honeymoon year? honeydew? honeybee?

salam.

memandangkan musim sejuk kali ni lebih sejuk daripada biasa, jadinya ramai yang telah jatuh sakit. ada yang demam, ada yang batuk, ada yang sorethroat, ada yang selesema or runny nose, dan macam2 lagi. dan ada jugak yang sekali dapat pakej 3 in 1. kepada yang kurang sihat dan sakit, semoga cepat sembuh ye. syafakillah/syafakallah. jangan lupa makan ubat. tambahan sekarang musim atau fatrah imtihan, kena sihat! semoga diberi kekuatan ye semua. to ummu habibah too, syafakillah dear, cepat2 sembuh, esok dah mula sekolah!~ round baru commed sedang menanti.

hari rabu haritu saya bersama-sama shikin, kak nisah dan oob (atau rauf nama sebenar) hehe telah berjalan-jalan di cairo. huhu. bukan jalan-jalan pun. tapi bolehla dikira berjalan-jalan jugak. cuma di sini nak cerita and nak share satu tempat makan yang best, selesa dan sedap! huhu. restoran makanan melayu dan dimasak pun oleh orang melayu. namanya Cafe Al-Hasanah terletak di Hayy 7. kalau dari Syabrawi (Arabiata) tu jalan sedikit dalam 5 minit sampai la. memang sedap dan puas hati la makan kat sana. harga pun lebih kurang macam dekat Ocean and Baraka sini. atas cafe ni jugak ada homestay. serius comfortable dan cantik!~ ada 4 bilik dgn harga yang berlainan. ada yang le100, le85, le65.

dan semalam yakni hari Khamis, Alhamdulillah saya telah menyertai BLS course di Skills Lab, Mansoura University. Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat. insyaAllah lepas ni kalau terjumpa org terjatuh ke accident ke (yang ni xberani jamin), boleh la kalau nk tolong. or utk yang choking ke. huhu. insyaAllah.

esok start round Comunity Medicine. rasa takut tiba-tiba. sebab yang dah lepas akan ditinggalkan. dan yang lepas pun belum habis cover lagi. Allah.. tu la. doktor dok nasihat dah, xmau dengar sgt. honeymoon honeymoon jugak.. tapi jangan honeymoon sgt.. nanti nyesal. huhu. jom berusaha!~ ok lah, wassalam.