Photobucket

♥ nikmat sihat..

sengaja nak update sket.. Actually ana copy paste je dari blog ana yang lama...huhu

"Alhamdulillah...quwaiyyisah..."

itulah ungkapan yg sering kita ucapkan tatkala ditanyakan khabar...[kalau kat Mesir laa]. Tapi, dalam setiap ucapan Alhamdulillah kita tu, adakah kita benar2 mengucapkannya ataupun sekadar ucapan memenuhi syarat...tanpa kita sendiri menyedarinya...Segala puji bagi Allah...
pastinya semua org sudah maklum tentang hadis di mana menyeru kita supaya mengingati 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara..antara salah satu nya ialah.. Sihat sebelum sakit..
sihat merupakan satu nikmat yang besar dikurniakan oleh Allah kepada kita... kadangkala, kita sendiri terlupa untuk mengucpkan syukur dan berterima kasih atas nikmat kesihatan ini... apabila sakit atau musibah datang melanda, barulah kita sedar.. kita baru sahaja kehilangan nikmat sihat buat sementara..
Allah telah mengurniakan kepada kita 1/100 daripada nikmatNya.. yang mana 99 nikmat lagi ada pada genggaman Allah.. hanya daripada 1 nikmat kurniaanNya... berjuta2 nikmat kita telah peroleh...nikmat sihat antaranya, nikmat harta, nikmat usia, nikmat pancaindera, nikmat akhlak dan nikmat yg plg besar adalah nikmat iman dan islam...=)
sebagai umat Islam dan juga Hamba Allah di muka bumi ini, seharusnya kita bersyukur atas nikmat kurniaan yg telah diberi.. pastinya tanpa nikmat2 ini, kita sudah tentu tidak akan berada dalam keselesaan dlm hidup ini.. contohnya, nikmat kesihatan, pabila Allah tarik nikmat sihat ini sementara dari kita.. kita sudah tidak mampu berbuat apa2.. bahkan kita juga tidak dapat ataupun sukar dalam melakukan amal ibadah kepadaNya... apabila kita sakit, untuk mendapatkan khusyu' dalam solat pun pastinya sangat susah.. tambahan tatkala kita sihat sndri pun masih belum dapat khusyu' setiap waktu solat.. renung2kanlah wahai sahabat2ku..
marilah kita sama-sama memuhasabah kembali diri kita... syukurilah atas setiap nikmat yang kita ada.. ucapkanlah Alhamdulillah pada setiap helaan nafas kita..kerana setiap kali itu kita masih diberi peluang untuk terus hidup dalam dunia ini.. sekalipun terfikir andai masih lama hidup di dunia fana ini terus banyak dosa yng dilakukan tetapi andai ajal bertamu sekarang sudah cukupkah amalan untuk dibawa ke akhirat..??
renung2kanlah....

sekadar perkongsian dari ana...
wassalam~

0 comments: