Photobucket

Ya Rasulullah, ku merinduimu...

Detik-detik Rasulullah SAW menghadapi sakaratul maut...

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun eggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taatilah dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan padaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku :
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii..." - umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya??

Allahumma sholli 'ala saiyidina Muhamaad..

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Sedalam mana pula cinta kita terhadapnya...?



tiqah.. cek ghindu kat hampa.. huhu~

salam aleyk~

menjawab tag daripada cik tiqah yang sangat dirindui di sana...

write 25 facts about you. After that, tag 25 of your friends n the one who tagged you.

1. i'll try to gain more weight as people keep saying that i look sooooo thin... [any tips?]
2. i'll try to lose some cute as people keep saying that i'm cute... [any objection? hahahah~]
3. got banyaks tahi lalats! one at my chin is 'tahi lalat warisan' dari nenekku..
4. as usual.. seorang yang mudah kena selesema..
5. akan mual bila terhidu bau asap kenderaan! argghhh~

6. seorang yang tidak suka memakai kaca mata, cermin mata, spek mata, kanta mata dan sewaktu dengannya..
7. sinonim dengan 'merah' kot.. sbb? dari sekolah rendah sampai sekarang, rumah sukan adalah MERAH!
8. recently, fall in love with 'tennis'.. [searching for free time to play]
9. sangat suka bila ada orang belanja makan.. [ade ke org yg xsuka?]
10. xsuka membuat orang tertunggu, juga xsuka menunggu..

11. ada jam tangan, tapi xpernah pakai.. [agaknya ni ciri2 shaker kot ummu kn?]
12. selalu dilanda gejala keMALASan.. ohh~
13. pendiam 'kot'...
14. agak susah untuk membuat ekspresi muka or mimik muka.. [erm?? =.=']
15. tak suka apabila diberi arahan, disuruh itu ini.. sy akan buat sesuatu dgn kerelaan sendiri...

16. suka menyanyi? heee =D sorry shikin klu slalu ganggu ko ngah stadi or tido~
17. suka berangan... dan mengenangkan waktu kecik2 dulu..
18. suka berfikir... ntah apa yg difikir pun tatahu la..]
19. suka melawak dan gelak [klu dgn iman, hbehlaa... dulu mak abah pn slalu marah, memalam buta dok gelak kuk kik kuk kik, maalish yo mok pok..]
20. waktu rajin dan malas yang tak menentu dalam diri... hihi.. unpredictable mood.. like that ke?? hmmm..

21. suka bau hujan dan suka hujan! sangat memberi ketenangan... subhanallah..
22. kurang senang dan selesa apabila orang belas kasihan dgn diri ini... uhh~
23. suka berjalan-jalan or mengambil angin or MAKAN di waktu stress and depressed..
24. susah untuk menangis.. [sbb waktu kecik dah byk nanges 'kot' hehe]
25. xsuka ikut jadual! [sbb tu xde jadual belajar~ klu ada pun, xkn terikut..]
26. eh...dah hbeslah.. ingtkan belum cukup lagi... hoho

sbnrnya tag nih dah lama simpan dalam draft.. xleh nak pk n xsempat nak pk.. so isilah sikit-sikit.. haaa... hari ni baru hbes~ Alhamdulillah... huhu, selesai sudey~ thanks tiqah for the tag!!

sapa2 yang nak wat tag nih, sangat2lah dipersilakan... faddhol~ senkiuuu...

wassalam.. ('',)

muhasabah..

