Photobucket

little but something~

In the name of Allah..

malam ni begitu sejuk terasa..
bayu malam yg dingin membuatkan diri ini menggigil..
mencari kehangatan 'dafayah' atau heater atau pemanas..
mengenangkan 'imtihan' mid year yg bakal menjemput tidak lama lagi...
bertambah kerisauan, ke'menggigil'an, ketakutan dalam diri ini..
terasa begitu pantas masa berlalu..
masa yang berlari meninggalkan diri ini..
yang masih terkapai-kapai di dalam dunia realiti..
mencari-cari sesuatu yang hilang!
di manakah telah kutinggalkan ia?
baru ku sedar kini...
ia telah pergi dan xkan kembali..
kali ini..
aku tidak bisa membiarkan ia pergi begitu sahaja...
aku tak ingin kehilangannya lagi..
aku harus mengejarnya..
agar ia tidak lari meninggalkan aku..
agar aku dapat seiring dengannya...
bersama-sama..
agar aku bisa menikmati setiap detik yang ada..
sebelum yang ada menjadi tiada..
Ya Allah..kuatkan aku..
berikan aku bimbinganMu..
agar aku tidak jauh ditinggalkan......MASA!


Firman Allah SWT :

وَالْعَصْرِ
Demi Masa!

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

>>>>>.<<<<<

Middle Year Examination Schedules
for 2nd Year students
of Mansoura University

21.01.2009 (Wednesday) - PHYSIOLOGY
25.01.2009 (Sunday) - ANATOMY
27.01.2009 (Tuesday) - HISTOLOGY
29.01.2009 (Thursday) - BIOCHEMISTRY

*kullu fi sa'ah 10 sobahan!

Bittawfeeq Wannajah!
Doakan kejayaan bersama!

*~wassalam~*

FITRAH yang menjadi FITNAH


~FITRAH YANG MENJADI FITNAH~


Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH SWT kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya.


Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.



Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH SWT mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!


Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.
Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.
Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?


Allah SWT kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.


Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram, bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?


Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat diatas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.


ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH SWT. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?


Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.


Sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh
agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya".


Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH SWT. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH SWT, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.


Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!


Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?




Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung ke alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.


Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!


Wallahu'alam..



Okaasan is here! pt.II

Alhamdulillah, sepanjang keberadaan mak di mansurah, sempat jugak ana bawak mak berjalan-jalan di sini. Pergi souq (pasar), pergi universiti, masuk kuliah, pergi sikkah for 3 times, Pizza Party, Slamlek, Nile cruise waktu malam, Port Said (not in mansurah), Wekalah Mansurah (hehe...masuk jugak), Metro, dan bagi mak rasa makanan-makanan kat sini. Fatirah, Kusyari, Ruz bil Laban, Macarona bakar, dan lain-lain.. Ramai jugak mak kawan2 yang lain datang ke Egypt and of course Mansurah.. Mak dan ayah Husna (beyt Rizk), mak dan ayah Dayah, mak kak Nadia (dentist), mak Rozana.. dan sapa lagi ek?? erm...tu je kot.. yang ana tahu.

erm, xtahu lah nk tulis apa lagi.. hehe.. yang penting mak raya di mansurah tahun ni!! yeay!! dapat jugak merasa kuah kacang dan rendang daging masakan mak.. thanks mom... love you!

ok, jom tgk gambar pulak!

dalam kuliah (sumaiyyah mendengar dengan tekun apa yg diajar Mak Cik Firdaus! anak murid yang bagus!~)

~Nile cruise~

Lets Pizza Party!

lunch sewaktu di Port Said, "musyakkal" klu xsilap, thanks to Pak Lah. kami order apa yang diorang makan.. hehe~ sangat sedap dan fresh!

mak dan gerek (basikal) di hadapan masjid yang menjadi persinggahan kami untuk solat sewaktu di Port Said..

di Jambatan Talkha..
hajatnya ingin ke Asfour, malangnya kedai tutup pulak..haizz
xde rezeki..

di hadapan Beyt Iljimae

...
(i'm totally speechless!)
what about "lau samah! ........ maalish!"
hahahaha~ [hny dia saja yang tahu]

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. isk3

after the jamuan Korban Adha 08'
~stad gamaah~

dan sekarang pastinya seluruh warga mansurah berada di Nadi Nil bersempena program Introduction SC! huuuu~ maalish ya.. ana nggak bisa pergi kerana ana masih di Tanta.. =D
sampaikan salam buat Bazli dan Abdullah Fahmi ye!! hehe...

ok lah,
sampai sini sahaja dulu...
w.a.s.s.a.l.a.m

okaasan is here!

salam..
nak update sikit..
sepanjang seminggu nih..
apa yang berlaku??

pada tanggal 30 November yang lalu,
saya dan kak iman pergi ke Cairo untuk menjemput mak dan berjumpa dengan abah di Hotel Concorde, Dokki. Abah yang dalam perjalanan ke Kano, Nigeria transit di Cairo bersama mak. Di Cairo kami menyewa sebuah kereta Nissan Cefiro [klu xsilap..] Ustaz Mad. Sampai sahaja di hotel, kami menjemput mak dan mengucapkan selamat tinggal kepada abah! hee~ kami membawa mak berjalan2 di sekitar Cairo...

>> 1st place of course Giza Pyramid..


Qal'ah Salahuddin [Citadel]

Masjid Muhammad Ali

Selepas itu, kami bergerak ke Khan Khalili and Hussein...
dek kerana perut yang agak rancak berbunyi, kami pun makanlah dulu..

klu nak tahu, secawan kopi ni berharga LE10...fuhh!!
makanan belum dijamah kerana sedang menanti ayam masywi yang sgt sedap~

membeli-belah di Hussein

dan...
oleh sebab mak yang keletihan berjalan sepanjang hari..
kami pun balik ke tanta hantar kak iman dan kemudian ke mansurah..
kedatangan mak selama 2 minggu bermula di bumi mansurah~=)

* * * * * *

alamak, dah mengantuk lah....nanti pulak sambung ye..
hehe...terima kasih kerana membaca..

"Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan aku mati"
*~.wassalam.~*