::[ adab-adab Qiyamullail ]::


Qiyamullail merupakan ibadah yang terpenting yang mesti dipelihara oleh kita. Kebanyakan daripada kita tidak mudah melaksanakannya dalam kehidupan harian. Oleh itu hendaklah dia menyusun waktunya supaya dia dapat berqiyamullail setiap malam, mudah-mudahan Allah menuliskan baginya pahala. Allah juga memuji mereka yang berqiyamullail dan memuliakan mereka melebihi orang-orang lain.

"(Engkaulah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya) : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." - (Az-Zumar : 9)

Disunatkan kepada mereka yang ingin berqiyamullail supaya tidur awal. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidur awal malam dan bangun pada akhir malam bersolat. Hendaklah mengurangkan makan supaya tidak berasa malas dan disunatkan juga berniat sebelum tidur untuk bangun berqiyamullail.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Tidak seorangpun berniat menunaikan solat malam, lalu dia tertidur melainkan akan dicatatkan baginya pahala solat dan tidurnya adalah sedekah untuknya." (Riwayat empat perawi melainkan at-Tarmizi)

Apabila kamu terjaga daripada tidur sapulah muka dan bersugi kemudian berdoalah sbagaimana doa Rasulullah s.a.w. Kemudian dia hendaklah memulakan qiyamnya dengan dua rakaat solat yang ringkas.

Janganlah seseorang itu menunaikan solat dalam keadaan memaksa sedangkan dia penat dan mengantuk. Ketika ini adalah lebih baik dia tidur sehingga hilang mengantuknya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Apabila seseorang kamu berqiyamullail kemudian pelik bacaan al-Quran pada lidahnya sedangkan dia tidak sedar apa yang dibacanya hendaklah dia berbaring." - (Riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Disunatkan bangun qiyamullail pada sepertiga akhir malam, walaupun harus diakukan pada pertengahannya atau akhirnya selagi selepas solat isya'.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Tuhan kami akan turuun setiap malam ke langit dunia apabila tinggal sepertiga akhir malam dan berkata : Sesiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan memperkenankannya. Sesiapa yang meminta daripadaKu Aku akan memberikannya. Sesiapa yang beristighfar kepadaKu akanKu ampunkan dosanya." - (Riwayat enam perawi melainkan Nasaie)

Disunatkan setiap orang menunaikan solat sebanyak sebelas rakaat. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya : "Solat Nabi waktu malam ialah sebelas rakaat dan berwitir dengan satu sujud (satu rakaat)." - (Riwayat enam perawi dan ini lafaz Muslim dan Abu Daud)

holiday plan

salam aleyk~(*)

straight to the topic, list of things that i want to do during this summer holiday...
actually, i never think about it yet.. so lets think about it now!



1. playing with PAiNT would be a very fun thing to do.. hehe ('o,-)v
but...somehow i wonder what colour should it be for my bedroom? my friend gives his opinion about painting the bedroom with either PiNK or PURPLE..! hurmm, let say... what about if i paint them with both colours.. i love both colour..heee =D


example picture if it was paint with pink! not bad~

2. I would like to spent day or days at my grandma's house. It has been a long long time ago since my last spent night there. InsyaAllah, biiznillah.. I will try to look forward for the perfect time. hehe. Iman-nee, lets go together! Maybe after this, Pak Ndak will say like this, "mak, jom kita bela iman ngan ihsan!" hehe (^___^) besides, I can give the white kuaci to him. He really loves it. ahaa...one more thing, I can eat mak tok's Qasidah home made. yummy~


3. Shopping!~Before i got back to Egypt, i want to buy some stuff. Besides, the Eid's day is almost near. So, i'm going to buy all the needs for preparation in celebrating the Eid's. "baju raya", new shoes, kuih tunjuk, hehe.. n so on. Mom, are we going to make kuih raya this year? lets make Almond London! it was a long story where we baked our last Almond London. After the BiG Bang!! from the oven, there were no more baked cookies for raya. =( how sad! hehe. waiting for dad to buy new ONE! =D


4. SPoRTs. Being in Egypt, i didnt have the time to go for sports. Its not about the lack of time actually. There was the time. But, its hard for me to manage the time for sports. hehe.. dunno why? maybe the surrounding of mine that make me forget about all sort of things about sports. yes! here i am. in Malaysia.. so, during this short stay, i would like to play as much as i can. badminton, bowling, ping pong, and anything possible for me to play with. hihi~ i hope i'm not just typing this but i want to do it for real. nahnu nufakkir Allahu yudabbir..