kehidupan ini adalah sementara..
dunia ini pentas lakonan..
manusia sebagai para pelakonnya..
dunia sebagai medan ujian..
untuk menguji para penghuninya..
bersyukurkah dia? atau lalaikah dia?
di sebalik kemewahan dan kekayaan..
kesenangan dan kesihatan..
ada juga..
yang dalam kesusahan..
kemiskinan..
ditimpa pelbagai musibah dan bencana..
ingatkah dirinya pada Sang Pencipta??
atau dia mula menyalahkan takdir yang menimpa dirinya?
ingatlah..
setiap apa yang ditakdirkan ke atasmu adalah daripadaNya..
usah persoalkan kenapa? dan kenapa?
sebaliknya bersyukurlah kerana kamu diuji..
kerana Dia sayang padamu..
kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untukmu..
tinggalkanlah segala neraca dunia..
kembalilah pada neraca Ilahi..
tingkatkan ketaqwaanmu bukan kekayaan wang ringgitmu..
kerana di sana nanti..
itulah yang akan menjadi nilai juga aset kita..
dan sesungguhnya jika manusia itu tahu bila ajalnya,
nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukan amal kebaikan..
dan tidak kurang juga yang bertaubat..
memohon diampunkan segala khilaf dan dosa..
ya Allah ya Tuhanku,
kau jadikanlah aku di kalangan hamba-hambaMu yang bersyukur..
ameen ya Rabb..

by,

at last.. she's 20!!


tanggal 17 Mac 2009..

merupakan satu titik sejarah dalam diri insan bernama Siti Norashikin Moktar..
Beliau kini mempunyai umur yang berkepala '2' di hadapan... 20!! yeay!~
kali ini tiada surprise party..
tetapi corak sambutan yang agak berlainan daripada sebelum ini..
apa yang kitorang wat??? meh2 tgk gambaq meh..


gambar ni waktu dah malam~


proses menyalakan arang/api pada jam 5 petang yang diwakili oleh saudari Ummu dan saudari Ihsan sendiri.. bertempat di balkoni bilik saudari Ihsan.. dan akhirnya biliknya berbau BBQ selama beberapa hari.. -.-' ohh, suatu kerja yang sangat mencabar dan memerlukan kesabaran dan kekuatan fizikal yang tinggi! komen saudari Ummu.. hehe =D


isk3.. beberapa kali saudari Ihsan menangis dek asap yang memedihkan mata
















menu-menunya adalah ayam BBQ, SATE ayam, nasi minyak ke?, acar timun, nasi himpit, kuah kacang, terung masak ape ek maio?, fries, puding 'tauhu' cocktail, rotatoes, xlupa jgak kek besday + CHEESE cake maio... huu~

MEREKA ambil gambar xajak orang!!~ =(


bersama birthday GIRL


members of da Chibe Iljimae


with DZURA ~thanks a lot!~


tiba-tiba kedengaran bunyi loceng rumah.. guess who? IMAN!! wah2.. iman datang membawa sedikit halawiyat (manisan) yang dibuat olehnya untuk shikin.. terharu sebab iman ingat birthday shikin...

dengan beyt RIZQ (husni + lin) dan IMAN (anak bongsu baba)



to my room's neighbour,

semoga dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
bertambah iman dan taqwa
semoga apa yang dicita-citakan tercapai
ukhuwah fillah abadan abada
semoga menjadi anak yang solehah
cemerlang dunia akhirat
saranghae yo..


love you,

update..........

salam aleyk~

update terkini...

- Alhamdulillah sekarang chibe Iljimae dah ada motor air dan sakhonah sudah boleh berfungsi..
sangat teruja melihat air yang begitu banyak sehingga melimpah2 ke ladang gandum dan jadilah koko crunch! hehehe =D nanti bila ada masa leh upload gambar air.. haha.. mandi pun sedap arr.. selama ini bukan xmandi taw! mandi.. tapi kena masak air berulang-ulang kali dengan cerek elektrik nan satu itu..

- Sedang mencuba menghabiskan novel yang secara tak tersengaja terbaca... dah terbaca kenala habeskan kn?kn? novel baru dari Malaysia... bertajuk 'Akhir yang Indah' by Azah Khalida.. banyak lagi novel2 yg lain.. tapi, xnak sentuh lagi.. sebab banyak lagi buku2 yg menanti, lower limb, neuroanatomy, physio lagiiii.... huuuuuuu~ =.=' <-- ingt kat dirah pny trademark!

- Chibe Iljimae jugak sudah ada kabinet dapur yg baru.... Syukran baba kecil.. hehehe... tapi belum sempurna sepenuhnya... nanti bila dah siap sepenuhnya baru leh upload gambar ye..




















-hari ini birthday BOBO.. kitorang telah wat surprise party utk bobo.. huhu.. ponat bonar nunggu bobo datang... seronok birthday girl dapat 3 biji kek~ huhu... Alhamdulillah, terima kasih to jijie, os, k.diah yang menjemput kami semua.. sedap nasi minyak.. wat lagi yer tuk besday kami nnt!! hehehe (^_^)v

nuna yang chumeyl~


- esok kakak ummu yang ke dua bakal diijabkabulkan.. chibe Iljimae turut meraikannya di sini dengan 'majlis berinai'.. hehehe... kira ok la tu kan? ada orang tu, sampai ke dinding dan bantal pun dipakaikan inai... haha.. bersungguh2 betul.. hahahah~ after all, Selamat Pengantin Baru diucapkan.. Semoga berkekalan ke akhirnya.. ummu! 2 orang dah lepas.. tinggal 2 orang lagi di atas anda... beratuq tunggu giliran naa... jgn potong2 taw~ =D

setakat ini dulu..
wassalam..


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu..

Perubatan's Sport Day

salam aleyk~

actually tataw nk komen apa.. sbb xikut dari awal... but, rasanya sgt best! haha.. grand gitu.. seronok lah! nampak hidup dan semua orang enjoy!~ [betul x?] kitorg satu rumah ditugaskan untuk menyediakan mknn utk ajk kecil.. sebanyak 150 orang.. dats y xdapat pergi dari awal.. huuu~ then, jadik ajk untuk tennis akhawat.. [serius penat giler...haha] jutaan terima kasih kepada juri2 yg sgt baik hati dan sanggup menolong kami.. and not to forget, tahniah to Mansouriyyin ikhwah dan jugak akhawat yang telah berjaya menyandang pasukan terbaik!! alfun mabruk! korang memang hebat! hehe.. dah.. tataw nk ckp pe lagi.. tgk gambar je la ek... [gambar sendri je la...hikhik]














kerja memotong bermula di malam hari... selesai pukul 4 pagi~ seperti perumpamaan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.. hehe =)


proses pempakejan dan pembungkusan pada esoknya.. selesai pada pukul 1.30 ptg.. cerita sewaktu memasak, saat round yg terakhir memasak... jeng...jeng..jeng... upss tetiba kelihatan api kian segan silu dan malu untuk menyala~ haha... semakin lama, semakin malap! ohhh tidakkk!! lalu berikhtiar menggoncang2 tong gas... ada perubahan.. api semakin besar!! tetapi, beberapa ketika selepas itu, ia kembali malap dan akhirnya terpadam.. erk, xnampak... xnampak.. heheh masing2 wat rilek seperti tiada apa2 berlaku... haha~ masing2 terus dgn proses membungkus sambil berdoa di dlm hati.. tiba2.. 'ktong..ktong..ktong!!' bagai pucuk dicita ulam mendatang! Alhamdulillah, pertolongan dariMu ya Allah disaat kami memerlukan.. terima kasih ya Allah =)






















1. k.iman di tennis court
2. kami comel kn? haha... [sory klu terperasan..]
3. kak kiah dan ummu.. [xsempat nk pau kak kiah blanja makan! kluar senyap2 ea.. hehe]










tatkala kebuhsanan melanda..
maka, inilah kesudahannya..


~TAMMAT~

eh....
blum lagi..
lupa plaks...

pasal tag nih : harap korang semua puas hati yer and maaf atas kekurangan & xseberapa.. masa yg terlalu suntuk tidak mengizinkan.. maaf jga andai jika kalau-kalau tag ni lebih besar sikit saiznya dr ajk besar.. kerana diriku tidak tahu dan tidak dimaklumkan ttg itu.. ;)