Photobucket

♥ ujian kedua ♥

salam aleyk~

Alhamdulillah syukur dirafakkan ke hadrat Ilahi.. Habis juga akhirnya paper Biochemistry.. Bakal menjemput 9 Jun ini paper Physiology pula.. Rasanya jika nak dibandingkan dengan paper Anatomy of course laa paper Biochemistry lebih mudah.. So far, bagi ana sendiri paper esei lah yang paling susah.. sume subjek macam tu lah.. erm, MCQ Biochemistry bolehlah tahan.. Alhamdulillah banyak jugak yang keluar dari buku MCQ.. Tak rugi jawab malam tu.. hehe... Berbanding anatomy yang sikit sangat yang keluar dari buku.. Cuma nyer, waktu paper MCQ Biochemistry tu punyalah tunggu lama sementara nak mula.. Biasalah orang Arab.. Kerja sume last minute.. hurmm...sepatutnya timing start exam pukul 10 pagi.. sampai mengantuk dan pening kepala menunggu.. kertas soalan xsiap lagi?? haiz...dalam pukul 10.40 pagi baru la mula exam.. nasib baik la xsusah sangat sebab banyak juga yang masuk macam dalam buku MCQ.. lega lah jugak.. tapi bila fikirkan balik esei, huwaaa... tak tahula nak kata cmner.. kenapalah kesilapan selalu berulang.. Salah baca soalan la, cannot recall what i have read before.. mungkin sebab tidur tak cukup agaknya.. at least kena tidur 3 jam.. sebab tidur yang xcukup jugakla kena selesema... waa..sangat tension bila selesema... memang sepanjang fatrah imtihan ni betul-betul menduga.. boleh katakan everyday selesema.. bila selesema pening kepala sebab terlalu kuat pressure bila bersin! aachuuu! pastu mulalah rasa kepenatan yang sangat.. mengantuk laa.. hanya orang yang pernah mengalami saja yang tahu...iskk =( sebab tu ana xsuka makan ubat, lagilah mengantuk nanti.. bila mengantuk macam mana nak study? huuuu... 8-x mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.. Alhamdulillah la sebab ada yang dimudahkan olehNya.. Oral biochemistry ana dapat doktor vitamin! suka sangat..hehe =D mula-mula waktu tengah menunggu agak pening jugak sbb dalam list2 number utk lagnah xda number ana [1225]... ramai jugak orang lain yang xda number dalam list tu... kejap kitorg g dekat lagnah 12, kejap lagnah 11.. tanya2 doktor xde jgak nama.. haizz...cmne nih?? masalh betul.. boleh katakan sistem yang sangat2 tidak sistematik.. bila tanya balik dekat ammu yang jaga dalam bilik tu, rupanya ana lagnah paaaaaling last skali...lagnah 20.. memang xda dalam list pun... sebab doktor xda.. doktor dah habis... kena tunggu doktor yang dah habis oral utk lagnah lain, utk continue with our lagnah.. memang sangat penat..

but still sempat ag capture pic..hehe


sampailah hampir lengang department biochemistry tu, barulah doktor ada.. doktor vitamin.. doktor ni sakit dan xberapa sihat sebenarnya.. tapi dia nak takeover lagnah kitorang.. sebab kesian tengok kitorang kepenatan terlunjur atas lantai tepi dinding.. hehe... nasib baik tak tidur lagi... haha.. doktor vitamin yang tak diketahui namanya itu senyum dengan manisnya memanggil kami semua ikut dia untuk oral.. kami semua pun lantas bangun dan ikut dia.. untuk mempercepatkan proses, doktor panggil 3 orang sekali.. ana masuk dengan ain[duta] & kak shida... =D Alhamdulillah.. senang dan mudah2 jugak soalan doktor.. banyak soalan pasal vitamin.. ana kena soalan pasal vitamin antioxidant [vit. A, C dan E]... pastu dia tanya pulak pasal deficiency of vitamin B1.. hurm?? vitamin B1 adalah thiamine.. erm? alamak!! tetiba je jadik fully blank~ cannot recall anything.. selawat2 xdapat jugak.. xpela doktor tu bagi masa untuk fikir jawapan.. arrgghh...xdapat juga [padahal Beri-beri je pun] haizz.. cmne nih? doktor selalunya akan bagi soalan sampailah kita bole jawab.. so, dengan itu, doktor bagi soalan baru untuk ana.. Do you know about mutation?? yes!! Alhamdulillah..=) jawab la ana dengan penuh semangatnyer sebab nak balas dendam sebab xboleh jawab soalan yang mudah tadi.. punya semangat menjawab sampai ain dekat sebelah pun cakap cukup! cukup! ihsan... hehe.. ok2.. doktor pun angguk2 and then cakap you may go now.. thank you.. fuhh legaaahh yang teramat... Alhamdulillah... erm, tulah kadang-kadang waktu-waktu macam nilah nak blank nyer nk recall xboleh dan byk lagi yang jadik.. Alhamdulillah la sepanjang waktu ambil exam, kesihatan sangat mengizinkan... xdelah selesema teruk teruk.. erm, nak kongsi satu doa daripada surah Al-Anbiyaa ayat 79... selalulah amalkan ayat ini..

*xleh nk paste ayat quran..sila rujuk sendiri ek..

