Photobucket

muhasabah..

kehidupan ini adalah sementara..
dunia ini pentas lakonan..
manusia sebagai para pelakonnya..
dunia sebagai medan ujian..
untuk menguji para penghuninya..
bersyukurkah dia? atau lalaikah dia?
di sebalik kemewahan dan kekayaan..
kesenangan dan kesihatan..
ada juga..
yang dalam kesusahan..
kemiskinan..
ditimpa pelbagai musibah dan bencana..
ingatkah dirinya pada Sang Pencipta??
atau dia mula menyalahkan takdir yang menimpa dirinya?
ingatlah..
setiap apa yang ditakdirkan ke atasmu adalah daripadaNya..
usah persoalkan kenapa? dan kenapa?
sebaliknya bersyukurlah kerana kamu diuji..
kerana Dia sayang padamu..
kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untukmu..
tinggalkanlah segala neraca dunia..
kembalilah pada neraca Ilahi..
tingkatkan ketaqwaanmu bukan kekayaan wang ringgitmu..
kerana di sana nanti..
itulah yang akan menjadi nilai juga aset kita..
dan sesungguhnya jika manusia itu tahu bila ajalnya,
nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukan amal kebaikan..
dan tidak kurang juga yang bertaubat..
memohon diampunkan segala khilaf dan dosa..
ya Allah ya Tuhanku,
kau jadikanlah aku di kalangan hamba-hambaMu yang bersyukur..
ameen ya Rabb..

by,

0 comments: