"(Engkaulah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya) : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." - (Az-Zumar : 9)
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Tidak seorangpun berniat menunaikan solat malam, lalu dia tertidur melainkan akan dicatatkan baginya pahala solat dan tidurnya adalah sedekah untuknya." (Riwayat empat perawi melainkan at-Tarmizi)Apabila kamu terjaga daripada tidur sapulah muka dan bersugi kemudian berdoalah sbagaimana doa Rasulullah s.a.w. Kemudian dia hendaklah memulakan qiyamnya dengan dua rakaat solat yang ringkas.
Janganlah seseorang itu menunaikan solat dalam keadaan memaksa sedangkan dia penat dan mengantuk. Ketika ini adalah lebih baik dia tidur sehingga hilang mengantuknya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Apabila seseorang kamu berqiyamullail kemudian pelik bacaan al-Quran pada lidahnya sedangkan dia tidak sedar apa yang dibacanya hendaklah dia berbaring." - (Riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)Disunatkan bangun qiyamullail pada sepertiga akhir malam, walaupun harus diakukan pada pertengahannya atau akhirnya selagi selepas solat isya'.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tuhan kami akan turuun setiap malam ke langit dunia apabila tinggal sepertiga akhir malam dan berkata : Sesiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan memperkenankannya. Sesiapa yang meminta daripadaKu Aku akan memberikannya. Sesiapa yang beristighfar kepadaKu akanKu ampunkan dosanya." - (Riwayat enam perawi melainkan Nasaie)
Disunatkan setiap orang menunaikan solat sebanyak sebelas rakaat. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya : "Solat Nabi waktu malam ialah sebelas rakaat dan berwitir dengan satu sujud (satu rakaat)." - (Riwayat enam perawi dan ini lafaz Muslim dan Abu Daud)