Maksudnya : Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.


hari oral biochemistry, bersamaan dengan 27 Mei 2007, hari Selasa.. juga merupakan Ulangtahun kelahiran our Super Senpai, kak irhaam.. yang ke 21.. huhu.. Happy Birthday kak iham.. semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya.. hehe.. ana dan ahli beit bersama-sama beberapa rakan dan juga senpai yang lain merancang surprise birthday party! dekat beit Hikmah [rumah kak iham].. Alhamdulillah, sangat2 kenyang dengan banyaknya makanan yang ada.. pizza saja dalam 6-7 biji yang dari King Pizza, Pizza Party, pastu pancake yang sedap hasil air tangan kak mir.. hehe.. sos yang sedap dr kak yah.. aiskrim 3 perisa berlainan dan fries... Alhamdulillah.. dengar cerita kak iham kite ni dapat bunga malam besday tuh! ehem..ehem.. hehe siapakah pengirim bunga tu? didoakan semoga panjang umur, murah rezeki, dikekalkan dalam iman, dan cepat2 kawen!! hehe... insyaAllah kami semua akan sentiasa menyokong kak iham.. =) love you... sangat meriah hari tu, memang ramai, antaranya yang turut hadir Ibu [kak zu] dan kawannya xtahu nama, semua batch 3rd year, batch 2nd year sikit, and beberapa dari batch 1st year.. macam tu lah ceritanya.. hehe..


selepas ni akan datang subjek Physiology... semoga Allah mempermudahkan segalanya.. ya Allah kurniakan aku kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang fatrah imtihan ini.. Rabbana yusahhil.. doakan kejayaan bersama.. betapa manisnya andai kejayaan dapat dikongsi bersama-sama.. kn? sama-samalah kita berusaha.. manusia merancang, Allah juga mempunyai perancangan tersendiri.. Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik buat kita.. chaiyok!! to everybody.. Don't lose hope.. Have faith in Allah.. do keep praying for Him.. insyaAllah.. Allah akan menolong hambaNya yang menolong agamaNya.. akhir kalam sambutlah salam perjuangan dari ana.. bitawfeeq wannajah! =D segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan.. andai ada keterlanjuran dalam tutur kata ampun dipinta.. segala kelebihan itu datangnya daripada Allah, dan kelemahan jua dariNya tetapi disandarkan ka atas diri ana sendiri.. wassalam..

:: miss you too ::

















salam..
tak nak update banyak2..
nak update sket jer...
tetiba rasa rindu Malaysia semakin membara...huuu
rindunya kawan2 sekolah, sematrik[KMP], seusrah, cikgu2 sume...
insyaAllah nnatikan kepulanganku...
harap dapat bertemu walau sekejap cuma..
to aliftayaqowf [pic above]..miss u too...
meskipun jarak menjadi tembok pemisah..
ingatlah bahawa diri ini selalu mengingatimu..
cewwaahh...hehe...
doakan daku di sini...
salam to mak cik jah & pak cik wan eh... =)


coming up :

25/05 - Biochemistry :: Essay

26/05 - Biochemistry :: MCQ

28/05 - Biochemistry :: Oral

p/s : bitawfeeq wannajah utk semua yg sedang dalam fatrah imtihan...doakan kejayaan bersama~

:: buatmu ayah dan ibu ::












Ya Allah ya Tuhan ku,

Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini

Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu

Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah

Ya Allah...

Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam

Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuhan Pemerintah hari pembalasan

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon

pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka

Bukannya jalan orang yang Engkau murkai

Dan bukan pula orang-orang yang sesat

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom...

Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah

Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan

Aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai

Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti

Ya Allah...

Teguhkanlah iman ku,

kuatkanlah hatiku,

Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu

Jauhilah aku dari segala laranganMu

Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu

Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat

Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim...

Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu

Dan berbakti kepada kedua ibubapaku

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku

Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil

Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu

Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah

Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati

mereka

Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang

Sedangkan ku tahu, Englau melarang menyebut walaupun perkataan "ah"

kepada mereka.

Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan

Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah

Aku berjaya kini

Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku

Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku

Tidur malam mereka aku ganggu

Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku

Tidak pernah mereka mengadu letih

Tidak pernah mereka mengadu sakit

Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku

Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku

Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah

Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah

Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Dimalam ini aku terkenang semua itu

Dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah

Dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah

Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,

Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah

Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah

Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah

Aku tahu ya Allah

Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu

Yang amat pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang solehah

Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku

Maha Suci Allah Yang Maha Besar

Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh solehah

Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah

Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah

Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu

Teguhkanlah iman mereka ya Allah

Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah

Tuhan Sekelian Alam.

Amin ya Rabbal Alameen...

:: semalam... ::

hurm..terasa cam nk update sket pasal exam yg lepas.. exam SEMALAM.. exam lalu.. paper ANATOMY sudah pun diredah dgn susah dan payahnya.. onak duri telah pun dilalui... baru kutahu inilah gambarannya pelajar2 jurusan perubatan.. bukan senang yer... sesiapa yang ambil kos medik nih kena betul2 kuat, tabah, dan sabar... tambah2 dekat Mesir nih.. seperti orang cakap kat ana waktu memula sampai kat sini, mesir ni M.S.R iaitu M-Musibah, S-Sabar, R-Redha... bermula dgn paper essei yg boleh dikatakan susah.. itu bagi pandangan ana sndiri la.. yela, kalau nak kata usaha tu sudah cukup, tipulaa.. bohonglah ana kalau ana cakap cmtu.. tambahan dengan subjek anatomy first year yang mmg ternyata baaaaaanyak sangat yg perlu dihafal.. upper limb, embryology, thorax, abdomen, pelvis.. sungguh banyak.. terutamanya abdomen n pelvis.. huhu... memang xleh la kalau nak study last minute.. kecualilah kalau betul2 terror dan arif dah.. n mmg stadi style last2 minute nih... hurm..pastu masuk ke MCQ plak... memang betul2 ujian.. sedih sangat2.. rasa cam nak jer nangis waktu tu... tapi dah xde air mata dah yg nak mengalir.. ntah la.. terkejut sangat2 bila tgk soalan.. dah la xsama mcm dlm buku MCQ tu.. 60 soalan 30 minit??? what? huh... ditambah kegabraan nak menjawab sampai xdengar diorang ckp masa 30 minit jer.. dok ingat 1 jam..iskk3... sdey2.. =( kadang-kadang tu rasa cam dah give up dah.. dah putus harapan dah.. tapi, Alhamdulillah masih kuat... benar kita dah berusaha dan sudah memberi yang terbaik... jangan lupa tawakkal berserta doa dan pengharapan... Allah knows everything.. dont u ever stop! A quitter never wins... teringat lagu Firdaus ft Akbar, Ku Berlari.. bila dengar lagu ni, naiklah balik semangat yg tetiba down nih.. namun, rasa bersalah tetap ada... mak... abah... maafkan kite sbb xdapat buat sperti yang mak abah harapkan.. maafkan sebab xdapat bagi yang terbaik... i've tried my best..

mak dan bah x kisah pun, kalau esan dah buat yg terbaik, tapi jadikan itu sebgai pengajaran..
study bukan utk lulus, tapi study untuk paham dan boleh apply, esan nak merawat orang hidup ni, kena baca dan ingat dan faham, x boleh hafal dan x tahu apa yang dihafal..
trima saja apa2 yg mendtg..dont worry be hepi......
antara nasihat dan pesan mak dan abah... =) thanks mom n dad... love you very much.. nasihat dan pesanan yang meredakan kekecewaan dan kesedihan yang melanda di benak hati ini... hurm, setiap kesusahan pasti ada kesenangan... seperti dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرا ً إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan...


Alhamdulillah, kelmarin exam ORAL & PRACTICAL ANATOMY.. saat2 menghadapi detik2 ke arah kemerdekaan paper pertama! hari tu, ana sorang jer.. ahli beit sume dah exam.... sian ihsan.. camne la leh terasing plak.. sebab nama start dengan "nun" la nih..hehe.. xpela.. nk wat cmne kn? maka dengan itu, bersiaplah pagi tu, thanks to cumi2 yang tolong gosokkan baju.. hehe.. keluar je dr umah turun tangga imarah.. satu tingkat je pun... =D guess what??? jam dah menunjukkan 7.18 pagi... bukan awal sangat tu.. pagar belum dibuka... erk? terkejut jgak? pk balik.. betulker aku peksa hari nie?? betulker hari nih? kang malu plak.. pkai baju lawa2, pegang lab coat, siap nak g gamaah tgk2 silap hari plak cm exam mid sem ritu..hahah... betulla hari nie exam... dak2 satu imarah nih belum bangun ker? haizz... musykilah kabiroh! lantas, aku [ana] picit loceng umah k.nadia mintak nk bukakkan pagar imarah... owhh, mereka pun sedang bersiap.. xsalah hari la.. hehe... =) dengan bangganya selaku orang pertama yang keluar dari blok B je pun..haha...berjalan2 lah si ihsan birraahah nyer... sambil menikmati keindahan waktu pagi yang sunyi, damai dan tenang... huhu..beshnyer... sampai je gamaah...waahhh... i'm da first one yg datang... ahaks... excited sangatkah aku [ana]?? hehe... bukan excited, tapi mmg cmnila ana klu time exam... suka pergi awal... tak suka datang lewat.. mgkin i'm lil bit extra-nervous person kot.. ntah arr.. dari dulu ag cmni.. waktu skol dulu pun.. selalu tarik muka kalau datang lewat ke skol... xbagus betul laa...hehe... jangan tiru mcm ana yer.. erm...xpela...sambung cita plak nih.. dah sampai tu tunggulah pulak sume orang sampai...rasanya dalam pukul 9 kot baru start oral... Alhamdulillah la..agak mudah.. xdela rasa cm nak nangis mcm essay n MCQ ritu.. doktor bayyek.. walaupun terkejut bila tetiba nk sampai giliran aku [ana], tetiba tukar doktor plak... haizz... walaupun doktor ni xbg full marks mcm doktor sebelum td, xpela...cuma kurang 2,3 markah gitu jer.. Alhamdulillah...mcm2 soklan kena tnya...humerus, ulna, scapula, stomach bed, rectus sheath, internal iliac artery...sume dia tnya.. walaupun xsemudah doktor yg kasi full marks yg tnya pasal humerus or scapula saja... xpela.. dah rezeki cmtu.. Alhamdulillah sangat sbb bila duduk je kat kerusi sebelah lecturer tu, hilang sume nervous2, takut2... hehe.. dapat jawab dgn tenang... dah hbes tu tunggulah plak kul 11 lebih baru start dgn practical.. dapat line 3.. Alhamdulillah senang jgaks..hehe... lega la... mostly dapat la jawab kot.. harap2 cmtulaa..
sekarang ni ANATOMY paper kholas.. the remaining still waiting... biochemistry, physiology, histology, bi, n computer... wish me luck keyh~ apapun..mesti ingat! Allah bersama kita.. tiap2 kesusahan itu pasti ada kesenangan...=) kalau2 rasa down tu, ingat Allah banyak2... mohonlah padaNya... Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.. walaupun kadang2 terasa diri ni malu untuk meminta sebab rasa xlayak untuk meminta dek usaha yang xseberapa... tapi, ingatlah..Allah itu kan baik...=) yakinlah padaNya... jangan berhenti berharap.. jangan putus berdoa.. apapun ana bertawakkal sepenuhnya pada Allah... apa jua takdirnya, insyaAllah ana redha dan pasrah... ana dah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.. chaiyok!! gambatte!! oklah, dah panjang la plak nuleh nih.. kepada semua yang sedang berusaha keras study menghafal dsb... jangan putus asa... selamat berjuang!! =) doakan kejayaan milik bersama...

p/s : sesapa ada x lagu MIRWANA-SEMALAM dan lirik dier...rasa2nya lagu ni yg diorg nasyid waktu majlis kawen nik faris n husna kot... nak laa...best la lagu tu.. klu sesiapa ada gtaw eh...10Q :)>-



jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga amal, jaga ihsan.. hehe

k...nak study plak..
wassalam...(^____^)

:: being tagged! ::

salam...

ni just nk jawab soklan2 Dr.Affan yang menagged ku ritu...
"terima kasih" sekali lagi yer....haha...
sangat2 "terharu"...hehe..
ok...dimulakan dengan..

7 fakta tentang saya

  • saya ni pendiam... [bajet pemalu la konon...hehe...tp mmg betul, klu dgn org xknal mmg sy xbyk ckp, sekali masuk group hok satu kepala, fhm2 la yer..]
  • saya suka zZzzz aka TiDo [tido mmg besh..tp sbnrnya ssah maw tido memalam...kdg2 ahli beyt sampai penin2 suruh org tido...hehe...sian korunk..]
  • suka buang masa..[tp xpnah2 nk sedar!! ihsan....ihsan....ni sbb ada tenet ler...]
  • suka MAKAN tp xpnah nk BESAR...[tu yg besh gak kdg2, xpyh riso sgt klu mkn byk...keke]
  • penah kena chemotheraphy...[ermm...xtahu berapa kali...sbb banyak sangat daaa...]
  • ske wat LAWAK...[sesiapa yg mengenaliku saje yg tahu...hehe]
  • BESDAY ag SEBULAN!! [Gotcha!!~ yg tgh membaca tu jgn wat2 lupa plak ea...15 jun...hahaha]
selesai sudah soklan pertama....
menelusuri kronologi penghujahan saya yang keDUA...[rindu plak dgn team2 debator sek.=D]

7 perkara yang menakutkan saya [kat dunia]
  • takut + geli kalau2 CiCAK jatuh dlm baju....[arggghhh! tidaaaaakkk....]
  • kena kejar dgn anjing [xpnah ada pengalaman ag setakat ni..cuma hnya boleh membayangkan suasana bila ia terjadi...]
  • suami mintak KAHWIN 2..haha [ayat xbley blahh...san...san...ko kawen pun blum...]
  • jatuh dari tempat tinggi...[gayat sket actly, bolehlaa...tp xla takut sgt...]
  • kena durr thani exam...[saaaangat takuut + sdeey...but need to be prepared to face it! Allah xtgk natijah tp pada usaha...]
  • bangun lambat + terlepas exam [nauzubillahi min zalik...jgnla jadik cmni...takut seyh~ kat ma3x pnh tertnggal kuliah skali sbb xbgn...hehe=D]
  • terlepas flight balik mesia....[uwaaa...nk balek msiaa]
7 lagu buat masa sekarang
  • Devotees - Aku merinduimu [mintak kat anpanman ritu...sbb nk donlod xbley]
  • Devotees - Bersama [my sis, kak Iman yg sgt baik kasi]
  • Suju - There is no one like me
  • Suju - Success...[hbes satu blok B minat suju...ummu pnya virus...hahaha]
  • Suju - Timeless part I n part II[lagu ni org len nyanyi...tp video klip by Suju..besh...]
  • DBSK - Baloon [love this song!]
  • Firdaus - Ku Berlari
7 perkara yang selalu saya sebut
  • "camne nak blaja ni?!!" [berjangkit betul..ummu pnye wabak...akan sebut bila ada yg ckp kite sengal or bengong waktu melawok lawok jaa...bukan btui2 naa] hehe...
  • "agak ar...." [my ukhti start sebut tyme dier blaja kat SBPI...& berjangkit pd adek dier]
  • "beba...mana masak lemak cili apiku bebaa!~[hok ni, ahli2 beyt je yg tahu kenapa dan mengapa? hehehe....]
  • "upss!"
  • "poyo syeikh..." [ntah la start sebut bila?heheh]
  • "kami kan short memory.." [bila terlupa something.....]
  • "kami taw muke kami mcm ALiEN...." [org tu ckp.....]
7 perkara yang amat bernilai
  • masa lalu...[soooooooooooooooo many memories dat shall never fade] betuika aytku ini? xpndai english maa...
  • mak, abah, kakak, and adik2..[luv n miss u all so much]
  • duet [xde duet xley idup]
  • tiket maw balik msia....[sgt2 bernilai tuh!]
  • laptop DELL ku...[merah2 sokmo dehh!]
  • kawan2 especially my ahli2 beyt...[cumi2, beba, kak hunny, dzura]..luv u all so mucch!
  • my lovely sis, iman...[without her at dat time, mgkn xde ana hr ni...she's da only hope biiznillah...isk3...thanks iman...luv u..]
7 'pertama kali' dalam hidup saya
  • org kasik "Al-Quran" waktu balik dr mengerjakan umrah...
  • kawan2 matrik H1P3 + mentor mentee wat surprise party meraikan aku yg bakal meninggalkan mereka...2 majlis dalam 1 malam...huhu...sgt2 terharu...thanks u all..
  • ader laptop sendiri [Inspiron1420 thanks dad...luv u...]
  • HP beli guna det sndri...[nak berdikari la katakan...]
  • study ovc..[pnah simpan angan2....hehe]
  • cucuk org amek darah waktu SULAM...[nih mmg impian sejak kecik! sbb nk bls dendam...hehe...melawak jer..tp btul la jgak...]
  • kelim karipap sndri waktu kat sini...huhu...hasil pemerhatian dan penelitian tgk wa n Batif kelim karipap...huhu...=)
7 orang yang bertuah [kena jawab tag nie] =D
sekian dulu...
hehe...segala terlebih terkurang harap maoh la noh~

p/s : kepada yg kena tagged tu mintak sori byk2 eh...hehe....i hv no choice...keke..peace!~

wassalam... =)

:: GiLA BATHOTiS ::

.: SaLaM :.

xde pape pun nak di update...
cuma ada KENTANG!! hehe
hari2 makan kentang...
dah jadi giler kentang......
kentang sedap...
tapi orang cakap...
orang la cakap,
klu bnyak makan kentang...
nnti "sesuatu" jadik lebar...erk? betulker?
ada org ckp jgak,
nnt jadik mcm buntot itik! quack! quack!
hehehe....

ini potato-wedges goreng [tepung ayam + telur]..
sdap dicicah bersama mayonaise + sos cili


ni plak kentang yg direbus bersama garam..
sedap gak nih...[resipi beba-chan]

ni plak keropok kentang LiON perisa AYAM kot....
selalu makan nih...waktu study sama2 ahli beit
terlalu asyik makan, sedar2 dah hbes!
hehe...

uppsss...terlupa plak resipi kak hunny

bukan gambar sebenar...


tiada dalam gambar : mashed potato with gravy sauce
mmg saaaaaaaaaaaangat sedap..
snng je nk buat...
ni resipi dier...

Ingredients
  • kentang [bape biji ikut ske]
  • susu segar
  • mentega
  • lada hitam/lada sulah
  • stok daging
  • batang saderi [klu ade..]
  • tepung gandum
  • bawang merah
  • oyster sauce + soy sauce

Mashed Potatoe
  1. rebus kentang tanpa buang kulitnya + sedikit garam sehingga empuk. kira2 30 mnit.
  2. sejukkan kentang sebentar utk buang kulitnya [nnt melecur plak tgn kn? hehe]
  3. lecek kentang td + susu segar + lada hitam/lada sulah + mentega [ikut rasa suka suki] + sedikit garam mengikut citarasa anda...
Gravy Sauce

  1. reneh bawang merah yg telah dimayang + daun saderi [dlm 15 minit]
  2. tapis [air rebusan je akn diguna]
  3. rebus air yg telah ditapis td + stok daging + lada hitam + tepung gandum [kacau dgn penuh dedikasi supaya tidak berketul2] hehe..
  4. campurkan sedikit oyster sauce + soy sauce [bg kaler ala2 brownish gitu....mcm xprment biochem la plak!] huhu...
  5. kacau sehingga pekat.. =)


papejelaaa...kesimpulannya,
janji perutku kenyang....burpp! Alhamdulillah....
hehehe...


sesiapa yg nak pun boleh cuba resipi nih...
klu terasa malas nak masak..
dan pabila semua makanan dah hbes!
Selamat Mencuba!


.:: TAMMAT cerita KENTANG ::.

:: Ada apa dengan hari ini? ::

::.salam.::

hurm, just nk tulis serba sedikit tentang jadual sepanjang hari ini..
semalam ana (mrs kibum aka u ul aka nuyul) & ahli beit ana;

  • kak hunny aka mak long (raisah)
  • cuminannayo aka mayyo aka cumi2 (mrs dong hae)
  • ummu aka beba (mrs hero hong kong)

stadi tajuk THoRAX...waaa...sgt banyak...
sedar xsedar bunyi azan subuh berkumandang...
xpelaa....kitorunk pn solatlah berjemaah bersama2 n mathurat skali..
then tidurlah dengan rancangan utk pagi ni nk g tgk jar...

bangun semula pukul 8 pagi,
cumi2 yang sangat rajen memasak tambahan ketika waktu tension (selalu la kitorg bg dia tension..haha) yg sangat baik hati dan rajen masakkan sarapan pagi...
spaghetti/macarona goleng maa...Alhamdulillah..kenyang... (xsempat nk makan utk 2nd round sbb dihabiskan dan dilicinkan oleh raisah)
biasalah..utamakan yg lebih tua...perlu lebih byk tenaga...hehe.,,upss...sory kak hunny...hehe

selepas bersiap2, berjalan2 lah kami berempat ke gamaah...menuju ke Department Anatomy..
kepala terasa sedikit pening mungkin sbb tido kurang dari 2 jam semalam...
dan tambahan pula dgn ramainyer manusia (xla ramai sgt) g tgk jar hr ni
memandangkan 2hari terakhir sblm mathaf ditutup..

sempatlah juga tgk jar2 antaranya, muscles of arm n forearm, gut, anterior abdominal wall, liver, pelvis dll...hehehe...terlupa la plak nk bawak buku atlas jar..sebaiklah si cumi2 terbawak satu..
leh la jgak tgk label2 jar tu...Alhamdulillah..
jika diizinkan, esok maw pegi lagi...

balik dr tgk jar...singgahlah kami ke TOTi dekat Gala Street... rancangnya utk membeli hadiah besday Syeila..(belated besday daa) sorry syeila...forgot about ur birthday.. 1st May..
xpe2..tahun depan, insyaAllah xlupa dah..huhu..
dah alang2 kat TOTi tue, hehe...mcm biasalah..tgn ni ada2 jer nk capai brg2 kat kedai tu..
bukan apa, dah lama minat dgn satu lukisan kanvas nih...dah ler murah, cantik plak tu..
nnt ana uploadkn gambar...xsempat ag wat msa skrg...i really love the canvas..=)

pastu, balik la umah...solat zohor jemaah sume...rehat jap...take a nap...
kak hunny masak hrnie...very2 da special maa...kebetulan anak saudara sepupu kak hunny aka Muhyideen mengidam nk makan Chicken Black Pepper masakan Mak Long...
kak hunny pun masaklah ayam black pepper hrnie...wat lebih2 sket...hehe
itulah tanda kasih mak long pada anak saudaranya...hhuhuhu....terharunyer...bertuah sapa dapat kak hunny nih...hee (ingat! tahun4...tahun4) ke nak reduce ag? hehe

selepas itu menziarahlah kami ke C5...lama jgak xjumpa diorg...ezzah skrg sudah kurus sgt2. katanya malas makan...turun 9 kg maa...fuhh...terkuzut ambo nengoknyer...hurmm...ada jgak yer org yg malas makan?
so, xpe laa...berbual2 la sambil minum MiLO & buah PEACH...asyik sgt bersembang, xsedar waktu dah maghrib...masa untuk pulang....buibui...nnt datanglah umah kitorunk plak yer.. =)

pastu...selesai solat isyak...mulalah study group tajuk THoRAX..insyaAllah mlm ni nk hbeskan..
sbb sok nk sambung dgn embryology n introduction plak! Alhamdulillah....=D

sekarang jam tepat menunjukkan 4.22pagi..baru sahaja lepas makan macarona sup!
supper tyme! cuminannayo yg masakkan...wahaha..makaseh...boleh kawen dah nih! erk? hehe
jgn lagi eh...dun leave me bebeh...
Alhamdulillah kenyang...sekarang hanya menunggu seruan azan SUBUH...

Sekian dulu...haaaa...dah azan pun..
k, sehingga berjumpa lagi di post yg akan datang...!
ingat 4 serangkai eh...

jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga amal

wassalam...

:: Is This ME? ::




What Nurul Ihsan Means



You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.

You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.

You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.



You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.

And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.

You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.



You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.







You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.

You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.

Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.



You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.



You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.

Success comes rather easily for you... especially in business and academia.

Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.



You are the total package - suave, sexy, smart, and strong.

You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.

You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



hurm, mgkin ada jgak yg betul n ada jgak yg xbetulnyer...huhu
pape pun... u are what u think of u are..
manusia xde yg sempurna.. ada kelemahan ada kelebihan masing-masing kan?
Sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik kejadian..
selalulah kita muhasabah diri kita semula..
kaji segala kelemahan diri yg perlu dibaiki...
supaya pada masa hadapan, xkan berulang kesalahan yg sama...
muhasabah sangat penting dalam hidup kita..
bila kita muhasabah diri kita, barulah kita nampak realiti diri kita yg sbenar..
betapa banyak dosa yg kita lakukan dalam sehari2an..
yang kadang2 kita sendri xsedar dan xperasan dan mgkin
kadang2 kita sendri pn tak tahu apa yg kita lakukan itu
adalah perbuatan dosa...
so, selalulah bermuhasabah...
buang sifat2 mazmumah dalam diri, tanamkan sifat2 mahmudah...
smoga segala amalan yg kita lakukan akan diterima Allah SWT...
salam mujahadah...(^___^)

:: Bagaimana mengawal STRESS?? ::






Kesucian Hati Adalah Penentu

Islam amat mementingkan persoalan hati kerana hatilah yang menentukan buruk baik sesuatu perkara. Nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging apabila ia baik akan baiklah seluruh jasad. Sebaliknya apabila ia buruk akan buruklah seluruh jasad. Daging itu ialah hati.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Hati, apabila tidak digilap dengan ramuan yang betul, akan diserang dengan pelbagai jenis penyakit.

Hati yang paling rendah martabatnya ialah yang dipenuhi dengan nafsu al-ammarah. Allah berfirman: “Dan aku tidak membebaskan diriku daripada kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu al-ammarah selalu menyuruh kepada kejahatan...” Surah Yusuf ayat 53)

Hati yang dipenuhi nafsu al-ammarah mempunyai kecenderungan untuk memuaskan syahwat, mudah marah, tamak haloba, sombong, bongkak, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa sehingga akhirnya seseorang menyalahkan Tuhannya kerana membebankan nya dengan masalah yang dihadapi. Hati yang seperti ini menyebabkan tuannya mengalami tekanan secara berterusan dan akhirnya membawanya kepada kecelakaan dan kebinasaan.

Apabila hati digilap dengan amalan yang sesuai, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu nafsu al-lawwamah. Allah berfirman: “Aku bersumpah dengan hari kiamat dan aku bersumpah dengan jiwa al-lawwamah (yang amat menyesali dirinya sendiri).” (Surah Al-Qiyamah ayat 1-2) Hati yang dipenuhi nafsu al-lawwamah menasihati tuannya tentang kefanaan dunia. Ia menyedarkan tuannya tentang keutamaan yang perlu dicari ketika tuannya terbabas dan terpesona dengan kesenangan yang memperdayakan. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu al-mutmainnah ataupun hati yang tenang damai. Allah berfirman: “Wahai hati yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Surah Al-Fajr ayat 27-30)

Mereka yang memiliki hati yang mutmainnah amat yakin dengan janji-janji Allah. Justeru, mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana mereka merindukan kesenangan di akhirat

Zikir Dan Ibadah Yang Khusyuk

Ibadah yang khusyuk mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah. Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah Ar-Ra’d ayat 28)

Solat yang khusyuk juga boleh mendamaikan jiwa, justeru Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Wahai mereka yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu..”(Surah Al-Baqarah ayat 153) Mengikut riwayat, Nabi Muhammad ketika berdepan dengan masalah akan memperbanyakkan solat Baginda kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Baginda bersabda: “Dan dijadikan cahaya mataku pada solat.” (Riwayat An-Nasai)

Dr. Ahmed El-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida, membuat satu kajian berhubung kesan mendengar Al-Quran ke atas fisiologi manusia, sebagai contoh denyutan jantung, tekanan darah serta tekanan saraf dan otot. Beliau mendapati, mereka yang mendengar Al-Quran, termasuk daripada kalangan yang bukan Muslim dan bukan Arab, mengalami perubahan fisiologi yang positif di dalam diri mereka.

Bersyukur Dan Menjauhi Ketamakan

Reda dan bersyukur dengan pemberian Allah mampu menghilangkan tekanan di hati. Sebaliknya mereka yang tamak tidak akan berpuas dengan apa yang ada sehingga mereka menjadi tertekan mengejar kesenangan yang memperdayakan. Mengikut pandangan Islam, kekayaan yang sebenarnya tidak terletak pada harta benda sebaliknya kepada jiwa yang damai. Nabi Muhammad bersabda: “Tidaklah kekayaan itu lantaran banyak harta sebaliknya kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa.” (Riwayat Bukhari-Muslim)

Keinginan untuk merampas hak orang lain sering kali melahirkan perasaan hasad dengki dan hal ini amat dibenci oleh Allah. Zuhud adalah penawar kepada tamak dan haloba. Nabi Muhammad bersabda: “Zuhud daripada dunia akan menyebabkan kamu dikasihi Allah dan zuhud daripada apa yang dimiliki manusia (iaitu tidak berkeinginan untuk merampas hak orang lain) akan menyebabkan kamu disukai oleh manusia.” (Riwayat Ibn Majah - Hadis Hasan)

Pemikiran Positif Dan Tidak Mudah Berputus Asa

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru, perkara yang paling penting yang perlu kita lakukan ialah memperbaiki diri dari masa ke semasa tanpa mengenal putus asa sehingga akhirnya kita menjadi insan yang lebih baik. Apabila kita pernah melakukan dosa dan noda, bertaubatlah kerana Allah Maha Penerima Taubat. Yang paling penting ialah, jangan berputus asa. Allah berfirman: “Ibrahim berkata, ‘Tidaklah berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang sesat sahaja’.” (Surah Al-Hijr ayat 56)

Justeru, janganlah mudah berputus asa. Sekali kita gagal tidak bermakna kita gagal selama-lamanya. Jadikan kegagalan hari ini sebagai rangsangan untuk kejayaan hari esok. Pemikiran positif seperti ini adalah penting untuk mencapai kejayaan justeru Allah mengingatkan umat Islam tentang kepentingannya berpandukan firmanNya: “Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah berdukacita kerana kamu adalah golongan yang tinggi jika kamu beriman.” (Surah Ali-Imran ayat 139)

Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar

Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri.

Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Puasa Ialah Penawar

Umat Islam diwajibkan melaksanakan ibadah puasa selama lebih kurang 12 jam setiap hari di bulan Ramadan, melainkan oleh sebab-sebab yang diizinkan oleh syariat. Allah berfirman: “Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atas mu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum mu semoga kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah ayat 183)

Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa pada tahun 1984. Di samping itu, Dr. F. Azizi dan rakan-rakannya juga membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa Ramadan di Universiti Sains Perubatan di Tehran. Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa di musim Ramadan tidak memudaratkan kesihatan umat Islam secara amnya. Malah ia memberi kesan yang baik pada metabolisme lemak dan pengawalan berat badan seseorang. Puasa juga meredakan tekanan pada jiwa seseorang kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari, umat Islam digalakkan membaca Al-Quran, membanyakkan solat, menjaga lidah dan banyak bersedekah. Amalan-amalan ini menguatkan dan mendamaikan hati.

Membantu Orang Lain Mendamaikan Jiwa

Islam mengatakan, tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Justeru, umat Islam digalakkan memberi dan menolong dan sebagai balasannya mereka dibantu dan ditolong oleh Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Sesiapa yang meringankan satu kesusahan dunia yang dihadapi oleh seseorang mukmin, Allah akan meringankan baginya satu kesusahan di hari Kiamat. Sesiapa yang membantu kesusahan yang dialami seseorang, Allah akan membantu kesusahannya di dunia dan di akhirat..” (Riwayat Muslim)

Menurut satu kajian kebangsaan yang dilakukan ke atas 3,300 pekerja sosial di Amerika, mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan sering mengecap perasaan damai dan tenang selepas membantu orang lain (helper’s high). 90% daripada mereka berasa lebih sihat dan tekanan hidup mereka juga semakin berkurangan. Sebahagian yang lain pula mengalami kelegaan daripada sakit-sakit tulang, lelah dan gastrik.

Pasangan Hidup Dan Rakan-Rakan Yang Baik

Pasangan hidup kita adalah sumber kekuatan dan ketenangan bagi diri kita. Allah berfirman: “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagi mujodoh dari jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21)

Rakan juga penting dalam hidup kita. Nabi Muhammad bersabda: “Rakan yang baik adalah seperti penjual minyak kasturi. Dia mungkin memberikan sedikit minyak itu kepadamu ataupun kamu boleh terus membeli minyak itu darinya. Paling kurang, kamu dapat mencium bau minyak yang wangi...” (Riwayat Bukhari-Muslim)

Hiburan Yang Tidak Melampau Adalah Penawar

Hiburan yang tidak melampau mengikut batas-batas yang diizinkan syariat boleh membantu meredakan tekanan di samping mendatangkan pahala. Aisyah ra pernah menghantar pengantin perempuan ke rumah sahabat Ansar. Nabi Muhammad bertanya kepada beliau: “Ya Aisyah, tidakkah disediakan hiburan pada majlis itu? Orang-orang Ansar sukakan hiburan.” (Riwayat Bukhari)

Dr. Yusuf Qardawi di dalam Halal dan Haram berkata: “Di antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati ialah nyanyian. Ia diizinkan oleh Islam selama mana ia tidak dicampuri dengan perkara yang haram dan perkataan yang sia-sia yang boleh membawa kepada haram.”

Senaman Dan Rekreasi Meredakan Tekanan

Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif. Nabi Muhammad bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang daripada zikrullah melainkan empat perkara, iaitu pergi memanah, melatih kuda untuk berperang, bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Riwayat Thabrani)

Senaman menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang. Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphins yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress. Bagi mereka yang mengalami masalah susah tidur atau insomnia, kajian menunjukkan bersenam di siang hari dapat mengurangkan masalah itu.

Jenaka, Senyum Dan Ketawa Meredakan Tekanan

Senyuman membantu meredakan tekanan di hati kita dan orang lain. Abdullah ibn Harith ra meriwayatkan: “Tidak ada manusia yang lebih banyak tersenyum melainkan Rasulullah.” (Riwayat Tarmuzi)

Dr. Lee Berk dan Dr. Stanley Tam dari Universiti Loma Linda di California dan juga pengkaji-pengkaji dari Universiti Stanford, Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Ohio State dan Universiti Duke mendapati jenaka dan tertawa mampu meredakan kemarahan dan kerisauan. Ia juga mampu mengurangkan kesugulan atau depression, justeru, bagi mereka yang sedang mengambil rawatan untuk kesugulan atau depression, dos rawatannya boleh dikurangkan. Jenaka dan tertawa meningkatkan kadar sel-sel T di dalam badan. Sel-sel T berfungsi meningkatkan daya ketahanan sekali gus mengawal pembiakan kuman di dalam badan.

Menjauhi Rokok Dan Arak

Perokok-perokok sering mengatakan rokok meredakan tekanan ke atas diri mereka. Sebaliknya kajian-kajian menunjukkan, nikotin yang terdapat di dalam rokok mengganggu otak dan saraf sehingga akhirnya perokok mengalami tekanan yang dikenali sebagai smokers stress ke tahap yang tinggi berbanding mereka yang tidak merokok. Perkara ini disebutkan oleh pakar-pakar dari Psychological ARTS yang beribu pejabat di Austin.

