Photobucket

how close are you?


"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

Apabila ditanya apakah Al-Quran bagi kamu?, kita mengatakan bahawa Al-Quran adalah warisan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad kepada kita, Al-Quran adalah manual hidup kita. Seperti contoh kita membeli mesin basuh baru di rumah, kita memerlukan manual untuk rujukan dan panduan supaya mesin basuh baru yang dibeli dapat berfungsi dengan sempurna dan baik. Jika mesin basuh baru itu tadi, tidak dibekalkan dengan manual, terkapai2 dan terkial2 lah kita sendirian. Nak tekan butang yang mana satu ye? Dah la tulis dalam bahasa inggeris. Xfaham lah pulak! drain tu ape? untuk pusing kot? kenapa ada banyak sangat butang nih?? ahh.. pening2..

Macam tu lah jugak situasi dan keadaannya dengan diri kita sendiri. Al-Quran sebagai manual dalam kehidupan kita. Tanpa manual ini, kita pastinya hilang arah, dan mungkin tersesat jalan, xde petunjuk. Berapa ramaikah antara kita yang benar-benar mengambil Al-Quran sebagai manual hidupnya? Yang mengaku itu ramai sekali, tapi yang betul-betul mengamalkannya? Wallahua'lam. Sekadar pemerhatian ke atas diri sendiri sudah cukup untuk menjawab persoalan itu barangkali. Ramai antara kita yang masih jauh dengan Al-Quran. Walaupun hakikatnya sangat dekat sekali. Mana tidaknya, budaya meletakkan surah Yaasin di bawah bantal tidur kononnya dapat mengelakkan gangguan syaitan dan adik beradiknya.

Yaasin dibaca setiap malam Jumaat, dan surah Al-Kahfi dibaca pada setiap hari Jumaat. Apabila ditanya, kenapa kau baca Yaasin setiap khamis malam? kenapa kau baca Al-Kahfi hari jumaat eyh? kenapa xbaca surah Al-Buruj ke Muhammad ke? Kelu lidah tidak mampu menjawab soalan yang begitu ringkas dan mudah. Ada juga yang menjawab, entah, dulu-dulu nenek aku selalu pesan suruh baca Yaasin tiap2 malam Jumaat. Ada jugak yang menjawab, aku tengok semua orang baca hari khamis malam je, aku pun baca la jugak. budaya kot. Alhamdulillah. Alhamdulillah. bagusnya. Tapi xkan baca je? Kau tahu x apa yang kau baca tu? Sebulan 4x kau baca Yaasin, kau tahu x dalam Surah Yaasin ni ada 4 cerita? Kau tahu x apa cerita2 yang diceritakan dalam surah Yaasin tu? sekadar menggelengkan kepala dan menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu sudah menjawab persoalan ini.

Antara cerita yang ada dalam surah Yaasin ini adalah cerita tentang seorang yang bernama Habib An-Najjar. Habib ini mengajak orang ramai untuk mengikut Nabi. Sangat bersemangat mengajak orang untuk mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi sehinggakan perbuatan beliau ini menimbulkan kemarahan orang ramai lalu dia dibunuh. Alhamdulillah syahid buatnya. Habib berkata, "Alangkah bahagianya andai semua orang tahu aku dimana sekarang ini...". kisah ini boleh rujuk ayat 20-28. Lagi satu cerita adalah mengenai seorang pemilik kebun yang sangat sombong dan bongkak, lalu Allah telah menarik nikmat itu dengan memusnahkan kebunnya. Pernah tahu x kisah ini? Andai benar kita dekat dengan Al-Quran... kajilah Al-Quran itu, selamilah, berenang-renanglah di dalam ayat quran itu.. Pasti banyak yang kau peroleh.


Surah Az-Zumar (39:23)

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣


23. Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, Dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk Dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya.


Surah Al-'Araf (7:179)

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ (١٧٩)ôs

179. Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.


Surah Muhammad (47:24)

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ (٢٤)

24. (setelah diterangkan Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?


Kebanyakan kita mula mengenal dan membaca Al-Quran sejak sekolah rendah bukan? Sekarang umur sudah menginjak ke alam 20 tahun. Sudah berapa tahun anda berkenalan dan bersahabat dengan Al-Quran? erm.. paling kurang 10 tahun tu sudah tentu kan.. tetapi kenapa kita masih lagi jauh dengan Al-Quran? sedangkan jika hendak dibandingkan dengan kawan atau sahabat yang kita telah 10 tahun mengenalinya. Sudah tentu kita sudah tahu macam-macam tentang diri sahabat kita itu. Makanan kegemarannya, warna kegemarannya, sejarah hidupnya, latar belakang keluarganya. kan?kan?kan? Jadi, jom kita kenali Al-Quran dengan lebih dekat.


Al-Quran ibarat seorang yang pemurah. kenapa saya berkata begitu? Kerana Al-Quran memberi kita segala-galanya yang kita mahu dan kita cari. Kita nak tahu pasal kejadian manusia. nah.. Surah Al-Hajj (22:5)

5. Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang mengandung itu) apa Yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa Yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu Yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula Yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu Yang telah diketahuiNya dahulu. dan (ingatlah satu Bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan Yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman Yang indah permai.


Nak tahu kisah2 Firaun dahulu? or sirah? baaanyak... salah satunya surah Yunus (10:90)

90. Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, Dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat Yang genting itu): "Aku percaya, Bahawa tiada Tuhan melainkan Yang dipercayai oleh Bani Israil, dan Aku adalah dari orang-orang Yang berserah diri (menurut perintah)".


Rasa sedih dan dukacita? Dalam Al-Quran banyak sangat ayat-ayat yg dapat memberi semangat dan menghilangkan kesedihan.

Surah Al-Hadiid (57:22-23)

22. Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


Surah Ali-'Imran (3:139)

139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

Ada lagi.. Surah Al-'Ankabut (29:2)

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


Surah Muhammad (47:31)

31. Dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang Yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang Yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.


Apa lagi yang kamu cari? Semuanya ada terkandung dalamnya. Cuma hanya perlu di'explore' dan diteroka. Bacalah dengan HATI bukan AKAL. Jika kita boleh baca novel dengan hati sehingga boleh menangis, kenapa tidak pula bila kita membaca Al-Quran. Renung-renungkan.. dan selamat beramal ye Ihsan. Jangan tulis saje tapi xbuat. Eh, bukan Ihsan sorang taw, anda semua pun ye... hihi ^___^ Lets fall in love with Quran!

Wallahua'lam.


p/s : maaf andai ada mana2 kelemahan ye. sila lah tegur dalam komen kalau ada yang salah.

p/s : kawan2, jom berusaha untuk praktikal!

p/s : thanks untuk orang itu for the software yang banyak membantu dalam post kali ini.

0 comments: