Photobucket

baby oh baby..

salam aleyk

saje nak update sket..
tadi dah dapat gambar baby girl
bafuad and kak kiah..
sihat dan besar baby tuh
3kg


comel kan?


nyenyak je tido..
(xpyh pk psl exam)

seronok jadi baby..
hehe..


xde nama lagi..
macam2 cadangan orang bagi..
xpe2..
syarifah alia adriana pun sedap..
syarifah sofea pun lembut je..
hihi..


tunggu ye..
lepas exam kitorang turun Cairo ye..
huhu..


k, dah..

nk study plak..
wassalam.

:: Analisis Anatomy 2nd year ::

Salam aleyk

as usual..
the analysis based on past year questions..
ANATOMY
2nd year

from chibe Iljimae

p/s : sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


head & neck


head & neck


lower limb


embryology


neuroanatomy


'teruskan melangkah melakar kejayaan yang diimpikan'


"No one can go back and change a bad beginning,
but anyone can start now
and create a successful ending..."


sekian,
wassalam.

undefined..


Today is where your book begins
The rest is still unwritten..


kelahiran pertama..

hari ini,
22 Mei 2009
bersamaan dengan Jumaat yang tenang,
about 10am i guess,
seorang puteri sulong telah selamat dilahirkan..

Alhamdulillah..

kak kiah and ummu during Perubatan's Sport Day 09


Tahniah diucapkan kepada bafuad and kak kiah!
'Selamat Hari Bapa!' & 'Selamat Hari Ibu!'
huhu =)

didoakan semoga baby dan maknya sihat-sihat selalu ye..
semoga baby bakal menjadi srikandi Islam dan mujahidah sepanjang zaman.. (^_^)v

ameen..

upss.. buku histo dah panggey..
xleh lama sket berenggang,
rindu la tu..
haha..
k, bittawfeeq wannajah kpd yg bakal exam esok, lusa, tulat, or pada setiap ujian dalam
hari-hari sepanjang hidup..

Photobucket
*wassalam*

jauh, lebih dekat..

In the name of Allah..

just for update besides the posts about final exam, post kali ini ana ambil daripada blog seorang sahabat ana... and i would like to share it with my dear readers..

saat itu aku keliru,
suara hati ataupun emosi,
jeritan hati ataupun ligatnya akal,
antara kemaafan atau terus mempersoalkan..

kalau benar cinta, maka tiada cemburu..
kalau benar cinta, maka tiada persoalan..
kalau benar cinta, tak mungkin akan kecewa..

pasti aku yang bersalah,
membenarkan cinta yang tak pasti,
membawa diri jauh dari yang hakiki,
mencipta angan yang goyah..

Tuhan kini aku berserah,
ya, mungkin telah berkali-kali ku serahkan hati ini,
namun hati itu kembali mencari yang bukan hakiki,
jelas belum kuat hati itu untuk dibawa berjalan,
terus dalam perjuangan..

Kini, kuserahkan sekali lagi,
jangan Kaupulangkan lagi, Tuhan,
jangan Kaulepaskannya lagi, Tuhan,
jangan Kauizinkan ia terbahagi lagi, Tuhan,
kerana sesungguhnya hati itu jua bukan milikku,
tetapi milikMu semata..

bagaimanakanku serahkan hidup dan mati untukMu,
kalau masih ada yang terasa kumiliki,
Tuhan, kupulangkan segalanya.

Kuserahkannya hanya untukMu,
Genggamlah ia dalam kekuatan iman,
Terangilah ia dengan kebebasan cahaya,
Saratkanlah ia dengan rindu hanya kepadaMu,
Kuatkanlah ia dengan semangat perjuangan..
Pulihkanlah luka remuk yang ada padanya..

Biarpun aku jauh daripada bahagia yang sementara,
Tenangkan aku dengan bahagia yang selamanya.

aku hanya ingin berada,
jauh
lebih
dekat
padaMU..

Tuhan terimalah kepulanganku. tetapkan langkahku. kasihani kelemahanku. ampuni dosa-dosaku.


best kan? sebagai renungan, Belajarlah mencintai Dia sebelum kau belajar mencintai manusia.. kerana Dia yang menciptakan manusia.. dan Dia jugalah yang menciptakan cinta..

wallahua'lam..

its not too late to say..


Semasa kita berumur 1 tahun,
Ibu menyuapkan kita makan & memandikan kita..
kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam..

Semasa kita berumur 3 tahun,
Ibu menyediakan makanan istimewa dan berzat untuk kita..
kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai..

Semasa kita berumur 4 tahun,
Ibu membelikan kita crayon..
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah..

Semasa kita berumur 5 tahun,
Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya..
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila terjatuh ke dalam lopak..

Apabila kita berumur 7 tahun,
Ibu menghantar kita ke sekolah..
kita membalas budinya dengan menjerit, "CEK XMAW P SKOLAH!!"

Semasa kita berumur 10 tahun,
Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain..
kita langsung tidak menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghantar kita..

Apabila kita berumur 11 tahun,
Ibu membelikan kita sebijik bola sepak..
kita membalas budi ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita..

Semasa kita berumur 12 tahun,
Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV..
kita membalas budi ibu dengan asyik menonton TV sebaik sahaja ibu keluar rumah..

Apabila kita berumur 13 tahun,
Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan..
kita membalas budi ibu kita dengan berkata bahawa ibu tak ada "TASTE"

Apabila kita berumur 16 tahun,
Ibu inginkan dakapan setelah penat bekerja sehari suntuk..
kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik..

Apabila kita berumur 17 tahun, dan lulus peperiksaan,
Ibu menangis gembira..
kita membalas budi ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam..

Apabila kita berumur 19 tahun,
Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti,
mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita..
kita membalas budi ibu dengan bersalaman dengan ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan..

Apabila kita berumur 21 tahun,
Ibu bertanya apa cita-cita kita..
kita membalas budi ibu dengan berkata, "SAYA XMAHU JADI MACAM IBU!"

Apabila kita berumur 23 tahun,
kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri..
kita lupa untuk menziarahinya dan menelefon bertanya khabarnya..

Apabila kita berumur 27 tahun,
Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita..
kita membalas budinya dengan berkata, "Zaman sekarang lain la ibu!"

Apabila kita berumur 40 tahun,
Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung..
kita membalas budi ibu dengan berkata, "Saya sibuk la..!"

Apabila kita berumur 50 tahun,
Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang..
kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple serta merungut tentang kesibukan kerja lalu terpaksa balik segera..

dan kemudian,
pada suatu hari...
Ibu meninggal dunia..
dan tidaklah kita sempat untuk membalas jasa-jasa ibu..
tidak sempat jugalah kita mengucapkan
bahawa kita sayang ibu..

like Dr.Hussein said,
the present is a gift..
if we lose the present, we lose the gift..

so,
what should we do know?
i'm sure you know the answers..

"Happy Mother's Day!"
LOVE YOU MOM


hugs and kisses,


Analisis Histology 2nd Year

salam aleyk~
Alhamdulillah, physio dah lepas...
semoga kita semua dapat najah insyaAllah..

erm, ni plak..
analisis untuk subjek yg akan datang..
Histology~

mcm biasa..
sape yang rasa nak,
boleh je amek
ini je yang dapat ana sharekan..
semoga bermanfaat..

and utk maklumat,
'rasanya' Histology bab 9 xyah bace..
mmg xde soklan yg kuar dr tajuk tu
klu rajen baca la.. =)




jangan sedih2..
teruskan berusaha ye!
insyaAllah doa selalu........
Dia Maha Mendengar..


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
[Surah Ali-'Imraan : 139]

Analisis Physiology 2nd Year~

di sini ada analisis soalan physiology yang chibe Iljimae wat based on past years questions ye..
klu sape2 yang rasa nak, boleh la amek..

p/s : sila klik pada gambar utk tatapan lebih jelas dan terang..!


sekian, terima kasih.. =)

In the name of Allah..

Satu peristiwa ketika perang antara umat Islam dan orang musyrikin. ketika mana sewaktu bertempur, seorang musuh telah tersungkur ke tanah ketika berlawan dengan Saidina Ali bin Abi Talib, menantu Rasulullah yang juga merupakan antara 10 orang yang dijanjikan syurga. bila-bila masa sahaja ketika itu pedang Saidina Ali bisa membunuh musuh tersebut. Tetapi, tiba-tiba musuh tersebut meludah ke arah Saidina Ali. Lalu Saidina Ali memalingkan dirinya dan meninggalkan musuhnya itu dalam keadaan terpinga-pinga dan seolah-olah tidak percaya dengan tindakan Saidina Ali itu. dan apabila kedua-dua pihak lawan telah pulang ke khemah masing-masing, tinggallah mereka berdua sahaja yang masih tidak pulang. musuh tadi lalu bertanya kepada Saidina Ali, ''mengapa engkau tidak membunuhku tadi sedangkan ketika itu memang kau berpeluang untuk membunuhku, dan sebelum itu kau sangat beria-ria hendak membunuhku?'' Saidina Ali menjawab, "keinginanku untuk membunuhmu tidak lain hanyalah semata-mata kerana Allah, dan sewaktu kau meludah ke arahku, aku menjadi marah, dan aku tidak mahu membunuhmu kerana aku marah dan untuk membalas dendam".

Lihatlah betapa Saidina Ali mementingkan niat dan meletakkan Allah di hadapan setiap amalannya.. betapa hebatnya para sahabat dalam menjaga niat mereka.. Bagaimana pula tahap iman kita?? Letakkan diri kita dalam situasi Saidina Ali pada ketika itu, apakah yang akan kita lakukan? Mungkin kita sudah lama membunuh musuh itu dengan kejamnya.. disebabkan marah dengan perbuatannya itu.. Alhamdulillah jika kita tidak berbuat demikian.. semoga hari ini masih ada orang yang seperti itu..

rasanya mesti semua orang sudah maklum tentang kepentingan niat dalam setiap amalan kita. tapi sejauh manakah kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita? sejauh manakah ianya terserap dalam hati kita?

sesuatu amalan yang diterima Allah adalah :
- amalan yang diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah
- menurut landasan syara'

walaupun kita sudah sering dan selalu serta sokmo mendengar tentang tajdid niat, tetapi janganlah sekali-kali memandang enteng tentang kepentingan niat ini.. jangan juga mengambil mudah kerana...

ingatlah, boleh jadi sesuatu amalan besar itu menjadi sekecil-kecil amalan hanya kerana niat, dan boleh jadi amalan yang kecil menjadi besar... juga hanya kerana niat..

dalam surah Al-Kahfi ayat 104 :


Maksudnya : iaitu orang-orang yang perbuatannya sia-sia dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.

semoga kita tidak termasuk dalam golongan 'mereka' yang segala amalan-amalan yang disangkakan bisa menjadi bekal di akhirat nanti sebenarnya hanyalah seperti debu-debu berterbangan di udara dan tiada nilainya.

seperti yang terdapat dalam surah Al-Furqan : 23


Maksudnya : Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagai) debu yang berterbangan.

kesimpulannya, niat harus diaulakan dalam segenap perbuatan kita sehari-harian.. niat ikhlas semata-mata kerana Allah. InsyaAllah semoga setiap satunya mendapat mardhatillah dan terpelihara dari tersasar dari landasan sebenar.. letakkan Allah di hadapan segala amal perbuatan kita. study kerana Allah, exam kerana Allah, pergi tgk jar kt muzium anat kerana Allah, dan sebagainya. bukan susah sebenarnya, cuma xpernah dilatih dan tak pernah dijadikan tabiat [pesanan tuk diri sendri nih].

yang baik itu datangnya daripada Allah begitu juga yang buruk juga daripadaNya tetapi disandarkan ke atas diri ini yang serba lemah dan hina. maaf andai ada tersilap kata, tersasul bicara. jika ada yang silap, mohon berikan teguran supaya bisa dijadikan pengajaran buat masa yang akan datang. wallahua'lam. Photobucket

fi qalbi..

::KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM::

  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan berjumpa tenang dan damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qada' dan qadarNya serta senantiasa sabar sehingga menemuiNya.
  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

.salam muhasabah.
C.i.N.T.A.L.L.A.H

-::---------------------------------::-


Alhamdulillah,
akhirnya setelah bersusah payah mencuba dan mencuba..
anti virus KIS 2009 telah berjaya di uninstall..
dan telah berjaya juga di install semula..
dan telah dapat berfungsi dengan baik semula..
Alhamdulillah..
terima kasih kepada sumaiyyah yang telah menyumbang
bantuan 'pernafasan' (Trojan Remover) kepada laptop ini
ketika ia sedang sarat dengan malware2 yang telah
memenuhi ruang-ruang dan lompang-lompang kosong
di dalam HD ku ini... fuhh!
ok lah..
back to the books and notes!
typing off
...
wassalam