Institut Penyalahgunaan dan Ketagihan Alkohol Kebangsaan di Amerika mendapati alkohol juga meningkatkan tekanan. Hal ini disebabkan alkohol merangsang pengeluaran hormon-hormon seperti corticosterone dan adrenaline dari kelenjar-kelenjar pituitary, adrenal dan hypothalamus. Hormon-hormon ini meningkatkan tekanan di dalam diri manusia.240 Justeru, Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan..” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar

Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.”

Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaan mu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.” (Riwayat Tarmuzi)



credit to Kelab Remaja JIM

:: DoA ::

SALAM ALEYK~ di sini ana nak kongsi doa yg ana dapat daripada
seorang kawan Arab dalam Yahoo 360! dia hntar mesej doa ni..

جمعه مباركه


ادعي بالدعاء ده...ففي يوم الجمعه ساعة اجابه


اللهم إنا نسألك زيادة في الدين
وبركة في العمر

وصحة في الجسد

وسعة في الرزق

وتوبة قبل الموت

وشهادة عند الموت

ومغفرة بعد الموت

وعفوا عند الحساب

وأمانا من العذاب

ونصيبا من الجنة

وارزقنا النظر إلى وجهك الكريم

اللهم ارحم موتانا وموتى المسلمين واشفي مرضانا ومرضى المسلمين

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم
والاموات

اللهم ارزقني قبل الموت توبة وعند الموت شهادة وبعد الموت جنة

اللهم ارزقني حسن الخاتمة

اللهم ارزقني الموت وانا ساجد لك يا ارحم الراحمين

اللهم ثبتني عند سؤال الملكين

اللهم اجعل قبري روضة من رياض الجنة ولا تجعله حفرة من حفر النار

اللهم اني اعوذ بك من فتن الدنيا

اللهم اني اعوذ بك من فتن الدنيا

اللهم اني اعوذ بك من فتن الدنيا

اللهم قوي ايماننا ووحد كلمتنا وانصرنا على اعدائك اعداء الدين

اللهم شتت شملهم واجعل الدائرة عليهم

اللهم انصر اخواننا المسلمين في كل مكان

اللهم ارحم ابائنا وامهاتنا واغفر لهما وتجاوز عن سيئاتهما وادخلهم
فسيح جناتك والحقنا بهما يا رب العالمين

وبارك اللهم على سيدنا محمد صلى الله عليه وس

:: datang lagi ek..! ::

..Bismillah pembuka kata..

*~salam aleyk~*

nk cite sket perjalanan hidup bersama ahli2 beit yg tersayang sepanjang 3 hari nie.
bermula dengan...hari SELASA yg lepas...
mendapat panggilan daripada 'ibu' atau juga dikenali dengan 'kak zu'...
katanya nk datang ke rumah... membawa hajat besar..hehehe
sbbnyer, dulu ibu dah janji nk ajarkan wat donut kn? hehe...
so, selepas Asar sampailah ibu ke rumah...huhu...
lama xjumpa..sembang2 lah kami semuaa...mcm2 topik yg keluar..huhu =)
Sudah menjadi adat di rumah kami [B3], setiap tetamu yg datang ke rumah atau bermalam,
dengan segala hormatnya, dipersilakan jadi imam..[mode Dunia Baru]..hehehe
selesai sahaja Maghrib berjemaah, kami pun memulakan proses kami
membuat DoNUT @ DoUGHNUT...sedap & gebu maa...mmg menjadi! cayala ibu
dan kru2 yg menjayakan lagi aktiviti menguli donut...
  • Ibu / Kak Zu
  • cinta si penggoreng donut
  • dan 3 para penguli donut
  • 2 tukang rasa/tukang makan...[credit to kak ha & arejue(anakku)]
lepas ni, insyaAllah B3 Production akan kembali beraksi dengan pelbagai jenis produk2...hehe...nntikannyer yer...haha...jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa...memeriahkan lagi
rumah kami...hehe...hilanglah sedikit keTENSiONan dengan lawak2 korung..
love you all...

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

hari RABU...
hari ni ada SATU PRoJEK BESAR! iaitu....
Projek Nasi AYAM maa...hehe...
atas permintaan BATiF & BALi yg akan datang membawa kueh SiPUT & SoS
ingin makan nasi ayam buatan B3 kononnya....[spesel credit to Cuminannayo + Beba]
maka, alang2 dengan kehadiran 'ibu' yg dtg bermalam di rumah kami,
apalagi? hehe....kita sama2 masak eh....[esan is not included] haha...
Alhamdulillah....sungguh sdap nasi ayamnyer...
tambahan pula...jari Beba yg penat menekan butang blender memblender cabai..
kekekeke =D dan si cuminannayo dengan cinta si penggoreng ayamnyer..haha
dan segalanya berjalan dengan lancar....hehe
terima kasih yer batip n bali...jgn serik dtg mansoura naa...huhu
minta maaf byk2 xdapat nk watkan CARAMEL as ur wish..hehe
kesihatan xberapa mengizinkan tambahan jariku yg sakit akibat............[shhh....]

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

hari KHAMiS aka hari ini,
B3 sekali lg dikunjungi tetamu2 dr CAiRo...
oleh kak zawil, kak laili, kak farhan & kak afifah [PBL]...
kdtgn mrk adalh utk melihat keadaan kami di mansurah...:)
mmandangkn jua sudah bermulanya final exam...
terharunyer...terima kasih atas kunjungan..
seribu kemaafan ats segala kekurangan...
xsempat nk sediakan mknn yg berat2 n spesel...jemput2 jer yg sempat...
sempat juga bertukar2 resipi...
thanks to kak farhan for the frozen cheese cake recipe...hehe
menambahkan lagi idea2 utk B3 Production! huhu
datang la lagi ek...
rumah kami [B3] sentiasa terbuka...
jgn lupa 'nasi kerabu' & 'nasi ayam' yer...huhu =)
insyaAllah, ada jodoh...jumpe di sana...
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

setakat ni saje kot update sepanjang 3 hari nie...hehe
segala kelebihan itu datangnya daripada ALLAH dan segala kekurangan itu jua dariNya tetapi
disandarkan keatas diri ini...
maaf dipinta..
akhir kalam..

jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga amal...

*~.:wassalam:.~*