Photobucket

secrets... shhh~

7 secrets of SUCCESS!


I found the answers in my room.

Roof said : Aim high

Fan said : Be cool

Clock said : Every minute is precious

Mirror said : Reflect before you act

Window said : See the world!

Calendar said : Be up-to-date

Door said : Push hard to achieve your goals

ameen..


"...wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke tempat masuk yang benar dan keluarkanlah daku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisiMu kekuasaan yang dapat menolongku." 17:80

Rabbuna yusahhil.

jom sama-sama memeriahkan!


how close are you?


"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

Apabila ditanya apakah Al-Quran bagi kamu?, kita mengatakan bahawa Al-Quran adalah warisan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad kepada kita, Al-Quran adalah manual hidup kita. Seperti contoh kita membeli mesin basuh baru di rumah, kita memerlukan manual untuk rujukan dan panduan supaya mesin basuh baru yang dibeli dapat berfungsi dengan sempurna dan baik. Jika mesin basuh baru itu tadi, tidak dibekalkan dengan manual, terkapai2 dan terkial2 lah kita sendirian. Nak tekan butang yang mana satu ye? Dah la tulis dalam bahasa inggeris. Xfaham lah pulak! drain tu ape? untuk pusing kot? kenapa ada banyak sangat butang nih?? ahh.. pening2..

Macam tu lah jugak situasi dan keadaannya dengan diri kita sendiri. Al-Quran sebagai manual dalam kehidupan kita. Tanpa manual ini, kita pastinya hilang arah, dan mungkin tersesat jalan, xde petunjuk. Berapa ramaikah antara kita yang benar-benar mengambil Al-Quran sebagai manual hidupnya? Yang mengaku itu ramai sekali, tapi yang betul-betul mengamalkannya? Wallahua'lam. Sekadar pemerhatian ke atas diri sendiri sudah cukup untuk menjawab persoalan itu barangkali. Ramai antara kita yang masih jauh dengan Al-Quran. Walaupun hakikatnya sangat dekat sekali. Mana tidaknya, budaya meletakkan surah Yaasin di bawah bantal tidur kononnya dapat mengelakkan gangguan syaitan dan adik beradiknya.

Yaasin dibaca setiap malam Jumaat, dan surah Al-Kahfi dibaca pada setiap hari Jumaat. Apabila ditanya, kenapa kau baca Yaasin setiap khamis malam? kenapa kau baca Al-Kahfi hari jumaat eyh? kenapa xbaca surah Al-Buruj ke Muhammad ke? Kelu lidah tidak mampu menjawab soalan yang begitu ringkas dan mudah. Ada juga yang menjawab, entah, dulu-dulu nenek aku selalu pesan suruh baca Yaasin tiap2 malam Jumaat. Ada jugak yang menjawab, aku tengok semua orang baca hari khamis malam je, aku pun baca la jugak. budaya kot. Alhamdulillah. Alhamdulillah. bagusnya. Tapi xkan baca je? Kau tahu x apa yang kau baca tu? Sebulan 4x kau baca Yaasin, kau tahu x dalam Surah Yaasin ni ada 4 cerita? Kau tahu x apa cerita2 yang diceritakan dalam surah Yaasin tu? sekadar menggelengkan kepala dan menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu sudah menjawab persoalan ini.

Antara cerita yang ada dalam surah Yaasin ini adalah cerita tentang seorang yang bernama Habib An-Najjar. Habib ini mengajak orang ramai untuk mengikut Nabi. Sangat bersemangat mengajak orang untuk mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi sehinggakan perbuatan beliau ini menimbulkan kemarahan orang ramai lalu dia dibunuh. Alhamdulillah syahid buatnya. Habib berkata, "Alangkah bahagianya andai semua orang tahu aku dimana sekarang ini...". kisah ini boleh rujuk ayat 20-28. Lagi satu cerita adalah mengenai seorang pemilik kebun yang sangat sombong dan bongkak, lalu Allah telah menarik nikmat itu dengan memusnahkan kebunnya. Pernah tahu x kisah ini? Andai benar kita dekat dengan Al-Quran... kajilah Al-Quran itu, selamilah, berenang-renanglah di dalam ayat quran itu.. Pasti banyak yang kau peroleh.


Surah Az-Zumar (39:23)

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣


23. Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, Dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk Dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya.


Surah Al-'Araf (7:179)

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ (١٧٩)ô‰s

179. Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.


Surah Muhammad (47:24)

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ (٢٤)

24. (setelah diterangkan Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?


Kebanyakan kita mula mengenal dan membaca Al-Quran sejak sekolah rendah bukan? Sekarang umur sudah menginjak ke alam 20 tahun. Sudah berapa tahun anda berkenalan dan bersahabat dengan Al-Quran? erm.. paling kurang 10 tahun tu sudah tentu kan.. tetapi kenapa kita masih lagi jauh dengan Al-Quran? sedangkan jika hendak dibandingkan dengan kawan atau sahabat yang kita telah 10 tahun mengenalinya. Sudah tentu kita sudah tahu macam-macam tentang diri sahabat kita itu. Makanan kegemarannya, warna kegemarannya, sejarah hidupnya, latar belakang keluarganya. kan?kan?kan? Jadi, jom kita kenali Al-Quran dengan lebih dekat.


Al-Quran ibarat seorang yang pemurah. kenapa saya berkata begitu? Kerana Al-Quran memberi kita segala-galanya yang kita mahu dan kita cari. Kita nak tahu pasal kejadian manusia. nah.. Surah Al-Hajj (22:5)

5. Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang mengandung itu) apa Yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa Yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu Yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula Yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu Yang telah diketahuiNya dahulu. dan (ingatlah satu Bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan Yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman Yang indah permai.


Nak tahu kisah2 Firaun dahulu? or sirah? baaanyak... salah satunya surah Yunus (10:90)

90. Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, Dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat Yang genting itu): "Aku percaya, Bahawa tiada Tuhan melainkan Yang dipercayai oleh Bani Israil, dan Aku adalah dari orang-orang Yang berserah diri (menurut perintah)".


Rasa sedih dan dukacita? Dalam Al-Quran banyak sangat ayat-ayat yg dapat memberi semangat dan menghilangkan kesedihan.

Surah Al-Hadiid (57:22-23)

22. Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


Surah Ali-'Imran (3:139)

139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

Ada lagi.. Surah Al-'Ankabut (29:2)

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


Surah Muhammad (47:31)

31. Dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang Yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang Yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.


Apa lagi yang kamu cari? Semuanya ada terkandung dalamnya. Cuma hanya perlu di'explore' dan diteroka. Bacalah dengan HATI bukan AKAL. Jika kita boleh baca novel dengan hati sehingga boleh menangis, kenapa tidak pula bila kita membaca Al-Quran. Renung-renungkan.. dan selamat beramal ye Ihsan. Jangan tulis saje tapi xbuat. Eh, bukan Ihsan sorang taw, anda semua pun ye... hihi ^___^ Lets fall in love with Quran!

Wallahua'lam.


p/s : maaf andai ada mana2 kelemahan ye. sila lah tegur dalam komen kalau ada yang salah.

p/s : kawan2, jom berusaha untuk praktikal!

p/s : thanks untuk orang itu for the software yang banyak membantu dalam post kali ini.

i wish if i could go...

Bismillahirrahmanirrahim..

Adalah dimaklumkan.. Sekolah Rendah/Menengah Al-Azhar akan mengadakan Majlis Sambutan 20 Tahun Penubuhan Al-Azhar. Ini adalah merupakan 1st program [grand] besar anjuran SRAZ/SMAZ.

Berikut merupakan butiran mengenai program serba sedikit...

