/1 - Pharmacology

30/1 - Pathology

1/2 - Microbiology

3/2 - Parasitology

all of you, please pray for me and my fellow friends ok?
thanks. May Allah bless you ^_^

Good Luck
Bittawfeeq wannajah to ALL!
Dont worry.
Everything will be just fine.
Keep studying and do keep praying to HIM.
and insyaAllah,
everything will come out smoothly as if you could imagine it.
GAMBATTE!



terima kasih semuaaa!

sekadar corat-coret dalam diari blog ini...


hm.. ada apa dengan bola ini?


squeeze it whenever you feel stress!!

pada hari Ahad yg lepas, dengan xmalunya, aku meminta bola itu sebagai hadiah untuk aku dari kedai aksesori alatan sukan kat jihan.. kebetulan seorang housemate aku telah membeli basikal 'kayuh laju2 pn xsampai U pnye' hehe.. jadi aku pun mintak lah bola ini sbg hadiah! syukria ya ammu~ ^_^


Awwadallah~


ini kali ke2 aku ke sana, pergi mencari sesuatu untuk seseorang!
2 jan klu xsilap, kali pertama aku ke sana bersama ummu dan sumaiyyah, pergi main bumper car dan pergi juga mencari cawan teh ammu kedai buah yang tidak sengaja aku pecahkan... seriously, sedih gila2 hari tu... rasa macam serba xkena.. sbb hari yg sama juga, aku terlanggar wanita arab.. gaya perlanggaran tu ala2 mcm dlm filem tuh!~ betul xtipu.. hehe.. berjalan dan pusing ke belakang nk tgk keta sbb nk lintas ke sebelah jalan, then pusing ke depan semula sambil berjalan.... and then... dushhh... kan da kene~ maalish2..


gambar semasa tuisyen Microbioloy sy. ashkar


lihatlah wajah2 ceria mereka~
terima kasih semua atas senyuman korang!
sangat2 bermakna..
thanks for being a part of my life.
sayang korang semua.... <3


Majlis Apresiasi UKON


Last Thursday 7 jan at Darul Rahmah
terima kasih atas jemputan dan sijil
terima kasih semua..
gambaq ni diambil from fb kak mir.. hee
serius semua sedap! hehe...
nasi ayam, cheese cake chocs kak mir, puding jagung, kuih ketayap kak ain, buah melaka aka onde2 kak yah, dll... syukran sgt2
Alhamdulillah kenyang... hehe.


TERIMA KASIH SEMUA!


p/s : ihsan sila study rajen2.. kawan2 doakan ihsan ye~

Sehening Lafaz Sakinah

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Syahadahku..

Mari bertanya sejenak kepada diri kita...

Apakah erti aku melafazkan kalimah syahadah?

Setiap hari aku mengucapkan syahadah dalam hidupku...

"Aku BERSAKSI bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
dan aku BERSAKSI bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.."

kenapa dikatakan aku BERSAKSI? kenapa tidak hanya kita berkata aku BERSUMPAH? atau BERIMAN?

pernahkah anda bertanya kepada diri anda kenapa anda BERSAKSI?

Apa itu Syahadatul Haq?

ok.. dalam erti kata ringkas, Syahadatul Haq ialah penyaksian terhadap kebenaran.

macam mana tu ye?? hmm...

"Syahadah Al-Haq" bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat, malah, tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan solat, puasa, zakat, dan haji.

Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam 3 bentuk :
  1. amal soleh
  2. akhlak yang terpuji
  3. pemerintahan yang adil
supaya mereka tidak menjadi fitnah kepada agamanya, yakni Islam itu sendiri serta menjaga kemurnian dan kesucian agama.

xfaham lagi la.. terangkan lagi?

mari kita singkap kembali sejarah Islam dahulu,

Rasulullah SAW apabila menerima wahyu ke 2 iaitu Surah Al-Muddassir : 1-5 yang bermaksud :

1. Wahai orang yang berkemul (berselimut)!
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan!
3. dan agungkanlah Tuhanmu,
4. dan bersihkanlah pakaianmu,
5. dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji.

ayat ini menjelaskan tentang perintah Allah kepada Rasulullah supaya berdakwah. Sejak daripada penurunan wahyu ini, Rasulullah tidak pernah berhenti berdakwah atau berehat daripada menyebarkan agama Islam.