5. huhh... i'm tired now, can i have some sleep+rest by now? hehe... dats also ONE of my planning! hee =D ....still in jetlag mode [alasan semata-mata] haha~

ok gtg.. till the next post!
salam aleyk~
happy Ramadhan Mubarak~


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.




‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)




al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.




Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)




Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.




Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)




Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.




Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

alkisah...

salam...

syukur alhamdulillah dirafakkan ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan kasihnya dapat lagi ana bersama-sama Ramadhan pada tahun ini..
dan Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk melakukan rukun wajib dan sunat di bulan yang penuh barakah ini...
diharap korang pun begitu juga...
semoga sentiasa sihat sejahtera..klu ada yang sakit tu, makan lah ubat..
walaupun sakit dan sihat itu semuanya menurut kehendakNya, tapi manusia juga perlu ada ikhtiar supaya dapat sembuh.. supaya dapat terus melakukan amal ibadah kepadaNya.. insyaAllah..

sebenarnya tak tahu apa untuk ditulis...
tetapi ingin berkongsi jugaklah sesuatu walaupun sedikit..
bulan ramadhan ni bulan yang penuh kemuliaan..
setiap amalan kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda...
begitu jua dengan dosa.. juga berlipat ganda...jangan lupa tu!
ingin sekali ana berkongsi kisah yang berlaku di hadapan mata ana sendiri..
di Bumi Mesir, Ardhu kinanah ini...di bulan ramdhan yang mulia ini...
masih ada lagi umat2 Islam kita yang leka dan lalai menurut hawa nafsu..
sedangkan syaitan sudah diikat...namun inilah dikatakan ujian...
apa yang ana lihat baru-baru ini adalah...
sepasang couple arab muslim bercumbu2an di kedai makan..
astaghfirullah... apa yang dapat kami buat?
lalu....ana pun panggilah waiter di kedai tu, lalu menyuruhnya menegur pasangan couple itu..
supaya tidak berbuat demikian.. tambahan lagi di bulan ramadhan ini...
lelaki tersebut yang sebaiknya pergi berjemaah sunat teraweh di masjid..
tetapi keluar ber"date' plak...haizz... Astaghfirullahalazim..
asalnya couple ini duduk di tempat yang lain..
memandangkan kehadiran kami yang ramai ke kedai tersebut dan duduk berhampiran dgn mereka..
lalu mereka menukar tempat duduk di hujung corner kedai..
apa la nak jadi manusia zaman sekarang...
sudah xda malu... bercumbu2an di hadapan kami sendiri...
sakit betul mata melihat..ingin saja kusimbah air ke muka mereka..
tetapi itu bukanlah cara yang betul..
Dakwah juga perlu berhikmah..
dan ana hanya mampu mencegah setakat yang ana mampu..

berbalik kepada waiter tadi..
dia lalu memanggil si lelaki tersebut lalu mereka masuk ke dalam bilik untuk bercakap..
entah apa yang dicakap oleh waiter tersebut ana pun tak tahu..
keluar sahaja...xda perubahan pun yang berlaku..
couple tu masih lagi begitu..
apa nak jadi lah...aku sudah jalankan tugasku...
terpulanglah nak terima ke x...
lalu, kami tidak menghiraukan mereka..
sedar2 mereka sudah pun blah...
entah bila...haha..aman dunia...sejukk kedai.....

wahai sahabatku sekalian...
ambillah pengajaran dan iktibar...
bulan ramdhan ini juga merupakan bulan ujian bagi kita umat Islam..
kawallah nafsu anda..
jagalah maruah diri dan keluarga anda..
tambahan kita sebagai umat Islam!!
malulah anda untuk melakukan perkara2 seperti itu...
sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman...
dan juga banyakkanlah amal ibadah kita sepanjang bulan ramadhan ini..
perbanyakkan solat2 sunat, zikir, tadarus quran dsb..
ikhlaskan niat demi mendapat keredhaanNya...

teringat ana pada kata2 ustazah nadia dari singapore,

STYLE of SOLAT ni ada 3 :
1. Solat kerana hendakkan syurga, takutkan neraka..
2. Solat kerana sayangnya dan cintanya kepada Allah..[seperti Rabia'tul Adawiyah]
3. Solat kerana bersyukur.. [seperti Rasulullah]

~...jadikanlah solat itu sebagai hiburan - Apabila hati kamu gelisah dan tidak tenang, hilangkanlah gelisahmu dan tenangkanlah dengan mengerjakan solat..~

wallahua'alam...