Tarikh: 29, 30 April & 1 Mei 2010M
Hari: Khamis, Jumaat & Sabtu
Tempat: Mukim Gelong, 06000 Jitra, Kedah

Kumpulan Sasaran:
1)Semua Guru
2)Semua Murid
3)Ibubapa
4)Bekas Pelajar SRAZ + SMAZ [EX-SRAZ & SMAZ] - - - - - - ->>>FOKUSKAN
5)Bekas LTS
6)Bekas Guru Besar

Pengisian Program:

1- Majlis Pelancaran
Insyallah akan dirasmikan oleh YB Menteri Besar Kedah. Biiznillah...
2- Majlis FannulAtfal
Pertandingan antara Sekolah bawah Majlis Guru Besar[MGB] Islam negeri Kedah.
3- Diskusi Ilmu
Solat Maghrib, bacaan Yaasin, Solat Hajat + Isya', diikuti dengan diskusi ilmu.
Diantara moderator diskusi ilmu ialah Dr. Danial Zainal Abidin, penulis Muslim Super
4- Pertandingan Khat, Mewarna & Gubahan + Memasak
Khat + Mewarna -->> untuk Kanak-Kanak
Gubahan + Memasak -->> untuk Dewasa
5- Pemeriksaan Kesihatan & Derma Darah
6- Hari Kantin & Pameran
Gerai Jualan & Pameran
7- MA.N.I.S. [Malam Nurani Interepetrasi Seni] @ Konsert Nasyid
Jumaat malam selepas Isyak
*Artis Jemputan akan diberitahu kemudian
8- Aqiqah
Majlis Aqiqah terbuka
9- Demontrasi/Pertunjukan
BaSed[Basic Self Defense], Taekwondo, Kawad Formasi, dll.

Jadi apa yang nak difokuskan di sini ialah...
1- Jadi kepada sesiapa yang mengetahui tentang khabar/berita/utusan ini, tolong sangat-sangat.. Pasingkan/Messegekan/Informkan berita ini kepada ex-sraz yang lain yang masih boleh dicontack/hubungi. Ini kerana ahli dalam group ini masih belum mencapai jumlah yang memuaskan [192Members setakat pukul 0032;26/3/2010], Please sangat-sangat. Informlah dalam apa-apa cara sekali pun, Facebook ke, YM ke, e-mail ke, Friendster ke, twiter ke, sms ke, mms ke, dsb supaya semua ex-sraz/smaz diseluruh pelusuk dunia nie, dapat tahu tentang program.

2-Kepada sesiapa yang nak hadir, kalau boleh dan sebolehnyalah, tolong isikan berkenaan maklumat di bawah, untuk memudahkan kerja Persatuan Alumni SRAZ + SMAZ mengumpul database bekas-bekas pelajar.
a)Tahun mula persekolahan di SRAZ
b)Jika masih menuntut (sebutkan nama institusi dengan lengkap)
c)Jika sudah bekerja
1-Nama majikan dengan lengkap
2-Bidang Kerja + Jawatan(jika berkenaan)
d)Kesanggupan untuk hadir Sambutan - Ya atau Tidak. (Jika Ya, nyatakan Tarikh)
e)Tolong berikan dengan lengkap...
1-Alamat Pos (tempat menetap)
2-No. Tel Rumah, H/P 1, H/P 2, 3 dan seterusnya jika ada..
3-e-mail
dan hantarkan maklumat-maklumat tersebut ke w_khudzri@yahoo.com, atau boleh terus berhubung dengan Muallimah Sarilah Mohammad, guru penasihat Persatuan Alumni SRAZ/SMAZ, +60135945948

3- Kepada yang jauh, tolong informkan kehadiran[jika nak hadir] kepada Muallimah Sarilah, untuk memudahkan urusan penginapan dan makanan.

4- Juga kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, meringankan biaya sekolah, bolehlah sumbangkan sumbangan.

Wallahu'alam..
Harapan agar Sambutan 20 Tahun Penubuhan Al-Azhar ini, disambut meriah oleh semua EX-SRAZ seluruhnya..

"Datang jangan tak datang, Sama-sama kita meriahkan Sambutan ini di sekolah tercinta kita.."

setelah sekian lama...

salam semua~

sihat ke? harapnya sihat blako yo dan luar biasa bagus seperti kata dr. h.m tuah! hihi
da lama xpost kat blog nih... sbb masa cukup mencemburui dan exam dunia sudahlah sangat dekat! agak2 mati lebih dekat ke sempat je exam dunia? nobody knows.. only He knows! so, peringatan buat diri sendiri dan kome semua.. jangan hanya bersedia untuk exam dunia sahaja, persediaan akhirat haruslah juga seiringan.. semoga dengan kita mengingati mati membuatkan diri kita lebih bersungguh2 dalam membuat setiap pekerjaan dan dalam setiap detikan jam yang berdetik!~

Here are some rules to accept the award:

Thank and link the person who gave you the award.
Pass this award to 15 bloggers you
recently discovered.

Contact the blogger and tell them they've won the award.

State seven things about yourself.


yesterday.. i got an award!!~ thank you very much to fikri for giving me this award.. hope to get a real one someday.. hehe.. just kidding. ok lets start with seven things about myself.

1ne - recently, figured out that most of my 'baju kurung' were green in colour! haha. almost everyday i wear green to class. how could that be? neither i know. i woke up in the morning having troubles to pick clothes to wear. cause ALL of them were GREEN! aahh.. just wear any, cause it wont make any difference anyway. haha.


2wo - still trying so hard to gain more weight. after some 'bancian' and comparisons between my friends, i can conclude that maybe i am 'ringan tulang' person.


3hree - having some problem in indirect long term memory. haha. whats that? Also, cant memorize people's name in just one meeting except if i can figure out her/his spesific or unique or something that can relate with her/his character at that time.


4our - learned many new things about life, people n Islam from Baba Ali - ummahfilms, thanks Baba Ali for the very interesting and nice sharing. not to forget BIG thanks sis for the CD. [anyone who get interested to know who is Baba Ali can give me your HD or pendrive, sharing is caring!]


5ive - suka membeli bahan2 bacaan berunsur pengetahuan am atau motivasi untuk koleksi dan bacaan bila ada masa yang sangat LAPANG! haha. hope dapat jejakkan kaki kat Virgin one day! i guess i've never been there since almost 3 years i was in Egypt.


6ix - one day or maybe if i go back to Malaysia this year, i wish to meet some people whom i am very very thankful to. i want to thank them anyway since i'd never seen them for more than 10 years i guess. mom, dad, both of you will join me right? i've made some research and googling about them already. hihi. im so excited!


7even - Hari Rabu adalah hari saya memasak. got to go now. nak masuk dapur dulu!~ btw, tertarik dgn point number 7 fikri, makanya jika saya ditaqdirkan rezeki naik tahun, maka saya akan ............................................ hehe.


here we go, i want to tag these people :
n.o.b.o.d.y

hehe.. sian plak, semua nk exam kan? xpe2... selamat berimtihan semua.. kullu bittawfeeq wannajah!~ tenang tenang, bak kata org tu jangan nebes2.. nnt blank..
ok thats it
i'm done!
jom sambung baca buku!

wassalam

limited to mansurians

selamat hari rabu!~

salam.

Selamat Hari Rabu!~

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 21 tahun ye~

17 Mac 2010

sapa keluar dulu, itu yang kita tak tau..hehe
sbb apa selamat hari rabu?
sebab hari rabu adalah hari yang panjang di sekolah..
8 jam!~
dan 17 Mac tahun ni pulak jatuh pada hari rabu!~
plus, 3 jam 30 minit kat center nephro...
tuisyen microb and para..
sian hampa..
tp xpa..
bak kata doc
'3rd year must be like this'
'study until you can't feel your heartbeats' [lbey kurg ayt dia cmni]
hehe..
ape pun
both of you..
selamat melangkah ke alam 21!~
dengan umur yang semakin pendek ini
semoga lebih dekat dengan Pencipta
dan semoga semakin bertambah amal ibadah kepadaNya
semoga menjadi anak yang solehah
bakal isteri solehah
dan bakal ibu yang solehah dan mithali
ameen3x
hidup cuma tempat transit menuju ke destinasi utama
AKHIRAT!~
suatu destinasi yg pasti..
dan tiada keraguan padanya..
marilah kita sama-sama persiapkan diri
dengan segala kelengkapan
dan lakukanlah yang terbaik dalam setiap sudut dan genap perbuatan
kerana Dia..
supaya ianya menjadi suatu ibadah.
dan semoga pahala turut serta.
ok,
to hanim n shikin sayang,
semoga panjang umur
& dimurahkan rezeki
& dikurniakan kejayaan dunia akhirat ameen3x
semoga persahabatan yang terjalin
kekal abadi..
saaaayang korang!! hugs* kisses*
hihi..

