Photobucket

♥ ujian kedua ♥

salam aleyk~

Alhamdulillah syukur dirafakkan ke hadrat Ilahi.. Habis juga akhirnya paper Biochemistry.. Bakal menjemput 9 Jun ini paper Physiology pula.. Rasanya jika nak dibandingkan dengan paper Anatomy of course laa paper Biochemistry lebih mudah.. So far, bagi ana sendiri paper esei lah yang paling susah.. sume subjek macam tu lah.. erm, MCQ Biochemistry bolehlah tahan.. Alhamdulillah banyak jugak yang keluar dari buku MCQ.. Tak rugi jawab malam tu.. hehe... Berbanding anatomy yang sikit sangat yang keluar dari buku.. Cuma nyer, waktu paper MCQ Biochemistry tu punyalah tunggu lama sementara nak mula.. Biasalah orang Arab.. Kerja sume last minute.. hurmm...sepatutnya timing start exam pukul 10 pagi.. sampai mengantuk dan pening kepala menunggu.. kertas soalan xsiap lagi?? haiz...dalam pukul 10.40 pagi baru la mula exam.. nasib baik la xsusah sangat sebab banyak juga yang masuk macam dalam buku MCQ.. lega lah jugak.. tapi bila fikirkan balik esei, huwaaa... tak tahula nak kata cmner.. kenapalah kesilapan selalu berulang.. Salah baca soalan la, cannot recall what i have read before.. mungkin sebab tidur tak cukup agaknya.. at least kena tidur 3 jam.. sebab tidur yang xcukup jugakla kena selesema... waa..sangat tension bila selesema... memang sepanjang fatrah imtihan ni betul-betul menduga.. boleh katakan everyday selesema.. bila selesema pening kepala sebab terlalu kuat pressure bila bersin! aachuuu! pastu mulalah rasa kepenatan yang sangat.. mengantuk laa.. hanya orang yang pernah mengalami saja yang tahu...iskk =( sebab tu ana xsuka makan ubat, lagilah mengantuk nanti.. bila mengantuk macam mana nak study? huuuu... 8-x mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.. Alhamdulillah la sebab ada yang dimudahkan olehNya.. Oral biochemistry ana dapat doktor vitamin! suka sangat..hehe =D mula-mula waktu tengah menunggu agak pening jugak sbb dalam list2 number utk lagnah xda number ana [1225]... ramai jugak orang lain yang xda number dalam list tu... kejap kitorg g dekat lagnah 12, kejap lagnah 11.. tanya2 doktor xde jgak nama.. haizz...cmne nih?? masalh betul.. boleh katakan sistem yang sangat2 tidak sistematik.. bila tanya balik dekat ammu yang jaga dalam bilik tu, rupanya ana lagnah paaaaaling last skali...lagnah 20.. memang xda dalam list pun... sebab doktor xda.. doktor dah habis... kena tunggu doktor yang dah habis oral utk lagnah lain, utk continue with our lagnah.. memang sangat penat..

