salam...
syukur alhamdulillah dirafakkan ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan kasihnya dapat lagi ana bersama-sama Ramadhan pada tahun ini..
dan Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk melakukan rukun wajib dan sunat di bulan yang penuh barakah ini...
diharap korang pun begitu juga...
semoga sentiasa sihat sejahtera..klu ada yang sakit tu, makan lah ubat..
walaupun sakit dan sihat itu semuanya menurut kehendakNya, tapi manusia juga perlu ada ikhtiar supaya dapat sembuh.. supaya dapat terus melakukan amal ibadah kepadaNya.. insyaAllah..
sebenarnya tak tahu apa untuk ditulis...
tetapi ingin berkongsi jugaklah sesuatu walaupun sedikit..
bulan ramadhan ni bulan yang penuh kemuliaan..
setiap amalan kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda...
begitu jua dengan dosa.. juga berlipat ganda...jangan lupa tu!
ingin sekali ana berkongsi kisah yang berlaku di hadapan mata ana sendiri..
di Bumi Mesir, Ardhu kinanah ini...di bulan ramdhan yang mulia ini...
masih ada lagi umat2 Islam kita yang leka dan lalai menurut hawa nafsu..
sedangkan syaitan sudah diikat...namun inilah dikatakan ujian...
apa yang ana lihat baru-baru ini adalah...
sepasang couple arab muslim bercumbu2an di kedai makan..
astaghfirullah... apa yang dapat kami buat?
lalu....ana pun panggilah waiter di kedai tu, lalu menyuruhnya menegur pasangan couple itu..
supaya tidak berbuat demikian.. tambahan lagi di bulan ramadhan ini...
lelaki tersebut yang sebaiknya pergi berjemaah sunat teraweh di masjid..
tetapi keluar ber"date' plak...haizz... Astaghfirullahalazim..
asalnya couple ini duduk di tempat yang lain..
memandangkan kehadiran kami yang ramai ke kedai tersebut dan duduk berhampiran dgn mereka..
lalu mereka menukar tempat duduk di hujung corner kedai..
apa la nak jadi manusia zaman sekarang...
sudah xda malu... bercumbu2an di hadapan kami sendiri...
sakit betul mata melihat..ingin saja kusimbah air ke muka mereka..
tetapi itu bukanlah cara yang betul..
Dakwah juga perlu berhikmah..
dan ana hanya mampu mencegah setakat yang ana mampu..
berbalik kepada waiter tadi..
dia lalu memanggil si lelaki tersebut lalu mereka masuk ke dalam bilik untuk bercakap..
entah apa yang dicakap oleh waiter tersebut ana pun tak tahu..
keluar sahaja...xda perubahan pun yang berlaku..
couple tu masih lagi begitu..
apa nak jadi lah...aku sudah jalankan tugasku...
terpulanglah nak terima ke x...
lalu, kami tidak menghiraukan mereka..
sedar2 mereka sudah pun blah...
entah bila...haha..aman dunia...sejukk kedai.....
wahai sahabatku sekalian...
ambillah pengajaran dan iktibar...
bulan ramdhan ini juga merupakan bulan ujian bagi kita umat Islam..
kawallah nafsu anda..
jagalah maruah diri dan keluarga anda..
tambahan kita sebagai umat Islam!!
malulah anda untuk melakukan perkara2 seperti itu...
sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman...
dan juga banyakkanlah amal ibadah kita sepanjang bulan ramadhan ini..
perbanyakkan solat2 sunat, zikir, tadarus quran dsb..
ikhlaskan niat demi mendapat keredhaanNya...
teringat ana pada kata2 ustazah nadia dari singapore,
STYLE of SOLAT ni ada 3 :
1. Solat kerana hendakkan syurga, takutkan neraka..
2. Solat kerana sayangnya dan cintanya kepada Allah..[seperti Rabia'tul Adawiyah]
3. Solat kerana bersyukur.. [seperti Rasulullah]
~...jadikanlah solat itu sebagai hiburan - Apabila hati kamu gelisah dan tidak tenang, hilangkanlah gelisahmu dan tenangkanlah dengan mengerjakan solat..~
wallahua'alam...
aplikacja squid
8 years ago
0 comments:
Post a Comment