oh oh...
and not to forget
oso
HAPPY BIRTHDAY to MY AUNTY!
mak cik wani!!
jangok2 sokmo deh..hihi~
mehla jalang2 sini
xsabar nak balik tgk adib..

oso
SANAH HELWA KAK NANEEN!!
wish u all the best in your life!!

ramai pulak besday 17 Mac ye?
ada sapa2 lagi punya besday?
raise up your hand please..
kalau ada,
Selamat hari lahir juga
kepada anda!
=)

ok
till then
wassalam.



p/s : ehem.. xde cheese cake oreo ke? hihi



tick tock! tick tock!



from today onwards,


a lesson and thing
that i'm trying to
practice
on myself.


TIME MANAGEMENT!


try to use time wisely.


you know,
actually time can be expand and also can be shorten.
we can expand the time if we want to.


there's no time to be waste
sometimes i love to be a very busy person.
but, at times
i feel like it was something that burden me so much,
how ungrateful i am.


that feeling was actually kindda 'run-off' talking
if i was actually use my time wisely....
24 hours/day
i can expand it if i want to.


with being a busy person,
i can help myself out
from doing unimportant things,
crapping-so-much,
and all the things that cant even
give me any penny
or 'lunchbox'
for the life
hereafter..


so,
i need to tell myself
to be very very very patient
at times
of hard,
difficults,
and in
every hurdles that come
to me.


Demi masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang
ingat-mengingati
dengan kebenaran dan kesabaran.


so,
lets earn lots!
and
loose not!


wassalam.


p/s : try not to understand this post!

sekadar sahaja.

salam.

ok, kali ni wat picture post je la ek.. huhu.. 'ashan tataw nk update pasal apa... (^____-)v


hobi baru
knitting.. haha..
xsempat nak berhobi pun..
ini kali ke tiga mencuba dengan basic casting..
2 sebelum ni, jadi je cuma kurang sempurna..
haha.


bunga kat gamaah..
ada kanak2 riang yang sgt riang bila jumpa bunga ini..
lalu seperti biasa...
klik! klik! klik! bape kali klik! pun xtahu..


my new bedtime story


ihsan dan asiah
walimah kak qilah n ustaz muhammad
Masjid Salam
asiah datang dari jauh ni [jordan]
ummi dan abi tgh makan
k.ihsan jaga asiah ye~
gerammm dgn asiah.. sgt comel dan chubby!~ huhu



dan sekarang ihsan kena

*****
untuk masa depan yang cerah
haha

[check it out!]
xlengkap ayat tu.. sila lengkapkan ye..
jawapan ada dalam gambar stereogram di atas!~
sekian, terima kasih.


pengajaran yang dapat dikutip dan diambil adalah......
pertama, live life to the fullest! try everything you want to try before its too late!
kedua, berjalanlah di atas muka bumi ini dengan penuh kesyukuran dan rendah diri atas nikmat kurniaannya. semuanya indah-indah belaka.
ketiga, sebelum tido baca buku!~ lagi bagus klu buku pelajaran.. pharma ke, patho ke, dan sewaktu dengannya.. hehe
keempat, sayangi anak kecil~ jgn lupa cubit pipi mereka sampai merah... sbb lagi merah lg comel!~ hehe [kes penderaan ke?]
kelima dan terakhir, belajarlah melihat stereogram!~ haha


p/s : oh, sila gelakkan post yang caca merba serba xkena ini ye...
nota tangan : tataw kenapa font jadik kaler biru.. haha