but still sempat ag capture pic..hehe


sampailah hampir lengang department biochemistry tu, barulah doktor ada.. doktor vitamin.. doktor ni sakit dan xberapa sihat sebenarnya.. tapi dia nak takeover lagnah kitorang.. sebab kesian tengok kitorang kepenatan terlunjur atas lantai tepi dinding.. hehe... nasib baik tak tidur lagi... haha.. doktor vitamin yang tak diketahui namanya itu senyum dengan manisnya memanggil kami semua ikut dia untuk oral.. kami semua pun lantas bangun dan ikut dia.. untuk mempercepatkan proses, doktor panggil 3 orang sekali.. ana masuk dengan ain[duta] & kak shida... =D Alhamdulillah.. senang dan mudah2 jugak soalan doktor.. banyak soalan pasal vitamin.. ana kena soalan pasal vitamin antioxidant [vit. A, C dan E]... pastu dia tanya pulak pasal deficiency of vitamin B1.. hurm?? vitamin B1 adalah thiamine.. erm? alamak!! tetiba je jadik fully blank~ cannot recall anything.. selawat2 xdapat jugak.. xpela doktor tu bagi masa untuk fikir jawapan.. arrgghh...xdapat juga [padahal Beri-beri je pun] haizz.. cmne nih? doktor selalunya akan bagi soalan sampailah kita bole jawab.. so, dengan itu, doktor bagi soalan baru untuk ana.. Do you know about mutation?? yes!! Alhamdulillah..=) jawab la ana dengan penuh semangatnyer sebab nak balas dendam sebab xboleh jawab soalan yang mudah tadi.. punya semangat menjawab sampai ain dekat sebelah pun cakap cukup! cukup! ihsan... hehe.. ok2.. doktor pun angguk2 and then cakap you may go now.. thank you.. fuhh legaaahh yang teramat... Alhamdulillah... erm, tulah kadang-kadang waktu-waktu macam nilah nak blank nyer nk recall xboleh dan byk lagi yang jadik.. Alhamdulillah la sepanjang waktu ambil exam, kesihatan sangat mengizinkan... xdelah selesema teruk teruk.. erm, nak kongsi satu doa daripada surah Al-Anbiyaa ayat 79... selalulah amalkan ayat ini..

*xleh nk paste ayat quran..sila rujuk sendiri ek..

Maksudnya : Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.


hari oral biochemistry, bersamaan dengan 27 Mei 2007, hari Selasa.. juga merupakan Ulangtahun kelahiran our Super Senpai, kak irhaam.. yang ke 21.. huhu.. Happy Birthday kak iham.. semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya.. hehe.. ana dan ahli beit bersama-sama beberapa rakan dan juga senpai yang lain merancang surprise birthday party! dekat beit Hikmah [rumah kak iham].. Alhamdulillah, sangat2 kenyang dengan banyaknya makanan yang ada.. pizza saja dalam 6-7 biji yang dari King Pizza, Pizza Party, pastu pancake yang sedap hasil air tangan kak mir.. hehe.. sos yang sedap dr kak yah.. aiskrim 3 perisa berlainan dan fries... Alhamdulillah.. dengar cerita kak iham kite ni dapat bunga malam besday tuh! ehem..ehem.. hehe siapakah pengirim bunga tu? didoakan semoga panjang umur, murah rezeki, dikekalkan dalam iman, dan cepat2 kawen!! hehe... insyaAllah kami semua akan sentiasa menyokong kak iham.. =) love you... sangat meriah hari tu, memang ramai, antaranya yang turut hadir Ibu [kak zu] dan kawannya xtahu nama, semua batch 3rd year, batch 2nd year sikit, and beberapa dari batch 1st year.. macam tu lah ceritanya.. hehe..


selepas ni akan datang subjek Physiology... semoga Allah mempermudahkan segalanya.. ya Allah kurniakan aku kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang fatrah imtihan ini.. Rabbana yusahhil.. doakan kejayaan bersama.. betapa manisnya andai kejayaan dapat dikongsi bersama-sama.. kn? sama-samalah kita berusaha.. manusia merancang, Allah juga mempunyai perancangan tersendiri.. Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik buat kita.. chaiyok!! to everybody.. Don't lose hope.. Have faith in Allah.. do keep praying for Him.. insyaAllah.. Allah akan menolong hambaNya yang menolong agamaNya.. akhir kalam sambutlah salam perjuangan dari ana.. bitawfeeq wannajah! =D segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan.. andai ada keterlanjuran dalam tutur kata ampun dipinta.. segala kelebihan itu datangnya daripada Allah, dan kelemahan jua dariNya tetapi disandarkan ka atas diri ana sendiri.. wassalam..

1 comments:

ehEm..ehem..dgn x maluny dipringatkn, 9 jun-burfday ana k..?haks..lUx in yor xm..!

May 30, 2008 at 11:25 AM