dan ketahuilah kita yang beriman dengan agama Islam pada hari ini adalah SAKSI-SAKSI kepada Rasulullah. Kita menjadi SAKSI yang Rasulullah telah membuat kerjanya (dakwah) pada zaman dahulu. Bagaimana? dengan berimannya kita pada hari. dengan adanya Islam pada hari ini. Kelak ditanya di akhirat nanti, apa bukti kamu telah melaksanakan tugas kamu sebagai khalifah di dunia? Kitalah yang menjadi saksi kepada Rasulullah bahawa Baginda telah selesai melaksanakan tugas dengan sempurna. Sehingga kita masih mendapat nikmat Islam itu pada hari ini.

Ya! kita adalah khalifah! jangan lupa tu..

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah : 30)

dan siapa pula yang akan menjadi SAKSI kita nanti??

Sedarlah saudara dan saudari tentang tanggungjawab kita. Tanggungjawab menyampaikan. Tanggungjawab ini ialah kamu melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq yang kamu imani dan kamu akui sebagai agama kamu.

Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan cara kamu menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia. Ya SELURUH! melalui amalan soleh yang kamu lakukan, melalui akhlak terpuji yang kamu miliki serta melalui pemerintahan kamu yang adil dan betul.

Kenapa?

Supaya pada hari di mana segala SAKSI bangkit menyatakan PENYAKSIAN mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka.

Allah Ta'ala berfirman dalam surah Al-Baqarah : 143,

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (Al-Baqarah : 140)

Kita tidak mahu menjadi orang yang zalim bukan?

Janganlah kita pada hari ini menjadi seperti kaum bani Israel yang pada masa dahulu menyembunyikan keterangan ini walhal mereka tahu akan kebenarannya. Kaum Yahudi yang ada kalanya menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Tenggelam dalam kezaliman. Dan akhirnya, segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran. Mereka ini adalah kaum yang dilaknat Allah selama-lamanya. Mahukah kita menjadi seperti kaum yahudi ini??? Tepuk dada, tanyalah akal dan hati.

Islam telah sampai kepada kita dan kita juga telah sedar tentang tanggungjawab kita di dunia ini iaitu sebagai hamba dan khalifah. Jadi, tidak ada alasan di akhirat kelak untuk kita berdalih atau mengatakan bahawa kita tidak diberitahu atau tidak mengetahui.

Supaya di akhirat kelak, kita tidak akan disalahkan oleh kawan kita sendiri (orang islam dan bukan islam) kenapa kita tidak memberitahu mereka tentang ini. Kerana Allah tidak akan menghukum orang yang tidak mengetahui, tetapi Allah akan menghukum kita atas apa yang orang lain yang sesat lakukan akibat kecuaian kita sendiri yang tidak melaksanakan tanggungjawab kita sebetulnya.

teringat kata-kata seorang sahabat ana,

"By default, kita sememangnya telah berbai'ah dengan Allah! Baton telah diserahkan ke tangan kita, kita yang memilih samada mahu berlari, merangkak, atau menjalar untuk menunaikan amanah besar ini. Yang pasti, memilih untuk duduk diam dan menyembunyikan kebenaran bukanlah satu pilihan ahli syurga."

Hmm... Macam mana? dah faham? Jadi apa yang perlu kita buat?

Pastinya anda sendiri lebih mengetahui...

"Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada api neraka." (hadis riwayat Bukhari & Tarmidzi)

wallahua'lam.

dapat sepupu lagi~~


Alhamdulillah
pada tanggal
01.01.2010
jam 5.42 pagi
mak cik wani telah selamat melahirkan cahaya mata yang ke 3
seberat 3.5kg [kalah kite waktu kecik]
syukuuuuuur..
tahniah pak cik dan mak cik!!
haikal yg kecik pun tak tahu dia dah dapat adik baru..
hehe...xpe2
Haikal dah jadi abang sekarang..
Aisyah plak dapat lagi adik..
Jaga adik baik2 taw..
tolong mak dengan ayah..
huhu ^_^

jom tengok pic baby
comel2


muka macam ayah dier.. hehe




nyenyak tidur..


puteri aisyah
jadi kakak yang baik ye~


muhammad haikal
selamat menjadi seorang abang!~
huhu.. gaya!! otomen gaya!



"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu." Al-Baqarah : 143

wallahua'lam.